Sunday, April 30, 2006

Gubra - satu filem filsafat 3

Jason dimatikan di hujung Sepet tetapi semangatnya dihidupkan melalui abangnya Alan dalam Gubra. Apakah magnet yang menarik Orked dengan Jason (dan kemudian Alan)? Mereka tidaklah melakukan moralising -- khutbah-khutbah moral --, dan pembelaan identiti kolektif. Mereka adalah individu-individu yang meluat (self-loathing) dengan identiti kolektif masing-masing. Kawan rapat Jason, juga Cina, ingin menolak tohmahan Melayu itu malas. "Tidak semua Melayu malas." "Di situlah salah kamu" balas Orked. "Memang semua Melayu malas." Dan Jason mengucapkan self-loathing kepada keturunan Cina sebelah emaknya, baba Melaka. Dari mana datangnya mereka? Hasil kacukan antara pengiring-pengiring Puteri Hang Lipo dengan "hot Malay girls in wet sarong." Orked mengulangi self-loathing kepada bangsanya dalam Gubra. Bila suaminya yang curang memperkecilkan kekasihnya sebagai "just a piece of meat," Orked menyerang dan memukul suaminya sambil berteriak "you Malay man!"

Gubra - satu filem filsafat 2

Masih ingatkah kita lagi? Di hujung Madu Tiga, apek terjun dari dahan pokok untuk membunuh diri dan jatuh ke dalam kereta P Ramlee yang lari dari tiga isterinya. Babak lucu ini kita ulang dan, dan ulang, dan ulang tonton di hari-hari raya. Kita selalunya tidak menonton bersendirian. Dengan kawan-kawan, dan dengan isteri dan anak waktu santai. Berapa jutakah kanak-kanak Melayu yang dibesarkan imej apek ini? Imej yang masuk ke ruang bawah sedar. Saya akan menggunakan istilah intelektual hari ini yang banal. Itulah imej "orang lain" dalam filem Melayu. Orang lain, bila wujud, adalah sasaran lawak.
Imej apek sebagai sasaran lawak adalah terlalu seronok untuk ditinggalkan. Yasmin Ahmad mengeksploitasi prejudis massa ini. Dan berjaya. Antara dialog yang paling manis dalam Gubra adalah kata-kata apek penjual aiskrim. Tetapi apek tidak wujud lagi di layar perak. Dia hanya wujud sebagai suara. Dan suara lembut yang menggembirakan perempuan muda Melayu yang menjadi pekerja seks. Ianya dialog manusiawi manusia pinggiran, antara "orang lain" dengan "sampah masyarakat."
Berapa kalikah kita mendengar Malaysia ini masyarakat majmuk? Dan berapa kalikah kita melihat kehadiran dan penampilan "orang lain" lain dalam filem Malaysia (adakah ianya wujud?) atau program tv nasional? Penampilan itu tidak dapat dilakukan kerana ianya bukan persoalan dan bukan dalam kesedaran mereka yang terlibat dalam budaya pop. Maka hegemoni, istilah barbarik ini terpaksa juga saya gunakan, Melayu itu telah menjadi suatu yang subliminal dan suatu yang normatif. Tiada yang dapat keluar darinya.
Yasmin mengangkat "orang lain" ini ke tengah-tengah layar perak dan memberikannya suara sahih. Ini sugguh menggugat. Terlalu berat dari segi psikologi. Ia membingungkan. Apa yang tersirat dalam benak Faisal Tehrani dan lain-lain Melayu mainstream semasa adalah: "orang lain" ini bila diberikan jasad dan suara, dan bila diberikan penampilan signifikan seharusnya dijadikan "orang kita". Cinta Jason pada Orked, kalau benar-benar suci, perlu berakhir dengan penerimaan dan pengisbathan kesucian Islam.
Yasmin menamatkan angan-angan ini. Jason yang menari dengan rentak zapin tetap Cina. Kenapa Yasmin membunuh Jason di akhir Sepet ? Saya kira Yasmin tidak punya pilihan. Terlalu sukar untuk mengendalikannya sekira Jason hidup. Jason dan Orked berkahwin? Hanya satu cara yang diterima. Jason masuk Islam dan menjadi "orang kita" dan Yasmin tunduk dengan angan-angan majoriti. Atau Orked murtad, maka Yasmin akan melambung sebagai juara kebebasan beragama yang diangan-agankan oleh aktivis ngo, peguam hak asasi manusia dengan solidariti sedunianya. Saya kira itu bukan projek kebudayaan Yasmin.

