Friday, March 31, 2006

Jasad Umat & Darah Khulafa 25

Dari sumber-sumber sejarah yang terawal jelas Ali merasakan beliaulah orang yang paling berhak atau layak untuk memegang kepimpinan umat. Tidak jelas apakah kemudaannya, dia masih dalam 30an, menjadi halangan. Tetapi jelas pada al-Abbas, Abu Sufayn dan sebahagian Ansar ( ada riwayat dalam al-Tabari di Saqifah suara Ansar yang hanya mahu berbai'ah kepada Ali) Ali adalah yang paling layak. Apakah pengukur yang menjadikan beliau "paling layak" atau "paling berhak"? Pada al-Abbas dan Abu Sufayn kriteria itu adalah kriteria yang digunakan tradisi Arab sebelum Islam.


Tetapi Ali kelihatan amat pasif dalam mengemukakan haknya. Justeru itu jawatan khalifah itu terlepas dari genggamannya sebanyak tiga kali. Ini amat jelas sekali dalam satu riwayat al-Baladhuri. Ahli sejarah modern sebelum ini tidak banyak merujuk kepada Ansab al-Ashraf kerana edisi bercetak yang lengkap, sebanyak 13 jilid, hanya terbit pada tahun 1996!

Riwayat di dalam Ansab al-Ashraf ini hampir menjelaskan segala-galanya kenapa jawatan khalifah terlepas dari Ali sebanyak tiga kali. Riwayat ini mempunyai kekuatannya dari segi sejarah kerana al-Baladhuri terkesan mempunyai kecenderungan pro-Ali. Misalnya Ansab al-Ashraf mengandungi hadis tentang peristiwa Gadhir Khum yang tidak terdapat dalam al-Tabari dan Ibn Hisyam. Riwayat tersebut mengandungi kritikan al-Abbas kepada Ali setelah terlepas jawatan kepada Uthman. Riwayat tersebut berbunyi begini:

Apabila Uthman telah dilantik sebagai khalifah, al-Abbas berkta kepada Ali: " Tiada yang lebih berhak dari kamu, kecuali kamu terlewat. Aku telah katakan kepada engkau ketika Nabi hampir wafat supaya kamu pergi dan menanyakan kepadanya tentang urusan ini (khalifah), siapa dia selepas Rasulullah, dan siapa selepas engkau. Kamu berkata takut kalau Rasulullah tidak berkata kepada semua tetang hal itu maka tidaklah kita akan memperolehinya selama-lamanya.

"Ketika Rasulullah wafat aku hendak berbai’ah dengan engkau. Tidak akan ada orang boleh menyaingi engkau, kemudian meninggal Umar, maka aku berkata sesungguhnya Allah telah membebaskan tangan engkau. Dan tiada siapa yang perlu engkau ikuti, maka jangan masuk dalam syura, tetapi engkau engkar lagi. Apa strategi kamu?"

Euthyphro 3


"Tetapi, Euthyphro, dengan nama Zeus, kamu fikir kamu benar-benar tahu apa yang suci dan apa yang tidak suci dari segi undang-undang tuhan? Kamu mendakwa bapa kamu sendiri, dan dengan tanpa rasa takut. Tidakkah kamu terfikir bahawa kamu sendiri yang melakukan perbuatan yang tidak suci?" Sokrates menyoal.

"Tak ada gunanya Sokrates," jawab si nujum. "Euthyphro tidak akan berganjak sedikit pun dari pandangan orang ramai, kalau pun aku tidak tahu perkara tersebut dengan setepatnya."

"Bagus Euthyphro, sekarang lebih baik aku menjadi muridmu. Sebelum pendakwaan Meletus bermula aku akan mencabarnya atas landasan ini," kata Sokrates anak Sophroniskus yang menunggu giliran untuk didakwa. "Aku akan katakan: sejak dulu lagi aku memang mengambil berat untuk mempelajari hal ehwal agama. Tetapi sekarang, kerana aku di dakwa bercakap longgar dalam hal agama dan membuat bid'ah, maka sekarang aku telah menjadi seorang penuntut," kata Sokrates mula memutar hujah.

Sekrates menyambung akalnya: "Kalau Meletus setuju Euthyphro adalah orang yang alim dalam hal ini, dan misalkan aku beribadat dengan betul, tuduhan itu digugurkan. Kalau dia tidak setuju maka aku minta kebenaran agar Meletus mendakwa kamu."

"Kenapa mendakwa saya pula?" tanya Euthyphro. Sokrates yang didakwa oleh Meletus kerana merosakkan anak muda menjawab: "Kerana kamu adalah guru aku, dan kesalahan kamu adalah merosakkan orang-orang tua -- iaitu aku, kerana ajaranmu; dan bapa kamu, kerana mendakwa dan menyeksanya. Bolehkah aku cabar Meletus di mahkamah dengan cara ini?"

"Demi Zeus," jawab Euthyphro dengan bersumpah, "kalau dia cuba mendakwa aku, aku akan mencari susuk lemahnya. Aku percaya, mahkamah akan menghimpit dia lama sebelum ia menghimpit aku."

Jasad Umat & Darah Khulafa 24

Perlantikan Abu Bakar sebagai khalifah memang sesuatu yang memeranjatkan orang Arab ketika itu. Al-Baladhuri memberikan riwayat reaksi bapa Abu Bakar sendiri yang menetap di Mekah: Apabila Rasulullah wafat Mekah riuh, bapa Abu Bakar, Abu Quhafah, bertanya: “Apa yang berlaku?” “Rasulullah telah wafat,” orang menjawab. Dia bertanya: “Siapa yang memegang urusan selepas beliau?” Jawab mereka: “Anak engkau.” Abu Quhafah bertanya lagi: “Apakah dipersetujui oleh Bani Hasyim, Bani Abdu Syam dan Bani Mughirah?” Mereka menjawab “ya.”

Thursday, March 30, 2006

Euthyphro 2


"Herakles!" tempek Sokrates, terperanjat mendengarkan seorang anak sanggup mengheret bapanya sendiri ke mahkamah. "Adakah orang yang bapa kamu bunuh itu seorang saudara rapat?" tanya sang filasuf. "Sudah pasti. Kamu tidak akan tergamak mendakwanya kerana membunuh seorang asing."

"Itu yang lucunya Sokrates," jawab Euthyphro. "Orang yang dibunuh hanya seorang buruh kasarku. Dia mabuk dan mengamuk dengan salah seorang hamba kami lalu mengerat lehernya," sang nujum bercerita.

Dia menyambung ceritanya: " Bapaku mengikat kaki dan tangannya dan kemudian menghumbannya ke dalam longkang. Bapaku kemudian menghantar orang ke kota Athena untuk bertanyakan pendapat seorang penasihat agama apa yang perlu dilakukan pada si pembunuh itu. Sementara itu bapaku membiarkan buruh itu di dalam longkang, tanpa menghiraukan dia hidup atau mati kerana dia seorang pembunuh. Itulah yang terjadi, dia mati sebelum orang utusannya pulang kerana lapar, sejuk dan ikatan."

"Bapaku dan seluruh keluargaku marah," kata Euthyphro. "Mereka berkata dia (bapaku) tidak membunuhnya. Kalaupun dia membunuh, orang yang dibunuh itu adalah pembunuh, maka adalah salah membelanya. Lagipun, kata mereka, adalah suatu tindakan yang tidak suci mendakwa bapa sendiri kerana membunuh."

"Sokrates, cetek sekali fahaman agama mereka," kata mentes itu. "Sedikit sekali yang mereka tahu apa yang agama kata tentang apa yang suci dan apa yang tidak suci."

Euthyphro 1


Sokrates telah berusia 70 tahun. Dan pada usia yang lanjut tersebut beliau di seret ke mahkamah. Seorang rakyat Athena yang bernama Meletus membuat akuan bersumpah di mahkamah yang mengandungi tiga tuduhan terhadap filasuf itu. Pertama Sokrates dituduh bersalah kerana tidak mempercayai dewa-dewa yang diiktiraf oleh negara kota Athena; kedua bersalah kerana memperkenalkan dewa-dewa baru; dan ketiga bersalah kerana merosakkan anak-anak muda. Meletus menuntut Sokrates dihukum mati.

Sokrates pergi ke mahkamah untuk menjawab tuduhan tersebut. Di mahkamah beliau bertemu dengan Euthyphro, seorang yang dikenali di kota tersebut sebagai mantis atau ahli nujum. Euthyphro ke mahkamah dengan kes yang pelik, iaitu untuk mendakwa orang tuanya sendiri. Apakah kesalahan orang tua tersebut? Euthyphro mendakwa bapanya atas tuduhan membunuh. Siapa pula yang beliau bunuh sehingga anaknya sendiri mengheretnya ke mahkamah untuk dijatuhkan hukuman mati? Orang yang dibunuh oleh bapa Euthyphro adalah sendiri seorang pembunuh.

Nak ikut "Usrah Pencerahan"?

Mulai esok, Jumaat 31 Mac, IKD ingin memulakan program yang boleh disebut sebut sebagai "Usrah Tanwiri," "Usrah Pencerahan" atau sebut apa saja namanya -- ada apa pada nama? Tetapi program itu akan berjalan begini. Mulai jam 5.30 ptg hingga 9 malam dan berhenti untuk sembayang maghrib. Eekmal dan Amir akan mengupas satu esei Hayek yang bertajuk Individualism; true and false. Saya telah membaca esei ini lebih dari 10 tahun yang lalu dan merobah fikiran saya. Sungguh kaya dan mendalam. Selepas itu Hafiz dan Mujahid akan membentang teks otobiografi intelektual al-Ghazali yang bertajuk al-Munqis min al-Dalal. Teks ini sugguh cantik dan amat berpengaruh dan unik dalam sejarah Islam. Selepas itu Amar dan Anam akan membuka wacana Rene Descartes dengan teks yang membuka tirai falsafah moden iaitu Discourse on Method. Saya pula ingin memulakan perbincangan secara serius dialog-dialog Plato. Saya akan memulakan dengan dialog yang bernama Euthypryo . Dalam dialog ini terdapat kisah Sokratez akan di seret ke mahkamah yang kemudiannya beliau dihukum mati. Setiap pembentangan tidak akan melebih 20 minit dan kemudian di ikuti perbincangan. Fahda telah berjanji untuk membuat pembentangan tentang falsafah undang-undang. Usrah ini akan kami adakan setiap minggu. Tempat amat terbatas. Kami tidak mahu jumlah terlalu besar. Siapa yang berminat segera hubungi Amir Shari.