Saturday, April 29, 2006

Gubra - satu filem filsafat 1

Harus saya mengakuinya. Kalau tidak kerana polemik saya tidak akan pergi menonton Gubra. Dan ada kawan-kawan yang menanyakan apa pandangan saya terhadap filem tersebut. Saya menggantungkan ulasan sebelum melihatnya sendiri. Saya sendiri bukanlah kaki wayang, dan amat jarang ke panggung. Saya lebih selesa menonton vcd atau dvd di rumah. Dan menonton filem Melayu di panggong? Seingat saya tidak pernah. Filem Indonesia ada, tatkala kemuncaknya dalam tahun 1970an.
Jadi Gubra adalah filem Melayu -- kalau boleh dipanggil Melayu -- pertama yang saya tonton di panggong. Saya juga terdorong untuk menontonnya kerana Sepet memberi sedikit harapan. Tetapi secara keseluruhan saya menghukumnya sebagai "fajar palsu." Tetapi polemik panas yang tercetus akibat kutukan Faisal Tehrani terhadap filem tersebut menambahkan rasa ingin tahu. Apakah dosa-dosa besar yang dilakukan oleh Yasmin Ahmad sehingga begitu keras serangan. Apakah hebatnya beliau sebagai pembikin filem sehingga melahirkan peminat-peminat yang fanatik?
Setelah menontonnya beginilah kata saya:

Friday, April 28, 2006

Euthyphro 15

"Sekarang," kata filasuf kota Athena itu, "apa yang dicintai itu adalah sesuatu yang menjadi sasaran atau akibat."
"Pasti," kata Euthyphro.
"Maka betullah, seperti dahulunya: bukan kerana sesuatu itu dicintai maka wujudnya percintaan (tindakan mencintai); kerana percintaan (tindakan mencitai) itulah maka sesuatu itu dicintai," kata Sokrates.
"Tidak dapat tidak."
"Maka, apa yang hendak kita katakan tentang kesucian, Euthyphro? Adakah kerana ianya dicintai oleh semua dewata, seperti yang kamu katakan?" tanya Sokrates.
"Ya"
"Kerana ianya suci? Atau kerana sebab lain?" tanya Sokrates.
"Kerana sebab itu."
"Maka, ianya dicintai kerana ianya suci, bukan suci kerana ianya dicintai?"
"Nampaknya begitu," kata Euthyphro, kecewa kembali.
"Tambahan pula," kata Sokrates, "apa yang dicintai dan disukai oleh dewata adalah dicinta kerana tindakan mereka mencitai"
"Tentu."
"Jadia apa yang disukai oleh dewata tidak sama dengan kesucian, Euthyphro. Juga, kesucian itu tidak sama dengan apa yang disukai oleh dewata. Keduanya berbeda, seperti mana yang kamu akui," kata Sokrates.
"Kenapa, Sokrates?" tanya Euthyphro.
"Sebab kita telah bersetuju bahawa yang suci itu dicintai kerana ianya suci, bukannya suci kerana ianya dicintai."
"Betul," katau Euthyphro.