Jasad Umat & Darah Khulafa 22

Perlantikan Abu Bakar kepada tampuk kepimpinan merupakan satu ledakan kepada tradisi Arab. Bangsa Arab ketika itu belum mengenal organisasi politik yang hari kita kenali sebagai negara. Yang ada hanyalah organisasi sosial yang berteraskan kabilah-kabilah. Dan kekuatan sesuatu kabilah adalah berasaskan jumlah dan kekayaan.


Meskipun Abu Bakar adalah juga dari bangsa Quraish tetapi beliau adalah dari suku Taym. Bangsa Quraish ketika itu terpecah kepada sepuluh kabilah dan Taym adalah pecahan yang kecil. Perlantikan Abu Bakar sebagai satu revolusi dalam amalan kepimpinan Arab jelas kelihatan dari sikap Abu Sufayn yang datang dari suku Umayyah, satu suku yang besar dan kaya. Kerana kekayaan dan prestij Bani Umayyah Abu Sufayn dilihat sebagai pemimpin aristokrasi Mekah.

Al-Tabari memberikan beberapa riwayat tentang penentangan Abu Sufayn terhadap perlantikan Abu Bakar.

Abu Sufian berkata kepada Ali: "apa dah jadi urusan ini (khilafah) kini ditangan suku Quraish yang paling kecil. Siapa Abu Fasil (bapa sikerdil) berbanding dengan keluarga Abdul Manaf? Demi Allah sekiranya engkau mahu aku boleh tenggelamkan ke atas kaum ini dengan kuda dan manusia." Abu Sufayn sedia berperang untuk memberikan Ali jawatan khalifah. Abu Sufyan menggunakan nama Abdul Manaf kerana Abdul Manaf adalah moyang yang sama kepada Bani Umayyah dan Bani Hasyim.

"Sesungguhnya aku melihat angin debu yang tidak akan terpadam kecuali dengan darah. Wahai keturuan Abdul Manaf, siapa dia Abu Bakar untuk memerintah kamu. Mana dua orang yang ditindas dan dua orang yang di hina, Ali dan Abbas, wahai Abu Hassan (iaitu Ali) hulur tangan kepada kamu supaya aku berbai’ah kepada kamu." Ali menolak.


Kerana kelewatannya memeluk Islam maka Abu Sufayn tidak mencalonkan dirinya sebagai pepimpin ummah ketika itu. Tidak juga terdapat sumber-sumber yang mengisyaratkan Bani Umayyah mencadangkan Uthman bin Affan, menantu Rasulullah sebanyak dua kali dan juga anggota kabila Bani Umayyah. Ini bermakna kepimpinan beliau tidak menyerlah berbanding dengan Abu Bakar, Umar, Abu Ubaydah dan Ali.

Al-Baladhuri memuatkan satu riwayat di mana Umar pada mulanya ingin berbai'ah kepada Abu Ubaydah. Alasan Umar adalah Rasulullah pernah memberikan gelaran al-Amin kepada Abu Ubaydah. Tetapi Abu Ubaydah menolak bai'ah Umar dan memarahi kejahilan Umar. Kewibawaan Abu Ubaydah tentunya menyerlah kerana tiada siapa yang berani memarahi Umar.

Dari segi kedewasaan dan kekayaan al-Abbas mempunyai asas kepimpinan yang terkuat di kalangan Bani Hasyim. Seperti Abu Sufayn keislaman al-Abbas adalah lewat. Justeru itu Abu Sufayn dan al-Abbas mendorong Ali sebagai calon khalifah. Ini bermakna di belakang Ali adalah gabongan kekuatan Bani Hasyim dan Bani Umayyah, gabongan kemuliaan, kekayaan dan jumlah dalam bangsa Quraish. Tidak ada gabongan yang sekuat itu di masyarakat Arab ketika itu. Dan Ali adalah lelaki pertama memeluk Islam -- meskipun kedahuluannya dipertikai kerana ketika itu dia masih belum dewasa -- sepupu Rasulullah dan menantunya. Dengan segala ini jawatan khalifah masih terlepas dari tangan Ali. Mengapa?





Wednesday, March 29, 2006

Jasad Umat & Darah Khulafa 21

Ali berjanji untuk berbai'ah dengan Abu Bakar pada waktu malam (selepas isya'). Apakah yang membuatkan Ali mempercepatkan bai'ahnya?


Abu Bakar memang seorang yang dapat melembut dan memenangi hati orang lain. Apabila selesai Abu Bakar sembahyang zuhor Abu Bakar bangun mengadap manusia kemudian memohon maaf kepada Ali terhadap apa yang telah berlaku. Kemudian Ali bangun, dan membesarkan hak Abu Bakar dan menceritakan keutamannyha dan kelebihannya dan kemudian menuju kepada Abu Bakar dan berbai’ah.

Melihat Ali berbai'ah kepada Abu Bakar maka manusia meluru kepada Ali dan berkata: "tepat sekali , dan memang baik apa yang kamu buat ini."


Jasad Umat & Darah Khulafa 20

Menurut al-Tabari selepas bai'ah di Saqifah Bani Saadah keesokkan harinya berlaku sekali lagi bai'ah kepada Abu Bakar. Bai'ah ini di panggil Bai'ah Ammah atau bai'ah menyeluruh meskipun Ali dan Bani Hasyim hanya melakukan bai'ah enam bulan kemudian.

Selain dari al-Tabari adalah satu lagi sumber penting bagi sejarah awal Islam. Sumber tersebut asalah Ansab al-Ashraf yang disusun oleh Ahmad bin Yahya al-Baladhuri. Beliau memuat saya riwayat di mana Ali dan al-Abbasi mendengar takbir di masjid dan mereka masih belum lagi selesai memandikan Rasulullah. Ali bertanya: ” Apa yang berlakui?”Kata al-Abbas: “Inilah yang kamu sanggah, kerana perkara ini pernah aku katakan kepada engkau.”

Takbir tersebut adalah untuk mengumpulkan umat Islam di Madinah untuk berbai'ah kepada Abu Bakar. Al-Abbas mengingat Ali bahawa dia pernah menggesanya beliau supaya pergi kepada Rasulullah yang ketika itu gering dan meminta wasiat tentang siapa yang akan menjadi khalifah. Ali enggan meminta wasiat itu kerana takut sekiranya wasiat itu tidak diperolehi maka beliau tidak akan mendapat hak menjadi khalifah untuk selama-lamanya.

Jasad Umat & Darah Khulafa 19

Apabila Ali selesai berucap Abu Bakar memberikan ucapan balas yang dimulai dengan syahadah dan puji-pujian kepada Allah. Katanya:"Demi Allah kaum kerabat Rasulullah lebih kucintai dari kaum kerabatku sendiri".

Ali pastinya membangkitkan tanah Fadak yang dituntut oleh Fatimah dan bahagian tanah Kyabar yang dituntut oleh al-Abbas sebagai harta warisan dari Rasulullah. Kerana Abu Bakar menjawab: "Sesungguhnya aku tidak mengabaikan harta ini. Antar aku dan kamu sekelian tiada lain kecuali kebaikan. Tetapi aku mendengar Rasulullah berkata kami tidak mewariskan dan apa yang kami tinggalkan adalah sedekah, sesungguhnya keluarga Muhammad makan dari harta ini. Dan sesungguhnya aku, aku berlindung dengan Allah, apa yang Rasulullah lakukan aku akan melakukannya, dengan izin Allah."


Ali, dari apa yang tergambar dari riwayat, puas hati dengan penjelasan Abu Bakar. Ali berkata: "Sesungguhnya aku berjanji kepada engkau aku akan berbai'ah kepada engkau pada malam ini."

Tetapi Ali akhirnya berbai'ah lebih awal dari apa yang berliau janjikan. Apakah yang dilakukan oleh Abu Bakar sehingga bai'ah itu dipercepatkan?

Tuesday, March 28, 2006

Jasad Umat & Darah Khulafa 18


Seorang bertanya kepada al-Zuhri: Adakah Ali tidak brbai'ah kepada Abu Bakar selama enam bulan?

"Betul, dan tidak seorangpun dari Bani Hasyim sehinggalah Ali berbai'ah," jawab beliau.

Tambah al-Zuhri:" Apabila Ali melihat berpalingnya wajah manusia daripadanya (setelah Fatimah meninggal dunia) maka dia pun tunduk kepada maslahat Abu Bakar. Maka dia menghantar utusan kepada Abu Bakar: datanglah kepada kami dan jangan bawa seorangpun bersama kamu."

Ali tidak mahu Umar datang bersama Abu Bakar kerana mengetahui sikap Umar yang kasar.

Umar berkata kepada Abu Bakar "jangan pergi kepada mereka seorang diri."

Abu Bakar berkata: "Demi Allah aku akan pergi kepada mereka seorang diri. Apa yang boleh mereka lakukan kepadaku?”

Maka Abu Bakarpun pergi dan masuk berjumpa Ali dan Bani Hasyim telah berhimpun di sisi Ali dan Ali bangun dan berucap: "Sesungguhnya tiada yang menahan kami dari berbai’ah kepada engkau kerana mengingkari kelebihan engkau, kami juga tidak dengki dengan kelebihan yang telah dikurniakan Allah kepada engkau.

"Akan tetapi kami melihat, kami mempunyai hak dalam perkara (al-amr=khalifah) ini. Kamu sekelian telah mengenepikan kami dalam hal ini." Dan kemudian Ali menceritakan rapatnya dengan Rasulullah dan hak mereka (Bani Hasyim). Ali berterusan bercakap tentang itu sehingga Abu Bakar menangis.

Jasad Umat & Darah Khulafa 17

Tetapi beberapa riwayat lain memberikan gambaran yang lebih munasabah tentang bai'ah Ali kepada Abu Bakar. Aisyah memberikan gambaran terhadap sikap Ali. Tetapi riwayat dari Aisyah ini perlu dipertimbangkan dalam konteks hubungan kedua yang bermasalah yang berkemuncak dengan pemberontakan Aisyah dalam Perang Jamal.


Aisyah melaporkan Fatimah, puteri Nabi dan isteri Ali, dan al-Abbas, bapa saudara Nabi, datang kepada Abu Bakar dan keduanya meminta harta warisan masing-masing daripada Rasulullah. Mereka meminta bahagian tanah Fadak dan Kyaibar. Abu Bakar berkata kepada keduanya: "Aku mendengar Rasulullah bersabda kami tidak meninggalkan harta warisan, apa yang kami tinggalkan ia adalah sedakah sesungguhnya keluarga Muhammad makan daripada harta ini."

Abu Bakar menambah: "Demi Allah aku tidak akan membiarkan sesuatu perkara yang aku lihat Rasulullah melakukannya kecuali akupun melakukannya." Maka Fatimahpun beredar meninggalkan Abu Bakar dan tidak bercakap denganya sehinga meninggal dunia. Ali mengebumikannya pada waktu malam, tetapi Abu Bakar tidak mengizinkannya.

Adapun Ali, kata Aisyah, menurut pandangan manusia, adalah gambaran kehidupan Fatimah. Apabila Fatimah wafat manusiapun berpaling dari Ali. Fatimah meninggal dunia setelah enam bulan Rasulullah wafat.

Monday, March 27, 2006

Jasad Umat & Darah Khulafa 16

Terdapat riwayat-riwayat yang bercanggahan dalam al-Tabari tentang bai'ah Ali terhadap Abu Bakar. Al-Tabari adalah seorang yang dilatih dalam disiplin hadis. Dia hanya membentang riwayat-riwayat tersebut tanpa berusaha untuk memberikan satu narratif yang konsisten.

Satu riwayat menyebut Umar pergi ke rumah Ali. Talhal, Zubayr dan seorang Muhajiran turut berada dalam rumah tersebut. Umar berteriak: "Demi Allah aku akan bakar kamu semua kalau tidak keluar untuk berbai'ah." Zubayr keluar dengan pedang terhunus tetapi terjatuh dan pedang itu terjatuh dari tangannya. Mereka menerkam Zubayr dan mengambil pedangnya.

Satu riwayat yang lain menyebut Ali berada di rumahnya apabila didatangi untuk diberitahu bahawa Abu Bakar telah menerima bai’ah. Maka dia keluar secara tergegsa-gesa dengan memakai hanya baju qamis tetapi tanpa memakai kain dan serban kerana takut terlewat untuk berbai’ah. Apabila telah berbai’ah kepada Abu Bakar dan kemudian duduk bersamanya Ali menghantar orang untuk mengambil pakaiannya. Apabila pakaian dibawakan kepadanya maka dia memakainya dan terus ikut serta dalam majlis Abu Bakar.

Saturday, March 25, 2006

Jasad Umat

Dengan kiriman yang lalu maka berakhirlah kisah percubaan golongan Ansar untuk melantik Saad bin Ubadah sebagai khalifah umat Islam, atau setidak-tidaknya khalifah untuk Ansar sementara Muhajirin melantik khalifahnya sendiri. Selepas itu Saad meninggalkan Madinah dan pergi ke Syam. Ada riwayat mengatakan Umar apabila telah dilantik menjadi khalifah mengirimkan orang kepadanya supaya berbai'ah. Saad enggan. Dia kemudiannya mati di Syam. Ada riwayat mengatakan beliau mati dipanah oleh jin. Satu lagi riwayat memberikan gambaran seolah-olah beliau mati diracun.


Selepas ini kisah akan diteruskan dengan sikap Ali dan Bani Hasyim terhadap persoalan kepimpinan umat.

Jasad Umat & Darah Khulafa 15

Ibn Abbas meneruskan ceritanya yang mengandungi retrospeksi Umar al-Khattab, khalifah kedua, tentang peristiwa Saqifah Bani Saadah dimana Abu Bakar sebagai khalifah dan perlantikan itu dilihat oleh segolongan sebagai "faltatan" tergesa-gesa seperti kegolojohan jahiliah (ka faltatan jahiliah).

"Apabila kami sampai di Madinah," kata Ibn Abbas, " dan tiba hari Jumat aku pergi untuk mendengar ucapan yang telah disebut oleh Abdul Rahman Auf." Tetapi Said bin Zaid, seorang yang punya pertalian darah dengan Umar, yang datang terlebih dahulu dari Ibn Abbas. "Maka aku duduk disisinya yang berhampiran dengan mimbar, lututku bertemu dengan lututnya."

Tidak lama setelah tergelincir matahari Umar pun muncul. "
Aku berkata kepada Said bahawa Amirul Mukminin akan berkata di atas mimbar hari ini ucapan yang tidak pernah diucapkan sebelum ini."

" Apa ucapan yang belum pernah diucapkan olehnya sebelum ini?" tanya Said dengan marah.

Ibn Abbas meneruskan riwayatnya: Apabila Umar duduk di atas mimbar maka muazzin melaungkan azan. Apabila Muazzin selesai azan maka Umar bangun dan memulakan khutbahnya dengan pujian-pujian kepada Allah: "Ammba ba’du, sesungguhnya aku mahu bercakap sesuatu ucapan yang telah ditakdirkan aku mengucapnya. Barangsiapa yang memberi perhatian kepadanya dan mengingatinya maka ceritakanlah perkara ini tanpa menokok tambah. Sesiapa yang tidak mengingati perkara ini maka aku tidak menghalal dia berdusta tentang diriku."

Umar meneruskan khutbahnya: " Sesungguhnya Allah Azzawajalla mengutuskan Muhammad dengan kebenaran dan menurunkan kepadanya kitab dan diantara apa yang diturunkan ke atasnya adalah ayat rejam. Maka Rasulullah melaksanakan hukum rejam dan begitu juga dengan kami selepasnya. Sesungguhnya aku takut apabila berlalunya masa akan ada orang berkata sesungguhnya kami tidak menemui ayat rejam dalam kitab Allah maka sesatlah mereka dengan meninggalkan suruhan yang telah diturunkan oleh Allah."

Khalifah kedua itu berkata lagi: Dan sesungguhnya kami pernah berkata janganlah kamu membenci keturunan kamu sesungguhnya membenci keturunan itu adalah kufr.

Akhirnya Umar memenuhi janjinya untuk memberikan penjelasan kepada peristiwa Saqifah Bani Saadah. Inilah yang dikatakan oleh beliau: "Kemudian itu telah sampai kepadaku sesaorang dari kamu yang berkata sekiranya mati Amirul Mukminin aku akan berbai'ah dengan fulan."

Umar menyanggah: " Jangan sekali terpedaya dengan sesaorang yang berkata sesungguhnya bai’ah kepada Abu Bakar itu sesuatu yang terburu-buru (faltatan)."

Menurut Umar keterburuan itu adalah cara Allah swt untuk menyelamatkan umat seperti yang beliau ucapkan: "Memanglah sesungguhnya begitu tetapi Allah telah memeliharanya."

" Dan tiada yang lebih panjang tengkoknya seperti Abu Bakar," hujjah Umar menyatakan kewajaran perlantikan Abu Bakar. Menurut Ibn Manzur dalam Lisan al-Arab "tengkok" di sini sebagai metafora kepimpinan dan kewibawaan.

" Apabila kami menerima berita Rasulullah wafat, Ali, Zubayr dan orang-orangnya telah meninggalkan kami ke rumah Fatimah," kata Umar meneruskan retrospeksinya. " Dan seluruh orang Ansar pula telah meninggalkan kami dan telah berhimpun pula golongan Muhajiran pada Abu Bakar."

" Aku berkata kepada Abu Bakar ayuh kita pergi kepada saudara kita Ansar, maka kami bergerakan menuju mereka, kami bertemu dengan dua lelaki saleh, ahli Badr. Mereka berdua bertanya: Kemana tujuan kamu wahai Muhajiran. Kami menjawab: kemi menuju ketempat saudara kami Ansar. Kedua mereka menjawab: Pulanglah kamu semua dan selesaikan urusan kami dikalangan kamu sendiri."

"Kami berkata: Demi Allah kami akan pergi juga menemui mereka. Dan kamipun pergi kepada Ansar yang berada di Saqifah Bani Saadah."

Bila tiba di sana Umar melihat di tengah-tengah mereka ada seorang lelaki yang sedang berselubung. "Aku bertanya: Siapa dia ini? Mereka menjawab: Saad bin Ubadah. Aku bertanya: Apa gerangan dia? Mereka menjawab: Dia sakit."

"Tatkala aku melihat mereka mahu mengambil dan merampas hak kepimpinan kita, maka aku menyusun satu ucapan dan aku akan menyerahkannya kepada Abu Bakr dan aku telah mempelajari sesuatu yang bijaksana darinya kerana dia adalah lebih lebih lembut dari aku.

"Apabila aku hendak berucapan dia (Abu Bakar) berkata: sabar dulu wahai Umar, dan aku tidak mahu engkar dengannya."

"Dia bangun dan setelah memuji Allah dan tidak meninggalkan satupun apa yang telah aku susun untuk diucapkan. Bahkan Abu Bakar telah mengucapkannya dengan lebih baik.

"Abu Bakar berkata: Wahai orang-orang Ansar walaupun kamu tidak perlu menceritakan tentang keutamaan kamu kerana orang Arab telah mengetahuinya."