Kenapa gubra dengan "Gubra"

Rumah saya sudah rioh. "Ayah nak tengok filem Melayu?" Dilah, anak perempuan saya yang belajar seni bina di UIA bertanya menyindir. Adik-adiknya yang lain juga ketawa. Tak ada yang percaya saya akan berdating dengan mak mereka hujung minggu ini dengan menonton Gubra.
"Kita mesti terbuka," saya membuat provokasi.
"Dilah ikut ayah!" Bukan mahu tumpang ikut tengok Gubra. Yang dia mahu ikut adalah prejudis. Prejudis yang saya tanamkan pada anak-anak, iaitu filem-filem Melayu semuanya tolol. Prejudis mudah disemaikan tetapi tidak semua. Secara sedar saya mengikis prejudis-prejudis yang anak-anak saya terima dari persekitarannya, dari kawan-kawannya, dari guru-guru mereka. Prejudis terhadap kaum lain, pada orang sepet, pada bangsa manggis, pada Yahudi, pada orang kafir dan lain-lain.
Semua prasangka-prasangka ini saya kikis dan saya gantikan dengan prejudis lain: semua filem Melayu tolol. Maka di rumahku vcd filem Melayu menjadi barang larangan. Peraturan ini mahu saya kuatkuasakan. Malangnya di rumah mem yang berkuasa. Saya mengeluarkan arahan tetapi perlaksanaan di tangan mem. Dan diantara tujuh orang anak ada seorang yang lebih yakin dari yang lain bahawa syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Dan dia -- kini di Kaherah belajar di Universiti al-Azhar -- akan membelikan semua vcd filem Melayu untuk emaknya yang sangan patriotik dengan industri filem Melayu.
Saya berasa tertekan untuk menonton Gubra kerana ada kawan-kawan yang mahu saya masuk campur dengan serang menyerang yang berlaku dalam blog Faisal Tehrani. Faisal yang sangat Islami itu telah memberhentikan pertempuran kata-kata di ruang maya miliknya. Saya melawat kurusetre antara penyokong-penyokong Faisal dengan Yasmin Ahmad dan saya mendapati telah bersepah kata-kata empat abjad, disamping bahasa Melayu yang saya tidak tahu asal usulnya.
Saya sebenarnya ada sedikit minat untuk melihat Gubra. Tetapi bukan di panggung. Hanya di rumah dengan edisi vcd tidak halalnya sedikit masa lagi. Terus terang saya katakan saya telah melihat Sepet. Baru dua malam lalu. Maka anak-anak saya masih belum hilang terperanjatnya denga cerita saya melihat filem Melayu.
Katakan begini: Sepet bermula dengan guruh, tetapi separuh jalan kehabisan idea dan merengek hingga ke akhir. Ada detik-detik Yasmin membawa Sepet terbang tinggi menjanjikan fajar baru bagi industri pop Malaysia. Tetapi ianya masih fajar palsu. Sepet, dalam slanga intelektul hari ini, adalah satu filem dekonstruksi. Yasmin mahu mendekonstruksi streotipe-streotipe dalam masyarakat Malaysia, tentang bangsa, tentang agama. Detik tertingginya adalah bila protoganis, budak Cina penjual vcd haram yang menamakan dirinya Jason, menari mengikut rendak musik Melayu. Tidak ada khutbah agama atau moral, tentang perjuangan bangsa atau pembelaan. Tetapi khutbah lama ini digantikan pula dengan khutbah pasca-penjajahan, streotipe feminis. Tetapi semua merupakan tempelan-tempelan yang tidak diintegrasikan dengan jalan cerita. Memang tidak bisa diintegrasikan kerana jalan ceritanya lemah. Ada cerita, tetapi tidak berkembang.
Adakah Yasmin bertambah baik dengan Gubra? Saya perlu tangguhkan ulasan. Janji saya adalah saya tidak akan terlalu sentimental dan judgemental seperti Faisal Tehrani. Tetapi bolehkah janji saya ini dipegang?


Thursday, April 27, 2006

Euthyphro 14

"Maksudku begini," Sokrates berusaha memberi Euthyphro faham. "Kalau sesuatu itu berlaku, atau sesuatu itu menjadi akibat, ianya bukanlah kerana sesuatu yang berlaku itu menjadi punca kepada proses berlakunya sesuatu. Sebaliknya kerana proses itulah yang menyebabkan sesuatu itu berlaku atau wujud. Bukanlah kerana akibat maka sebab itu wujud. Sebaliknya kerana sebablah akibat itu wujud. Kamu setuju?"
"Setuju," jawab Euthyphro.