Tetapi Abu Bakar menegaskan tradisi Arab yang hanya menerima kepimpinan Quraisyh: " Sesungguhnya orang Arab tidak mengetahui urusan ini kecuali kaum tersebut dari Quraisyh. Dan mereka adalah paling mulia dari segi negeri dan keturunan."

Kemudian Abu Bakar mencadangkan Umar atau Abu Ubaydah sebagai khalifah. Umar meneruskan khutbahnya: "Aku redha untuk kamu salah seorang dari dua lelaki ini. Berbai’ahlah kepadanya siapa yang kamu suka. Dia mengambil tanganku dan tangan Abu Ubaydah bin Jarrah."

Umar menegaskan: " Dan sesungguhnya, demi Allah, tiada apa yang lebih aku benci dalam uncapannya melainkan tentang ini. Sekiranya aku diletakkan dihadapan (dipilih), dipenggal leherku, sekiranya tidak berdosa, adalah lebih aku sukai dari memerintah kaum di mana Abu Bakar terdapat di dalamnya."

Kemudiannya Umar menceritakan sanggahan al-Hubab bin Munzir, orang Ansar yang menyokong kuat Saad bin Ubadah dan ingin memecahkan khilafah kepada dua, satu khalifah untuk Ansar dan satu khalifah untuk Muhajirin.

Umar berkata: " maka riuh rendah suara dan hirup piruk. Apabila aku takut perbalahan aku berkata kepada Abu Bakar, hulurkan tangan kamu untuk aku berbai’ah kepada kamu, maka dia menghulur tangannya, maka aku berbai’ah dengannya maka berbai’ah Muhajiran dan berbai’ah kepadanya Ansar."

" Kemudian kami menerkam kepada Saad sehingga ada seorang berkata 'kamu membunuh Saad bin Ubadah,' aku berkata Allah melaknak dia."

Umar kemudian merumuskan kegentiangan suasana dan bai'ah kepada Abu Bakar adalah suatu yang meyakinkan dan menyelamatkan umat dari kehancuran. Kata Umar: "Sesungguhnya aku tidak melihat perkara yang lebih kuat dari pada bai’ah kepada Abu Bakar. Kami takut kalau kami pecahkan kaum tidak akan berlaku bai’ah. Sesungguhnya akan berlaku satu bai’ah selepas kami dimana sekiranya kami ikut kami tidak redha atau kalau kami tentang akan berlaku kehancuran."


Friday, March 24, 2006

Jasad Umat & Darah Khulafa 14

Bai’ah kepada Abu Bakar sebagai khalifah pertama dilakukan dengan tergesa-gesa (faltatan). Bacaan teliti kepada al-Tabari menggambarkan ketidakpuasan kepada cara perlantikan beliau. Tuduhan tergesa-gesa (faltatan) itu merebak di zaman Umar lagi sehingga menyebabkan beliau marah dan mengambil tindakan untuk menyanggahnya seperti yang terdapat dalam riwayat berikut:

“Aku mengajar Abdul Rahman bin Auf membaca al-Qur’an” kata Ibn Abbas. “Kami mengerjakan haji bersama Umar. Aku sedang mengelilingi sebuah rumah di Mina ketika itu datang kepadaku Abdul Rahman bin Auf.” Abdul Rahman berkata: “Aku berjumpa Amirul Mukminin hari ini dan bangun kepadanya seorang lelaki yang berkata ‘ aku mendengar si polan berkata sekiranya mati Amirul Mukminin aku akan berba’ah kepada si fulan.’ ”

Menurut al-Baladhuri si-polan yang dimaksudkan adalah Zubayr bin Awwam dan orang yang beliau ingin berbai’ah adalah Ali.

Abdul Rahman bin Auf menyambung: “Amirul Mukminin menjawab: “Aku akan berdiri malam ini di tengah-tengah manusia untuk memberi amaran kepada golongan yang ingin merampas kepimpinan.’

“Aku (Abdul Rahman bin Auf) berkata: Amirul Mukminin musim haji menghimpunkan pemberontak-pemberontak di kalangan manusia. Dan merekalah yang majoriti dalam majlis kamu. Dan aku takut kata-kata engkau tidak dingati oleh mereka, atau tidak difahaman dengan betul. Dan akan dilupakan. Tangguhkan sehingga kamu kembali ke Madinah – negeri hijrah dan sunnah dan kita sampaikan kepada sahabat-sahabat Rasulullah dari Muhajiran dan Ansar. Dan kau boleh berucap dengan yakin. Ucakapan engkau akan diingati, dan mereka akan memahami dengan betul.”

“Umar berkata: ‘Sesungguh inilah perkara yang pertama yang akan aku lakukan di Madinah.

Apakah ucapan Umar?

Thursday, March 23, 2006

Perlukah demokrasi bersyahadah?

Seorang pembaca menulis: Aku pernah baca buku Dr Yusuf Al Qardhawi yang katanya demokrasi sistem terbaik selepas islam.

Mungkin kita boleh suruh demokrasi tu bersyahadat agar kita boleh terima keberadaannya.



Bagus gak soalan ni.

Wednesday, March 22, 2006

Nota Perang 1

Dari The Book of Joshua:

8:1 And the Lord said unto Joshua, Fear not, and neither be thou dismayed: take all the people of war with thee, and arise, go up to Ai;

8:21 And when Joshua and all Israel saw that the ambush had taken the city, and that the smoke of the city ascended, they turned again, and slew the men of Ai.

8:22 …..and they smote them, so that they let none of them remain or escape.

10:28 And that day Joshua took Makkedah, and smote it with the edge of sword, and the king thereof he utterly destroyed, them, and all the souls that were therein; he let none remain:

10:29 Then Joshua passed from Makkedah, and all Israel with him, unto Libnah, and fought against Libnah:

10:30 ….. and he smote it with the edge of the sword, and all the souls that were therein; he let none remain in it,

10:31 And Joshua passed from Libnah, and all Israel with him, unto Lachish

10:32 ….which took it on the second day, and smote it with the edge of the sword, and all the souls that were therein, according to all he had done to Libnah.

10:33 Then Horam king of Gezer came up to help Lachish; and Joshua smote him with his people, until he had left him none remaining.

10:34 And from Lachish Joshua passed unto Eglon, and all Israel with him; they encamped against it, and fought against it;

10:35 And they took it on that day, and smote it with the edge of the sword, and all the souls that were therein he utterly destroyed that day, according to all he had done to Lachish.

10:36 And Joshua went up from Eglon, and all Israel with him, unto Hebron; and they fought against it:

10:37 And they took it, and smote it with the edge of the sword, and the king thereof, and all the cities thereof, and all the souls that were therein; he left none remaining, according to all he had done to Eglon; but destroyed it utterly, and all the souls that were therein.

10:38 And Joshua returned, and all Israel with him, to Debir; and fought against it:

10:39 And he took it, with the king thereof, and all the cities thereof; and they smote them with the edge of the sword, and utterly destroyed all the souls that were therein; he left none remaining: as he had done to Hebron, so he did to Debir, and to the king thereof; as he had done also to Libnah and to her king.

10:40 So Joshua smote all the country of the hills, and of the south, and of the vale, and of the springs, and all their kings: he left none remaining, but utterly destroyed all that breathed, as the LORD GOD of Israel commanded.

Edisi mana?

Seorang pembaca yang mengikuti Jasad Umat & Darah Khulafa berkata Tarikh Tabari ada 30 jilid, yang mana satu yang saya terjemahkan? Setahu saya tidak ada edisi Arab Tarikh Tabari yang sampai 30 jilid. Mungkin yang dimaksudkan adalah edisi terjemahan Inggeris. Naratif yang saya tulis, yang mana sebahagian besarnya adalah terjemahan, tidak bersandarkan edisi terjemahan Inggeris. Edisi yang saya pakai bertajuk Annales quos scripsit Abu Djafar Mohamaed Ibn Djarir At-Tabari. Edisi ini merupakan edisi cetak yang pertama dan dicetak di Leiden tahun 1896. Editornya adalah M.J. De Goeje. Sebelum itu kesemua edisi Tarikh al-Rusul wal Muluk adalah dalam tulisan tangan. De Goeje menghasilkan edisi cetak ini berdasarkan sekumpulan manuskrip yang terdapat di universiti-universiti dan muzeum di Barat. Riwayat Saqifah Bani Saadah terdapat dalam jilid ke-4. Edisi Arab De Goeje diberikan tajuk dalam bahasa Latin kerana itulah konvensyen kesarjanaan klasik dan kajian ketimuran di masa itu. Bahkan nota kaki dan jadual kandungan isi juga dalam bahasa Latin. Tetapi saya juga menggunakan edisi sarjana Mesir, Muhammd Fadl Ibrahim, yang diterbitkan tahun 1962. Tidak banyak perbedaan antara kedua edisi. Riwayat Saqifah dalam edisi M Fadl Ibrahim terdapat dalam jilid 3.

Ali Abdul Raziq .... lagi

Kenapa IKD terbitkan buku Ali Abdul Raziq? Sudah tentu untuk dibaca. Siapakah pembaca itu? Yang tak tahu bahasa Arab dan agar boleh menilainya sendiri dan tidak tertipu dengan propaganda mereka yang tahu bahasa Arab dan mereka sendiri tidak membacanya. Tidak bijak dari segi politik IKD menerbitkannya.... mungkin betul dari segi politik. Tapi IKD bukan badan politik maka tidak perlu difikirkan sangat dari segi politiknya. Biarlah orang politik buat keputusan dan pertimbangan politik. IKD badan ilmu maka pertimbangan pertama kami adalah dari segi ilmu. Adakah sesiapa yang takutkan ilmu? Mungkin orang politik juga. Tetapi orang ilmu sentiasa syahwatkan ilmu!