Wednesday, April 26, 2006

Dirogol, dipenjara dan diusir

Berita ini di laporkan dalam NST semalam tetapi tidak dilaporkan oleh Utusan atau Berita Harian:

Sixteen-year-old Isma Mahmood was deported to Pakistan last month after serving six months in shackles and handcuffs in a prison in Saudi Arabia. Her crime: being raped by a Saudi man.“It’s difficult for me to talk about what happened to me, from rape to prison and from prison to deportation,” Isma told AFP in the office of a rescue trust in Karachi where she sat with her sister Muna, 18, who was also deported.Isma’s parents, originally from Multan, were trafficked to Saudi Arabia around 20 years ago. But in Isma’s case, being born in Saudi Arabia was no help when she was raped last year in Medina. “I was the victim, I was raped and molested but I was named as the accused, and the man who committed the crime was not touched,” she said.“He first kidnapped me, dragged me into his car,” Isma said. “At first he asked me to sleep with him and offered good money. When I refused and tried to resist, he warned me of dire consequences and raped me in the car.” The unnamed man warned her she would be imprisoned if she went to the police, and said that the Saudi sponsor who brought her parents to the country through a Pakistani agent would have them all expelled. The sponsor too threatened Isma and Muna, she said, asking that the sponsor’s name not be revealed to spare her family any additional grief. “I and my sister went to the police expecting justice, but after a few hours of filing the report the police changed it,” Isma said. Under pressure from the Saudi sponsor, Isma’s parents asked her to withdraw her report. “My sister Muna tried to help me out but was also arrested and put in prison only because she spoke for me,” she said. Once in jail, their nightmare began in earnest, Isma said. The women prisoners were mostly Pakistanis, Indonesians, Bangladeshis and Nigerians who came to Saudi Arabia through trafficking networks and were charged with prostitution, she said.“When I used to protest against the ill treatment they beat me on my back,” Isma added. “We were chained all during this period. The only time jail officials removed the chain was during lunch or when anyone went to the bathroom or at prayer time,” she said. “Once a jail official offered me help and assured me I would be released if I agreed to sleep with him. There was a Pakistani woman who was over 40 years old and developed AIDS in prison, but she remained in chains before she was deported to Pakistan,” she added.Isma and Muna are now in the care of the Ansar Burney Trust. “It’s pathetic that all this happened with Isma at the hands of a fellow Muslim,” the trust’s president Ansar Burney told AFP. Burney says many poor women and girls from South Asia are lured with promises of good money working as maids or nurses, but their Arab sponsors and Pakistan agents later force them into prostitution.

Talallah umur al-Blogger al-Arabiyyah

Jeeran reaches Arab bloggers
United Arab Emirates: Tuesday, November 22 - 2005 at 11:33
Arabic web hosting community Jeeran has introduced a fully Arabised blog service. Jeeran says the potential for millions of Arabs to join the blogging revolution has been hampered by the lack of Arabic solutions. Since the soft launch in early November, 2,000 users have signed up for Jeeran blogs.

Pengalih bahasa 7

Teman mengajak pembaca melupakan mimpi al-Ma'mum. Atau membaca apa yang tersirat disebalik cerita mimpi tersebut. Kisah mimpi itu mungkin satu bentuk senjata penghujahan bikinan golongan Mu'tazilah dalam perdebatannya dengan golongan al-Asha'ari untuk mengangkat akal mengatasi wahyu. Jika cerita mimpi itu begitu persuasif dizaman tersebut maka Aristotle adalah nama keramat dikalangan intelektual hadhari ketika itu. Lingkaran ulat buku tersebut juga merupakan pelanggan kepada Kinokuniya al-Nadim dan lain-lain kedai kitab di Baghdad. Maka boleh ditelah begini: salinan kitab-kitab terjemahan Aristotle merupakan bestseller di kedai penulis al-Fihrist.

Tuesday, April 25, 2006

Ada tahu berita ni?

JUSTICE: APPEAL COURT OVERTURNS RAPE VICTIM'S DEATH SENTENCE 020315e.jpg (27330 bytes)An appeal court in Nigeria has finally overturned the death sentence imposed on rape victim Safiya Husseini - some five months after the original verdict.