Tuesday, March 21, 2006

Jasad Umat & Darah Khulafa 13

Dalam satu riwayat lain yang melalui Sayf bin Umar Tabari memberikan satu variasi. Riwayat tersebut menyatakan Saad Ubadah berbai’ah, secara terpaksa, kepada Abu Bakar. Riwayat tersebut adala seperti berikut:

Apabila al-Hubab, tokoh Ansar yang mahukan Saad Ubadah sebagai khalifah Ansar, bangun dengan menghunus pedangnya di berkata: Aku Abu Syibl (anak harimau) yang di dalam sarang singa, dan aku dipinggil al-Asad (sang singa).

Umar menekam dan memukul tangannya. Maka jatuh pedang dari tangan al-Hubab). Dan Umar mengambil pedang itu dan kemudian menerkam kepada Saad bin Ubadah. Dan yang lain turut menenerkam Saad. Selepas itu berduyun manusia berbai’ah kepada Abu Bakar dan Saad pun turut bai’ah.

Tetapi riwayat ini memberikat ulasan dengan kata-kata: “Dan itu adalah satu kegopohan (filtatan) seperti kegopohan jahiliah (ka filtat jahiliyyah).

Abu Bakar pun bangun untuk menerima bai’ah.

Dan ada yang berkata apabila Saad dipijak seorantg berkata “kamu telah membunuh Saad”. Umar berkata : Allah telah melaknat dia, sesungguhnya dia munafik. Maka Umar memukul batu dengan pedang dan pedang itu patah.

Pada suatu hari Saad bin Ubadah berkata kepada Abu Bakar: Sesungguhnya kamu wahai Muhajirin dengki pada ku tentang kekuasaan ini. Kamu dan kaumku telah memaksa aku untuk berbai’ah.

Dah mereka (Muhajirin) menjawab: Sekiranya kami memaksa kau untuk berpecah, kau akan berpaling kepada kumpulan kamu yang kamu senang dengannya. Tetapi kami menyeru kamu kepada jemaah, maka kamu jangan membantah lagi, sekiranya kamu engkar dari taat, atau kamu pecahkan jemaah, maka kami akan bunuh kamu.”

Monday, March 20, 2006

Siapa yang takutkan Ali Abdul Raziq? telu

Kita bernasib baik harian Mesir al-Siasah pada 13 Ogos 1925 melaporkan pembicaraan Ali Abdul Raziq oleh Majlis Tertinggi Ulamak al-Azhar yang diketuai oleh Syeikh Abu Fadl. Maka kita dapat menilai apakah jenis pembicaraan yang dilakukan oleh universiti al-Azhar, universiti tertua di dunia, untuk menyingkirkan seorang "syeikh"nya.

Ali Abdul Raziq memasukki majlis pembicaraan tersebut jam 10.30 dan memberi salam. Tetapi tidak seorangpun yang menjawab salamnya. "Kamu duduk di situ!" kata Syeikh al-Azhar dengan nada marah menyuruh Ali Abdul Raziq duduk di tempat yang bertentangan dengannya.

Syeikh al-Azhar memegang sebuah buku di tangan kanannya dan bertanya: " Adakah ini buku kamu?" Ali Abdul Raziq menjawab: "ya, kitab saya." Syeikh al-Azhar bertanya lagi: "kamu mengaku terhadap semua yang terkandung didalamnya?" "Ya, saya mengaku terhadap semua yang terkandung di dalamnya," jawab Ali Abdul Raziq.

Syeikh al-Azhar melemparkan buku tersebut. "Seluruh isi kandungan kitab ini sesat dan salah. Kami telah menulis tujuh kesalahan dalam buku ini, walaupun ia sebenarnya lebih banyak dan kesemuanya juga sesat." Beliau kemudian membacakan semua kesalahan buku tersebut. Dan setelah selesai berkata: "Hah! Kamu ada apa-apa nak jawab?"

Sunday, March 19, 2006

Siapa yang takutkan Ali Abdul Raziq? loro

Dalam tahun 1972 Muhammad Imarah, seorang sarjana Mesir yang terkenal, menerbitkan sebuah buku bertajuk al-Islam wa usul Hukm li 'Ali Abdul Raziq. Buku tersebut mengandungi teks kitab Ali Abdul Raziq itu sendiri dan didahului dengan satu pengantar sepanjang 110 muka surat. Dalam bulan Mac tahun lalu saya mengadiri satu seminar di Florida dan turut hadir di sana adalah seorang tokoh undang-undang Mesir Kamal Abdul Majid. Saya tidak mengenal nama beliau sebelum itu tetapi Anwar Ibrahim memberitahu saya Kamal adalah seorang veteran yang dihormati di dunia Arab. Kerana IKD baru sahaja menerbitkan terjemahan Islam wa usul Hukum saya ingin mengetahui dari mulut seorang Mesir sendiri tentang buku tersebut. Beliau menjawab bahawa Muhammad Imarah telah memberikan pengantar yang panjang lebar kepada buku kontroversi itu dan menghuraikan konteks polemik dan perdebatan mengenainya. Bukan sahaja huraian tetapi juga prosiding pembicaraan Ali Abdul Raziq oleh Majlis Tertinggi Universiti al-Azhar dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

"Sejak negeri kita mengenal dunia percetakan belum pernah sebuah buku yang diterbitkan menimbulkankan ribut, heboh, perkelahian dan pergelutan seperti buku ini....," kata Muhammad Imarah memulakan pengantarnya.

Thursday, March 16, 2006

Siapa yang takutkan Ali Abdul Raziq? siji

Telah setahun berlalu seminar "Bahaya Islam Liberal" di Dewan Bahasa dan Pustaka di mana saya hadir sebagai perserta biasa dan duduk di barisan yang agak belakang. Saya ingin mengambil peranan profil rendah dan tidak mahu dikenali oleh sesiapa kerana saya kira berada dalam kubu dimana saya tidak mempunyai ramai simpatisan. Helah saya meleset. Setidak-tidaknya ada seorang anak muda yang mengenali saya dan membuat provokasi.

Anak muda tersebut ingin memancing reaksi. Dia bertanyakan kepada ahli penal tetapi pantunnya ditujukan kepada saya: kenapakah Institut Kajian Dasar, dimana saya adalah pengarah eksekutifnya, menterjemah dan menerbitkan buku Syeikh Ali Abdul Raziq yang telah mencetuskan keributan di dunia Islam? Pantun anak muda itu tidak saya jawab. Tetapi salah seorang ahli penal, Dr. Asri Zainal Abidin, tidak mahu menghampakan anak muda tersebut. Pendakwah muda karismatik aliran Salafi itu menembak IKD: apakah niat IKD menerbitkan sebutir buku yang ditolak oleh semua ulamak al-Azhar? Dan konon katanya lagi buku penulis yang dilucutkan gelaran "Syeikh"nya adalah lebih bahaya dari majalah Mangga. Saya tidak membaca majalah tersebut maka saya tidak tahu apakah anasir dalam majalah tersebut yang boleh menghumbankan pembacanya ke dalam neraka wail.

Beberapa bulan kemudian IKD sekali lagi digodam kerana menterjemahkan kitab kecil Ali Abdul Raziq itu. Kali ini oleh organisasi yang lebih ampuh pengaruh dan kuasanya, iaitu di muktamar pemuda Pas. Minggu lalu perkara ini timbul lagi. Utusan Malaysia pada 13 Mac menyiarkan ulasan Syed Shahriman Syed Ali kepada Islam wa usul al-Hukm. Ulusan yang bertajuk Kisah sebuah buku kontroversi dari Mesir di akhirnya dengan perengan yang berbunyi: "Dalam keadaan ini apakah rasionalnya buku ini kini, diterbitkan dalam versi terjemahan bahasa Melayu oleh Institut Kajian Dasar (IKD)?

Wednesday, March 15, 2006

Jasad Umat & Darah Khulafa 12

Apabila diberitahu kepada Abu Bakar tentang kedegilan Saad, Umar berkata: Jangan tinggalkan dia selagi dia tidak berbai’ah.

Basyir bin Saad berkata kepada Umar: Sesungguhnya dia memang degil dan engkar dan dia tidak akan berbai’ah walaupun dibunuh dan dia tidak akan dapat dibunuh selagi tidak dibunuh bersamanya anaknya, keluarganya dan kelompoknya dari sukunya. Tinggalkanlah dia, dia tidak akan memberikan mudarat kepada kamu. Dia hanya seorang.

Maka mereka mendengar pendapat Basyir bin Saad dan meninggalkan Saad bin Ubadah. Dan mereka akan bermesyuarat dengan Basyir untuk mendapat nasihatnya apabila mereka mahu menjauhkan diri Saad.

Setelah itu Saad tidak sembahyang, menunaikan haji dan berkumpul bersama-sama mereka. Dia kekal sedemikian sehingga Abu Bakar meninggal dunia.

Jasad Umat & Darah Khulafa 11

Setelah Umar beredar pemimpin Ansar yang sedang terbaring sakit itu berkata dengan ancaman: Demi Allah sekiranya aku mempunyai kekuatan untuk berdiri kamu akan mendengar dari ku di setiap dan lorong ngauman, dan aku akan menangkap kamu dan memasukkan kamu dan rakan-rakan kamu ke dalam lubang; kerana, sesungguhnya, demi Allah, aku bersama kaumku akan menahan kamu dari mengikuti pemimpin yang tak layak diikuti.

Bawa aku dari tempat ini, kata Saad, pemimpin Khazraj dari suku Bani Saadah itu. Dan mereka membawanya masuk ke dalam rumahnya dan dia tinggalkan selama beberapa hari.

Kemudian, setelah beberapa hari, di utuskan kepadanya untuk berbai’ah (kepada Abu Bakar) kerana manusia dan kaumnya telah berbai’ah.

Jawab Saad: Demi Allah, sehingga aku menghujani anak panahku dan mata tombakku berlumuran darah dan aku melibas pedangku dengan sepenuh kekuatan, (aku tidak akan berbai’ah); aku akan memerangimu dengan kaum keluargaku dan pengikut-pengikut yang setia kepadaku; walaupun bersatu jin dan manusia dengan kamu, aku tidak akan berbai’ah, sehingga aku kembali kepada Tuhan dan dihisab.