Ms Husseini was convicted because under the strict Islamic law in force in northern Nigeria, the conception of her daughter Adama was sufficient evidence to prove adultery.

The case provoked an international outcry. When the Nigerian president was on a visit to Rome, footballers from Italy's Serie A and Serie B leagues turned out for matches wearing white t-shirts with the words "Who will cast the first stone." And the Roman Catholic Archbishop of Nigeria even volunteered to substitute himself for Safiya if her appeal failed.

International governments, including a delegation from the European Parliament, have urged Nigeria to amend the Sharia law. The northern states which have adopted the Sharia system impose penalties including stoning for adultery, amputation for theft and flogging for the lesser Islamic crimes of alcohol consumption and sex before marriage.

Pengalih bahasa 6

Apakah benar al-Ma'mum bermimpi berjumpa Aristotle? Hanya Allah yang lebih mengetahuinya. Namun mimpi inilah yang disebutkan oleh al-Nadim sebagai pendorong kegiatan pemindahan melalui penterjemahan ilmu-ilmu dan hikmah dari pelbagai tamaddun ke dunia Islam melalui bahasa Arab. Bahasa Arab mula-mula bahasa wahyu, kemudian menjadi lingua franca dan seterusnya bahasa ilmu dan tamadun. Teman hanya tersenyum bila membaca al-Nadim menyebut mimpi inilah salah satu sebab kuat pengeluaran buku di kota hadharinya. Apakah ada motif disebalik cerita mimpi itu? Apakah penjual buku itu ada memberikan isyarat atau cuba menyembunyikan sesuatu? Mungkinkah yang hendak disebutkan oleh al-Nadim bahawa akal bukan syarak yang mendorong kegiatan penterjemahan kerana Aristotle dalam mimpi tersebut menyebut akal sebelum syarak? Maka apakah ideologi Mu'tazilah yang menjadi Baghdad hadhari?

Monday, April 24, 2006

Euthyphro 13

"Aku akan cuba kemukakan dengan lebih jelas," kata Sokrates kepada nujum yang kembali bingung. "Kita bercakap tentang membawa dan dibawa, memimpin dan dipimpin, melihat dan dilihat. Kamu faham? Semuanya berbeda antara satu dengan lain."
"Aku fikir aku faham," jawab Euthyphro.
"Sekarang, adakah tidak dicintai dan mencitai itu berbeda?" tanya Sokrates.
"Sudah tentu."
"Beritahu aku: kalau sesuatu itu dibawa, ianya dibawa kerana tindakan membawa, atau kerana sebab yang lain?"
"Kerana sebab itu," jawab Euthyphro.
"Kalau sesuatu itu dipimpin, ianya dipimpin kerana tindakan memimpin? Kalau sesuatu itu dilihat ia dilihat kerana tindakan melihat?" tanya Sokrates lagi.
"Pasti."
"Jadi," rumus Sokrates, "bukanlah kerana sesuatu itu dilihat maka tindakan melihat wujud; sebaliknya kerana adanya tindakan melihatlah maka sesuatu itu dilihat. Begitu juga, bukanlah kerana sesuatu itu dibawa maka tindakan membawa wujud; kerana adanya tindakan membawa maka sesuatu itu dibawa. Adakah jelas padamu maksudku Euthyphro? "

Sunday, April 23, 2006

Euthyphro 12

Euthyphro kelihatan yakin dengan dengan definasi kesucian yang telah dipinda, iaitu kesucian itu adalah apa yang disukai oleh semua dewata, dan sebaliknya apa yang tidak disukai oleh semua dewata adalah tidak suci.
"OK Euthyphro, beleh kita teliti adakah ini betul? Atau kita terima sahaja, dari kita atau dari orang lain, tanpa banyak kerenah. Kita mempercayai sesuatu apabila sesaorang berkata begitu? Atau apabila sesaorang berkata sesuatu kita periksa apa yang dia maksudkan dengan kata-katanya?" tanya Sokrates.
"Tetapi kali ini saya yakin saya benar."
"Mungkin, kawanku " kata Sokrates "kali ini kita akan memahaminya dengan lebih baik. Cuba fikirkan ini: adakah yang suci itu disukai oleh dewata kerana kesuciannya? Atau ianya suci kerana ia disukai oleh dewata?"
"Apa maksud kamu Sokrates, saya kurang faham." Euthyphro kembali bingung.

Saturday, April 22, 2006

Euthyphro 11

"Mereka akan mendengarnya Euthyphro, kalau kamu bercakap dengan baik," kata Sokrates. Sementara itu sesuatu berlegar dalam benak sang filasuf. Dia masih mahu mencungkil apa yang ada dalam minda sang nujum yang definasinya tentang makna kesucian telah berantakan.
"Apa kata, kalau kamu setuju, kita betulkan sedikit definasi kesucian kamu. Misalkan semua dewata mempercayai tindakan bapa kamu itu salah. Misalkan semua dewata membencinya. Apa yang semua dewa suka adalah suci, apa yang semua dewata benci adalah tidak suci. Kalau sesuatu perkara itu disukai separuh para dewa dan separuh yang lain tidak menyukainya maka perkara itu tidak boleh dikatakan suci atau tidak suci atau kedua-duanya sekali. Boleh kamu mendefinasikan kesucian dan ketidaksucian seperti itu?"
"Siapa yang akan menghalang kalau kita mendefinasikannya seperti itu, Sokrates?"
"Tiada siapa. Aku setidak-tidaknya tidak akan menghalang kamu. Tetapi mari kita teliti, Euthyphro, kalau kamu mempercayainya sebegitu, kamu boleh mengajar aku seperti yang kamu janjikan. "
"Apapun aku tetap yakin bahawa kesucian itu adalah apa yang semua dewata sukai, dan sebaliknya, apa yang semua dewata benci adalah tidak suci," kata Euthyphro.

Friday, April 21, 2006

Pengalih bahasa 5

Khalifah-intelektual al-Ma'mum bertanya kepada Muallim al-Awwal, guru pertama, gelaran yang diberikan oleh filasuf-filasuf Muslim kepada Aristotle. "Wahai Hakim -- iaitu filasuf --bolehkah saya bertanya." Sungguh sopan khalifah kuasa penguasa dengan khalifah intelek.
Jawab Muallim al-Awwal:"Silakan." Imaginasi teman membayangkan Aristotle mengambil tangan al-Ma'mum dan membawa khalifah tersebut duduk disini. Dan mereka membisikkan hikmah dengan intim.
"Apakah itu kebaikkan?" tanya al-Ma'mum.
"Apa yang baik di sisi akal," jawab Aristotle.
"Selepas itu?" tanya khalifah lagi.
"Apa yang baik di sisi syarak," jawab filasuf.
"Dan selepas itu?" sang khalifah bertanya lagi.
"Apa yang baik di sisi muafakat orang ramai (jumhur)," kata Aristotle.
"Selepas itu," al-Ma'mum masih bertanya.
"Selepas itu? Tiada lagi selepas itu," Aristotle mengunci jawaban.