Tuesday, March 14, 2006

Jasad Umat; soalan-soalan

Saya ingin menangguhkan narratif peristiwa di Saqifah (balai) Bani Saadah untuk mengajukan beberap persoalan. Siapakah Saad bin Ubadah? Tiada sumber yang mempertikaikan bahawa beliau merasakan dirinyalah yang paling layak untuk menjadi khalifah pertama dalam sejarah Islam. Apakah yang ada dalam benaknya dan apakah latar belakangnya yang membuatkannya merasakan dirinya paling layak menjadi khalifah?

Siapakah al-Hubab bin al-Munzir yang muncul dalam naratif al-Tabari sebagai penyokong terkuat kepada Saad bin Ubadah sebagai calong khalifah? Ternampak juga dari naratif bahawa beliau mencadangkan dua khalifah, satu khalifah untuk Ansar dan satu khalifah untuk Muhajirin.

Siapakah Basyir bin Saad, orang Ansar yang berpihak kepada Muhajirin dan menghancurkan cita-cita Saad bin Ubadah dan al-Hubab untuk mempastikan khalifah di tangan Ansar?

Siapakah Usaid bin Hudhair, pemimpin Ansar dari kaum Aus yang bimbangkan kalau kekuasaan jatuh kepada Khazraj melalui Saad bin Ubadah?

Siapakah Aslam yang pembai’ahannya, menurut Umar, memberikan kemenangan kepada Abu Bakar dan Muhajirin?

Mengapa Abu Ubaydah muncul sebagai tokoh Muhajirin yang ketiga penting? Kenapa tidak Uthman atau Talhah atau Zubayr?

Tabari tidak memberikan maklumat terperinci tentang mereka ini. Tetapi maklumat tentang mereka terdapat dalam “Kitab al-Maghazi” yang disusun oleh al-Waqidi dan “Kitab Tabaqat al-Kubra” yang disusun oleh Ibn Saad. Kedua-duanya juga sumber primary kepada sejarah awal Islam. Kita akan mencuba melihat secara mikroskopik terhadap perbibadi-peribadi ini dan peranannya di Saqifah Bani Saadah.

Peristiwa di Saqifah merupakan politik pertama dalam sejarah umat Islam. Dan tidak ada teori politik Islam yang boleh dibina tanpa melihat secara mendalam kepada peristiwa tersebut.

Jasad Umat & Darah Khulafa 10

Apabila orang-orang Aus melihat apa yang dilakukan oleh Basyir bin Saad dan apa yang disuarakan oleh orang-orang Quraish dan apa yang dituntut oleh orang-orang Khazraj untuk melantik Saad bin Ubadah maka mereka berkata sesama sendiri. Dan diantara mereka adalah Usaid bin Hudhair, salah seorang Nuqaba, berkata: Demi Allah sekiranya kamu menaikkan orang-orang Khazraj di atas kamu sekali, mereka akan terus berkuasa atas kamu selama-lamanya. Janganlah sekali-kali kamu menjadikan nasib (di bawah mereka) bersama mereka. Bagunlah dan bai’ahlah Abu Bakar.

Dan mereka bagun menuju Abu Bakar dan berbai’ah kepadanya. Maka berpecahlah mereka dari Saab bin Ubadah dengan orang Khazraj tentang apa yang telah mereka persetujui dalam urusan itu (khilafah).

Kemudian Aslam dan jamaahnya datang untuk berjemaah sehingga sesak jalan. Maka mereka berbai’ah kepada Abu Bakar dan berkata Umar: Aku tidak yakin menang sehingga Aslam (berbai’ah).

Menurut sumber lain Aslam bukan seorang individu sebaliknya satu suku kecil yang tinggal di satu wadi.

Maka datanglah manusia dari seluruh sudut berbai’ah kepada Abu Bakar. Kerana berpusu-pusu mereka hampir-hampir mereka memijak Saad. Berkata seorang sahabat Saad: Hati-hati, jangan pijak Saad.

Umar berkata: Bunuhlah dia kerana dia dikutuk oleh Allah. Maka dia memijak kepala Saad dan kemudian berkata: Sesungguhnya aku telah berniat untuk memijik engkau sehingga engkau tidak bergerak dari sini.

Maka Saad memegang janggut Umar dan berkata: Demi Allah sekiranya engkau mencabut sehelai janggutku aku tidak akan berganjak dari engkau selagi engkau mempunyai gigi.

Berkata Abu Bakar: “Bersabar Umar. Berlembut itu adalah lebih matang. Maka umar berganjak dari Saad.

Sunday, March 12, 2006

Sima Qian


Sukar untuk mencari bandingan kepada pengorbanan dan kesetiaan kepada ilmu seperti yang dilakukan oleh Sima Qian (145 -90 s.m.) Dia diberikan pilihan oleh maharaja: dibunuh atau dikembirikan. Pilihan pertama adalah lebih terhormat. Dari riwayat hidupnya tidak tergambar bahawa dia seorang pengecut yang takut mati. Ini boleh kita percayai dengan mengambil kira sikap hidup di zaman tersebut dimana nama adalah lebih penting dari nyawa.

Sima Qian sanggup melalui kesakitan dan keaiban semata-mata untuk hidup dan hidupnya itu adalah semata-mata untuk menulis Shiji . Kalau tidak kerana beliau dan mengorbannnya kita tidak akan tahu tentang China di zaman purba dan nilai-nilai yang membentuk tamadun yang berumur tiga ribu tahun ini. Dan hari ini tatkala China mula muncul sebagai satu raksasa ekonomi negara itu dengan sendirinya akan memberikan signifikan baru kepada tamadunnya dengan segala kekayaan kebudayaannya. Dan Sima Qian adalah seorang penyumbang penting kepada kegemilangan tamadun tersebut.

Melalui Shiji dunia mengetahui Lima Maharaja purba kala yang diikuti dengan Tiga Dinasti. Tulisan Sima Qian mengambil bentuk riwayat hidup, satu pembaharuan dalam tradisi penulisan sejarah di China . Dan beliau merupakan satu-satunya sumber bagi kita untuk mengetahui maklumat tentang tokoh-tokoh tersebut. Ini bukan kerana tidak ada penulisan sejarah sebelum Sima Qian. Sudah ada tradisi cacatan istana seribu tahun sebelum beliau. Setiap istana mempunya pencacat resminya sebagaimana bapanya, Sima Tian, adalah Ketua Pencacat kepada maharaja Han Wudi. Tetapi penyatuan China di bawah Qin Shi Huang (260-210 s.m.) memakan korban bukan sahaja dari segi manusia tetapi juga terhadap ilmu. Dasar "pembakaran buku-buku" semasa penyatuan China telah memusnahkan bukan sahaja buku-buku filsafat Kong Fu Tze malah hampir semua rekod-rekod yang ditulis oleh pencatat-pencacat istana.

Ketika berumur 2o tahun Sima Qian, dengan bantuan kewangan ayahnya, mengembara ke seluruh pelusuk China untuk mencari rekod-rekod dan peninggalan sejarah untuk membuktikan cerita-cerita yang tentang zaman silam. Nasib malang bapa sejarah China ini berlaku kerana terlibat dalam peristiwa Li Ling. Li Ling adalah seorang panglima perang yang di arahkan oleh maharaja untuk menundukan suku asing di sebelah utara. Kempen tersebut mengalami kegagalan. Pegawai-pegawai istana menyalahkan kekalahan tersebut kepada Li Ling. Sima Qian mempertahankan Li Ling dan dengan secara tidak langsung menuding kepada ipar maharaja.

Thursday, March 09, 2006

Jasad Umat & Darah Khulafa 9

Abu Ubaydah pula bangun untuk meredakan ketegangan. Dari laporan al-Tabari dialah orang ketiga dalam tiga serangkai – Abu Bakar, Umar, Abu Ubaydah – yang menjadi paksi kepada kekuatan Muhajirin di peristiwa Saqifah Bani Saadah. Abu Ubaydah berkata: Wahai orang-orang Ansar kamulah yang mula-mula memberi bantuan dan sokongan dan janganlah kamu sekelian menjadi orang pertama yang meninggalkan (jemaah ini) dan berubah.

Maka berdiri Basyir bin Saad Abu Nu’man bin Basyir, seorang pemuka Ansar dari kaum Khajraj dan sepupu kepada Saad bin Ubadah, dan peranannya merubah suasana. Dia berkata: Wahai orang Ansar, sesungguhnya, demi Allah, walaupun kita yang paling awal diberi kelebihan yang pertama untuk berjihad melawan musyirikin dan yang terdahulu dalam agama ini tidaklah kita mahu dengannya melainkan keridhaan kepada Tuhan kita dan taat kepada Nabi kita dan berkorban dengan nyawa kita. Tidak payah lah kita memanjangkan cerita ini kepad amanusia dan tidaklah kita mahu balasan di dunia. Sesungguhnya Allah yang mengurniakan kepada kita kemuliaan ini. Tidakkah Muhammad s.a.w. itu dari pada Quraish dan kaumnya lebih berhak dan utama kepadanya (khilafah). Aku bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya Allah tidak akan melihat aku menentang mereka sama sekali dalam perkara ini. Takutlah kepada Allah dan jangan berselisih dan menentang mereka.

Ruang yang dibuka oleh Basyir, tokoh Ansar, ditangkap oleh Abu Bakar yang bijaksana. Abu Bakar melakukan “political master-strock.” Dia tidak mengemukakan dirinya sebagai pemimpin baru baru ummah. Sebaliknya dia menunjukk kepada dua rakannya dan berkata: “ Ini Umar dan Abu Ubaydah, bai,ahlah kepada salah seorang di antara kedua-duanya siapa yang kamu ingini.”