Wednesday, April 19, 2006

Euthyphro 10

"Para dewata juga begitu, sekiranya cerita kamu betul," kata Sokrates. "Bukankah mereka bertelingkah tentang apa itu keadilan dan ketidakadilan? Ada yang mendakwa manusia tertentu melakukan kesalahan, tetapi dewa lain menafikannya. Agaknya tiada satupun, dewa atau manusia, yang berani mendakwa sesiapa yang melakukan kesalahan tidak perlu bertanggungjawab ke atas tindakannya."
Euthyphro akur: "Benar, secara umumnya apa yang kamu katakan itu betul Sokrates."
"Namun, saya fikir, mereka yang bertelingkah, manusia atau dewa, kalau benar dewata berkelahi, bertelingkah tentang sesuatu yang telah berlaku. Mereka berbeda tentang tindakan tertentu, ada yang mendaka ianya dilakukan dengan adil dan yang lain mendakwa tidak adil. Betul?" tanya Sokrates.
Pasti, kata Euthyphro.
Sokrates menyerang: "Sekarang, kawanku, ajari aku, jadikan aku bijaklaksana. Di manakah bukti kamu bahawa semua dewa percaya seorang manusia, seorang buruh upahan, yang telah menjadi pembunuh, telah bunuh dengan secara tidak adil kerana diikat oleh tuan kepada hamba yang telah mati, dan kemudian mati kerana diikat sebelum orang yang mengikatnya mengetahui apa yang patut dibuat dari penasih agama? Di mana bukti kamu bahawa adalah betul bagi seorang anak untuk mendakwa bapanya kerana membunuh orang seperti itu? Cuba terangkan kepadaku bahawa semua dewa bersetuju tindakan kamu betul. Kalau kamu berjaya aku akan memuji kebijakan kamu tanpa henti."
Jawab Euthyphro: "Apa pasti boleh membuktikannya Sokrates. Tetapi itu bukan kerja mudah."
"Oh. Kamu fikir aku lebih sukar diajar dari para hakim? Kamu pasti boleh menjelaskan kepada mereka bahawa tindakan bapa kamu adalah salah, dan dibenci oleh dewata?"
"Pasti boleh Sokrates," kata Euthyphro, "kalau mereka mendengar kata-kata aku."

Tuesday, April 18, 2006

Pengalih bahasa 4

Baghdad al-Nadim, kota paling hadhari di seluruh dunia ketika itu, menghimpulkan buku-buku yang mengandungi pelbagai ilmu. Bagaimanakah negeri sang penjual buku ini mengandungi begitu banyak buku-buku falsafah dan lain-lain buku yang mengandungi ilmu dari tamadun-tamadun terdahulu? Bayangkan kedai buku al-Nadim seperti Kinokuniya abad ke-10. Kalau kitab yang dicari tidak ada di Kinokuniya al-Nadim maka tidak akan diperolehi di kedai lain.
Teman baca al-Fihrist, dan al-Nadim menyuluh persoalan ketamadunan yang diajukan oleh Ainon Muhammad. Al-Nadim menyuluh dengan cerita: Pada suatu malam al-Ma'mum, khalifah Abbasiah yang intelektual, bermimpi. Dalam mimpinya sang khalifah yang mendukung faham Mu'tazilah itu melihat seorang lelaki yang sedang duduk di atas katilnya. Lelaki itu berkulit putih, wajahnya kemerah-merahan, dahinya luas, kepalanya tidak berambut, matanya biru dalam dan perwatakannya baik.
Al-Ma'mum menceritakan: "Aku seolah-olah di hadapannya. Terpegun dengan kehebatannya. Aku bertanya 'siapakah tuan?', dia menjawab 'akulah Aristotle.'

Pengalih bahasa 3

Bagaimanakan Islam boleh berkembang menjadi tamadun ilmu? Bagi teman persoalan ini secara tidak langsung dijawab oleh al-Nadim (meninggal 998). Beliau dalam bahasa hari ini adalah seekor ulat buku. Nama sebenarnya Abu al-Faraj Muhammad ibn Ishaq al-Warraq. "Al-Warraq" bermakna seorang penjual kertas dan buku. Buku dalam konteks zaman tersebut, sebelum Gutenberg mencipta mesin cetak, adalah manuskrip yang ditulis dengan tangan. Al-Nadim menyara hidupnya dengan menjual kertas, menyalin buku-buku dan menjualnya kepada masyarakat pembaca Baghdad di kurun ke-10. Lebih penting dari itu al-Nadim menulis bukunya al-Fihrist yang bermaksud ideks buku-buku. Bukan sekadar senarai tajuk buku, tetapi juga biografi pengarangnya, ilmu-ilmu ketika itu, pemindahan ilmu-ilmu dari tamadun asing dan pengeluaran ilmu-ilmu asli dari masyarakat kreatif kota kosmopolitan Baghdad dan lain-lain kota ilmu. Dia menceritakan sejarah kemunculan dan perkembangan huruf Arab, perdebatan antara nahu mazhab Kufah dan Basrah, kelahiran Mu'tazilah dan lain-lain mazhab, tentang pegawai-pegawai kerajaan yang menulis buku, tentang sang badut dan penghibur istana. Al-Fihrist bagaikan tingkap untuk kita melihat Islam hadhari zamannya. Kalau Kuala Lumpur mahu dijadikan kota Islam hadhari al-Fihrist adalah rujukan nombor wahid.
Tetapi, barang teman ingatkan, kota Islam hadhari yang digambarkan oleh al-Nadim tidak akan seperti yang di dalam imaginasi ustaz-ustaz Jakim atau Ikim. Malangnya (atau untunglah?) ia lebih hampir kepada kota impian Islam Liberal!