Tetapi Umar dan Abu Ubaydah segera menolak. Keduanya berkata: Tidak , demi Allah, tidak, kami akan menyerahkan perkara ini kepada kamu. Sesungguhnya kamu adalah orang Muhajirin yang paling baik, kamu adalah orang kedua yang berada dalam gua dan pengganti Rasulullah dalam sembahyang, sembahyang adalah yang paling utama dalam ugama orang-orang Islam. Siapa lagi yang boleh mendahului atau mengambil urusan ini dari engkau. Hulurkan tangan kamu untuk kami berbaiah kepada engkau.

Apabila keduanya bergerak untuk berbaiah kepada Abu Bakar , mereka dipotong dan didahului oleh Basyir bin Saad dan dia berbai’ah.

Tindakan Basyir ini menimbulkan kejengkelan pada Hubab dan dia melihatnya sebagai pengkhianatan kepada orang Ansar. Maka berteriak Hubab: Wahai Basyir, kamu melakukan sesuatu yang memalukan. Apa yang kamu mahu dari perbuatan kamu ini? Adakah kamu ingin menyaingi sepupu engkau dalam kekuasaan?.

Basyir menjawab Hubab menafikan dia mahu bersaing dengan sepupunya Saad bin Ubadah. Katanya: Akan tetapi aku benci menentang kaum yang lebih berhak yang telah diberikan Allah kepada mereka.

Tuesday, March 07, 2006

Pencerahan Baru? Di-yi Ke

Dari segi pemikiran, abad ke-20 dengan limpahan ke abad ke-21, di dominasi oleh pertelengkahan antara Jerman dan Perancis. Pertelingkahan dua masyarakat intelektual Eropah ini di import ke Amerika. Hampir tidak ada jabatan-jabatan kemanusiaan di menara-menara gading Amerika yang tidak terkena tempiasnya. Dari Amerika perdebatan ini dieksport melalui bahasa Inggeris ke Asia dan Afrika. Pertelingkahan pemikiran tersebut adalah antara aliran Pencerahan dengan aliran Pasca-modern.

Habermas yang memimpin mazhab Sekolah Frankfurt ingin mempertahankan Moderniti dimana Moderniti tersebut dilahirkan sebagai satu projek Pencerahan. Sementara pemikir-pemikir Perancis seperti Foucault dan Derrida melancarkan dekonstruksinisme terhadap gagasan Pencerahan. Mereka mengisytiharkan tamatnya zaman modern. Meta-narratif, kata Lyotard, salah seorang penakrif pemikiran pasca-modern Perancis, sudah habis. Tidak ada lagi satu idea besar yang mendasari atau boleh menjelaskan segala kepelbagaian peristiwa seperti pertentangan kelas yang dijadikan meta-narratif oleh golongan Marxis untuk memahami konflik dan gerak masyarakat manusia dalam sejarah. Yang tinggal adalah pelbagak tema, jamak-narratif, serpihan idea-idea yang mempunyai legitimasi masing-masing.

Tara tu je Raja Kedah!

Orang Kedah jangan marah ye! Ini cerita dari Sejarah Melayu:

Arakian, maka Raja Kedah pun datang menghadap ke Melaka, hendak memohon nobat. Telah datang ke Melaka didudukan oleh Sultan Mahmud Raja Kedah itu di atas ceteria yang banyak, dianugerahi Sultan Mahmud.

Sekali peristiwa Bendahara duduk di balainya, di hadap oleh orang banyak, dan Temenggong Tun Hasan dan segala menteri semuanya ada duduk. Maka hidanganpun di angkat orang, maka Bendahara pun makan seorangnya; segala orang banyak itu menantikan Bendahara makan, kerana adat Bendahara makan tiada sama-sama dengan orang. Sudah Bendahara makan, maka segala orang makan; demikianlah istiadatnya.

Hatta, sedang pertengahan Bendahara makan, Raja Kedah pun datang. Maka disuruh oleh Bendahara duduk. Maka Raja Kedah pun naik duduk sama-sama dengan Tun Hasan Temenggong. Maka Bendahara pun sudah makan, lalu makan sirih; maka sisa Bendahara itu di tarik oleh Tun Hasan Temenggong dengan segala menteri. Maka kata Tun Hasan Temenggong pada Raja Kedah,"Raja, marilah kita makan."

Maka kata Raja Kedah, "Baiklah."

Maka kata Bendahara, "Jangan raja makan sisa hamba."

Maka kata Raja Kedah, "Tiada mengapa, kerana Bendahara orang tua, serupa bapa pada beta."

Maka Raja Kedah pun makanlah sisa Bendahara itu sama-sama dengan Tun Hasan Temenggong.

Jasad Umat & Darah Khulafa 8

Al-Hubab bin al-Mudhir bin al-Jamuh bukan sebarangan individu. Dia salah seorang pemimpin Ansar dari suku Khazraj. Seorang ahli Badar, maka mempunyai status tinggi, dan turut serta dalam beberapa perang bersama Rasulullah. Dia bangun berkata: “Wahai orang Ansar, kuasailah urusan kamu. Sesungguhnya manusia di bawah bayang dan lindungan kalian. Tiada yang akan berani bercanggah dengan kalian dan manusia tidak akan sekali-kali mengeluarkan pendapat kecuali bersamaan pandangan sekelian. Kalian mempunyai kemuliaan dan kekayaan dan jumlah dan kekuatan and berpengalaman; memiliki keberanian, pertolongan. Manusia melihat apa yang kamu lakukan. Dan jangan kamu berselisih pendapat sesama kamu sehingga menghancurkan kamu sekelian, dan rosaklah urusan kamu. Jangan pedulikan mereka kecuali apa yang kamu dengar : Dari kita pemimpin kita, untuk mereka pemimpin mereka (fa minna amirum wa minhum amirun).

Umar bangun menyanggah: Mustahil! Tidak boleh ada dua (pemimpin) dalam satu tempat (la yajtami’ ithnan fi qarni). Demi Allah orang Arab tidak akan rida mematuhi kamu kerana nabi bukan dari kalangan kamu. Sebaliknya orang Arab tidak menegah kamu menyerahkan urusanan kamu kepada golongan yang nabi diutuskan kepada mereka. Pada kami begitulah. Sesiapa di kalangan orang Arab yang ingkar tentang hujah yang jelas dan kekuasan yang terang, siapa yang merampas kekuasaan Muhammad dan pemerintahannya dan kami adalah wali-walinya dan golongannya, sesungguhnya mereka itu mereka itu berdalilkan dengan dalil yang palsu, menyimpang berdosa atau bersubahat pada kehancuran.

Al-Hubab bin Mundhir bangun kembali: Wahai orang-orang Ansar kuasailah urusan kamu dan jangan kamu dengar kata-kata ini dan rakan-rakannya. Maralah dengan nasibkamu dalam urusan ini. Sekiranya mereka ingkar kepada permintaan kamu maka kamu usir mereka dari negeri ini. Itu terserahlah kepada mereka. Kamu (orang-orang Ansar), demi Allah, lebih berhak dari mereka dalam urusan ini (al-amr’=khilafah). Sungguhnya ia (khilafah) ini berhutang dengan pedang-pedang kamu. …… Aku (bagaikan) tunggul kayu (tempat sandaran unta) yang telah licin dan pohon tamar yang menakjubkan. Demi Allah sekiranya kamu mahu kita boleh membuka kembali cerita lama (berperang).

Umar berang: Kalau begitu Allah akan membunuh kamu

Hubab: Bahkan kaulah yang patut dibunuh.

Monday, March 06, 2006

Nabi dan Rayhana

Semalam, Mac 5, seorang pembaca Ummahonline mengirim soalan dalam forum web tersebut: " Saya tidak berniat untuk menghina Nabi. Tapi saya ingin tahu, dan tidak mahu perkara ini disapu di bawah tikar sahaja.

Bagaimana sebenarnya hubungan Nabi dengan Rayhana? Adakah Rayhana seorang hamba yang boleh disetubuhi, seorang gundik, atau apa?

Satu masa dulu, Farish A.Noor telah dituduh menghina Nabi. Adakah kerana dia menggunakan rujukan yang salah?"

Saya menawarkan penjelasan dan saya kirimkan penjelasan tersebut dalam Ummahonline dan penjelesan saya adalah seperti berikut:

Saudara Harat (kalau silap gender harap betulkan),

Rayhana binti Amru bin Khunafah disebut dalam sumber kehidupan Nabi yang paling muktabar iaitu Sirah Ibn Hisyam. Dia adalah perempuan Yahudi Bani Qurayzah, tetapi ada yang menyebutnya Yahudi Bani Nadhir tetapi berkahwin dengan lelaki Bani Qurayzah. Ibn Hisyam menyebut Rayhana dalam bab "Ghazwah Bani Qurayzah." Bani Qurayzah, sekutu (mawali) kepada kaum Aus, khianat dalam perang Khandak. Setelah dikepung selama 25 hari mereka menyerah. Rasulullah memilih pemimpin kaum Aus, Saad bin Muaz, untuk menjatuhkan hukuman kepada Bani Qurayzah. Saad menjatuhkan hukuman: " Hukumanku kepada mereka adalah semua lelaki dibunuh, harta dibahagikan; kanak-kanak dan perempuan ditawan."

Riwayat Ibn Hisyam tentang Rayhana adalah berikut: Rasulullah memilih untuk dirinya seorang dari perempuan mereka Rayhana binti Amru bin Khunafah, seorang perempuan Bani Amru bin Qurayzah, dia kekal bersama Rasulullah, di bawah miliknya, hingga dia (Rayhana) meninggal. Rasulullah bercadang untuk mengahwininya dan meletakkan beliau di bawah hijab, tetapi dia menjawab: "Biar saya kekal dalam milikmu, itu adalah lebihringan bagiku dan bagimu." Maka Rasulullah meninggalkan dia. Ketika ditawan dia engkar dengan Islam dan terus berpegang kepada agama Yahudi. Maka Rasulullah meninggalkan beliau. Ketika Rasulullah bersama sahabat-sahabatnya dia terdengar bunyi sepatu dibelakangnya dan berkata: "Itu adalah Tha'labh bin Sa'ya untuk mengembirakanku dengan berita Islamnya Rayhana." Dia datang dan berkata: "Ya Rasulullah, Rayhana telah memeluk Islam." Dia (Rasulullah) gembira dengan berita itu.

Sunday, March 05, 2006

Bapa Sejarah


"Apa yang Herodotus dari Halikarnasus ketahui dari penyelidikan diturunkan di sini agar masa tidak memadamkan ingatan dikalangan manusia terhadap zaman lampau dan peristiwa besar dan menakjubkan yang dilakukan oleh orang-orang Greek (Helenesi) dan asing (Barbaroisi) dan khususnya mengapa mereka berperang antara satu sama lain akan diketahui." Begitulah Herodotus memulakan penulisan sejarahnya.

Dia dilahirkan pada 484 s.m. di Halikarnasus yang terletak barat daya Turki hari ini. Halikarnasus ketika itu jajahan takluk Parsi. Herodotus mengembara hingga ke Mesir, Afrika Utara, Syria untuk mengumpul bahan sejarahnya. Dia pernah tinggal di kota Athen di mana dia membacakan sebahagian dari sejarahnya. Ada riwayat yang menggambarkan dia terlibat dalam politik negerinya dan akibatnya dibuang negeri. Herodotus melawat Samos dan "kembali ke Halikarnasus dan menjatuhkan rajanya yang zalim; tetapi kemudian dia merasakan dia tidak disukai oleh orang negerinya maka dia pergi sebagai sukarelawan ke Thurium yang sedang ditakluki oleh Athen. Di situ dia mati dan dikebumikan di pasar."

Jika Herodotus adalah bapa sejarah maka ibu sejarah adalah perang. Penyair pertama, Homer, menyanyikan lagu perang. Perang antara Greek dengan Troy. Penulis sejarah yang pertama juga meriwayatkan tentang perang. Perang antara Greek dan Parsi. Apakah punca perang? Sang penyair dan sang periwayat juga sekata: perempuan.

"Isteriku yang cantik" 6

Makanya, setelah muslihat mereka berdua selesai, dan malam tiba, Guges mengikuti puannya sang permaisuri ke kamar tidur Kandaules. Guges tidak dapat lari, atau mencari jalan untuk lepas. Salah seorang, dia atau Kandaules perlu mati. Guges diberikan belati dan disembunyikan dibelakang pintu yang sama. Apabila Kandaules telah tidur Guges keluar, menikam tuannya, dan menjadikan dirinya tuan kepada permaisuri dan negeri.

Guges menjadi raja dan disahkan oleh firasat di Delphi. Orang-orang Ludia marah dengan pembunuhan dan bangun mengangkat senjata. Tetapi pengikut-pengikut Guges dan rakyat yang lain membuat persetujuan: sekira firasat mengisyaratkan Guges menjadi raja maka ia akan kekal sebagai raja. Jika tidak tahta perlu dikembalikan kepada keturunan Heraklide, iaitu moyang Kandaules. Firasat mengisyaratkan Guges kekal raja.

"Isteriku yang cantik" 5

Guges tergamam. Dan kemudian merayu kepada permaisuri supaya jangan memaksakan pilihan tersebut kepadanya. Rayuan Guges tidak berhasil, dan dia akhirnya sedar bahawa dia tidak boleh mengelak dari berdepan dengan detik penentuan: memilih membunuh tuannya sendiri atau dia dibunuh oleh orang lain. Guges memilih untuk hidup. Kemudian dia menanyakan kepada permaisuri untuk menceritakan kepadanya, kerana dia dipaksa membunuh tuannya, bagaimanakah mereka boleh membunuh raja tersebut. Sang permaisuri menjawab: "Kamu akan menyerangnya dari tempat di mana kamu menyaksikan aku ketika aku telanjang. Kamu serang dia ketika dia sedang tidur."

Saturday, March 04, 2006

"Isteriku yang cantik" 4

Untuk ketika itu sang perempuan tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa dia tahu apa yang berlaku, dan hanya bersabar. Tetapi bila siang tiba dia mengumpul semua pembantu-pembantu rumahnya yang setia dan memanggil Guges. Sang pengawal setia masih menyangka puannya tidak tahu apa yang telah berlaku. Guges datang tanpa menaruh syak, lagipun telah menjadi kebiasaannya memenuhi arahan puannya bila dipanggil. Bila tiba permaisuri berkata: "Sekarang, Guges, ada dua jalan di hadapan kamu; pilih yang mana satu kamu mahu tempohi. Samada kamu bunuh Kandaules, jadikan aku dan singgahsana Ludia milikmu, atau kamu dibunuh sekarang ini juga. Dengan itu kamu di masa depan akan terelak dari mematuhi semua perintah Kandaules dan melihat apa yang kamu tidak seharusnya melihat. Salah seorang dari kamu mesti mati: Dia yang merancang helah, atau kamu yang menodai adat dengan melihat aku tanpa seurat benang."

Friday, March 03, 2006

"Isteriku yang cantik" 3

Guges tidak dapat mengelak lagi. Dia mengalah. Apabila sampai waktu tidur Kandaules dengan sembunyi membawa Guges masuk ke kamar. Isterinya ikut masuk kemudian. Sang permaisuri menanggalkan pakaian dan Guges menyaksikannya. Apabila perempuan itu berpaling membelakangi Guges, pengawal itu keluar secara sulit dari kamar. Tetapi permaisuri itu ternampak Guges dan tahu apa yang telah dilakukan oleh suaminya. Dia amat malu tetapi tidak menjerit atau menampakkan pada suaminya dia mengetahui pengkhianatan itu. Dia menyimpan dendam dalam hatinya untuk menghukum suaminya Kandaules kerana di kalangan orang Ludia (bangsanya) dan orang-orang asing adalah satu keaiban besar, termasuk lelaki, jika disaksikan telanjang oleh orang lain.

"Isteriku yang cantik" 2

Guges merayu, takut ditimpa kecelakaan kalau menurut perintah tuannya. Tetapi inilah jawaban Kandaules: "Cekalkan hati, Guges. Jangan takut, aku bukannya mahu menguji kamu, dan isteriku pun tidak akan melakukan sesuatu yang boleh mencelakakan kamu. Aku akan merancang helah agar semua berlaku tanpa isteriku mengetahui kamu telah melihat dia. Aku akan membawa kamu ke kamar di mana aku dan dia tidur dan meyembunyikan kamu di belakang pintu terbuka; dan selepas aku masuk isteriku juga akan datang ke katil. Ada sebuah kerusi yang terletak dekat ruang masuk ke kamar: apabila isteriku menanggalkan pakainya satu demi satu dia akan meletakkan pakaiannya di atas kerusi tersebut, dan kamu boleh melihat isteriku sesuka hatimu. Kemudian, bila isteriku berpaling dan bergerak membelakangi kamu menuju ke katil kamu boleh keluar melalui ruang masuk tanpa dia menyedarinya."

Thursday, March 02, 2006

Murtad di zaman Nabi

Imam Jarir al-Tabari dalam Tarikh al-Rusul wal Muluk adalah mencacatkan riwayat seorang pecacat wahyu Rasulullah yang murtad. Namanya Abdullah bin Saad bin Abi Sarh. Riwayat tersebut berbunyi begini: "Dilaporkan bahawa Uthman bin Affan kadang-kadang mencacat untuk beliau (Nabi), kadang-kadang Ali Abi Talib, dan Khalid bin Said dan 'Ala bin al-Hadharmi. Disebutkan orang yang mula-mula mencacat untuk beliau adalah Ubay bin Ka'ab, apabila Ubay tiada Zaid bin Tsabit mencacat, dan Abdullah bin Saad bin Abi Sarh mencacat untuk beliau (Nabi) dan kemudian dia (Abdullah) murtad dari Islam dan kembali kepada Islam apabila Mekah di tawan (thumma irtadda 'an Islam thumma rajiu al-Islam yawm fath Makkah...)"

Dalam nota kaki kepada terjemahan Inggeris disebutkkan bahawa Rasulullah ingin membunuh Abdullah. Uthman bin Affan merayu bagi pihak Abdullah maka beliau tidak dibunuh.

Wednesday, March 01, 2006

"Isteriku yang cantik" 1

Herodotus (lahir 484 s.m.) dikatakan orang yang pertama menulis sejarah. Maka beliau diberi gelaran bapa sejarah. Dia berasal dari Asia Kecil, kini dalam wilayah Turki, dan menulis tentang perang Parsi, iaitu perang antara alam Yunani dengan negara Parsi. Teori beliau tentang asal bermulanya perang menarik, tetapi akan saya tulis diwaktu yang lain. Waktu ini saya akan menceritakan satu kesah menarik yang terdapat dalam buku sejarah Herodotus. Ceriteranya begini:

Ada seorang raja bernama Kandaules yang jatuh cinta dengan isterinya sendiri. Dia mempercayai isterinya perempuan yang tercantik di dunia dan asyik menceritakan kecantikan isterinya kepada Guges, pegawal peribad kepercayaannya. "Guges," kata Kandaules, "I rasa kau tidak mempercayai apa yang aku katakan tentang kecantikan isteriku; manusia lebih mempercayai mata dari telinganya. Betul kan? Maka aku akan membuat helah supaya kamu dapat melihat isteriku ketika dia telanjang."

Mendengar kata-kata itu Guges berteriak: "Tuan, apakah kecelekaan yang tuan bebankan padaku! menyuruh aku melihat puanku ketika bogel! Tanpa pakaiannya wanita akan hilang maruahnya. Sejak dulu kala manusia telah meletakan peraturan yang bijak untuk pendidikan kita; satu antaranya adalah, bahawa kita sahaja, bukan orang lain, yang berhak melihat milik kita. Bagiku, aku percaya sepenuhnya bahawa permaisuri tuan adalah wanita tercantik di dunia; jangan saya disuruh membuat sesuatu yang menyalahi moral, aku merayu."