Monday, April 17, 2006

Pengalih bahasa 2

Mengapakah Nabi tidak menganjurkan sahabat-sahabatnya membaca dan menterjemah buku-buku Parsi dan Romawi? Fahaman teman adalah begini: Itu bukanlah fungsi kenabiannya. Bukanlah fungsi nubuwah untuk melahirkan masyarakat penterjemah dan sarjana. Walaupun tamadun Islam kemudiannya melahirkan penterjemah-penterjemah besar seperti Thabit bin Qurrah, Hunayn bin Ishaq dan Ibn Muqaffa'.
Fungsi kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. adalah Tauhid, dan kerohanian dan akhlak yang berasaskan Tauhid. Inilah benih yang kemudiannya melahirkan tamaddun yang gemilang. Kerana ilmu itu begitu digesa dalam al-Qur'an dan juga Sunnah maka tamaddun Islam berkembang sebagai tamaddun ilmu. Pada mula ilmu-ilmu yang berkembang adalah ilmu yang berkaitan untuk menjelaskan wahyu dan perjalanan hidup Nabi.
Kemudian apabila Islam berkembang ke Parsi dan lain-lain kawasan dimana bahasa Arab bukan bahasa ibunda. Maka bahasa Arab perlu diajarkan kepada mereka yang baru memeluk Islam untuk mereka memahami wahyu dan sunnah. Ilmu nahu berkembang untuk mengelakkan kesalahan penggunaan bahasa wahyu dan juga untuk menangi kerosakan bahasa yang berlaku akibat percampuran dengan bangsa-bangsa bukan Arab. Maka Sibawayh, seorang Parsi, menulis al-Kitab yang bukan sahaja menggariskan nahu bahasa Arab hingga kini tetapi juga salah satu karya terbesar dalam ilmu bahasa dalam mana-mana tamaddun. Sibawayh kini dilihat oleh pengkaji-pengkaji bahasa sebagai setara dengan Panini dari India (520 s.m. - 460 s.m.) yang menulis Astadhyayi, buku bahasa dan nahu tertua yang dikenali oleh tamaddun manusia.
Apabila ilmuan Muslim menyedari kewujudan ilmu dalam tamadun-tamadun sebelumnya, khususnya Parsi dan Yunani, maka mereka terdorong untuk memilikinya. Tetapi ilmu-ilmu tersebut terkandung dalam bahasa-bahasa asing: Yunani, Pahlawi, Suryani dan lain-lain. Maka dalam masyarakat yang sedang dahagakan ilmu pengalihan bahasa menjadi menjadi kegiatan yang tidak dapat dielakkan.

Pengalih bahasa 1

Tuan Khalid, sungguh sampai saat ini hamba bertanya-tanya mengapakah agaknya Nabi Muhammad SAW tidak menganjurkan kepada sahabat-sahabat baginda supaya membaca, menterjemah, menelaah dan membedah ilmu-ilmu yang tertulis dalam kitab-kitab bahasa Parsi, Yunani dan Romawi yang amat banyak pada waktu itu.... sungguh, selain obsesi hamba dengan surah Yusuf, persoalan terjemahan buku-buku ilmu adalah obsesi saya yang satu lagi. Hamba perlukan pencerahan dalam isu ini! Mohon tuan hamba suluhi topik ini.-- Ainon Muhammad

Pertama kali hasil terjemahan Ainon yang teman baca adalah novel Tanazaki (moga ingatan teman tentang nama ini betul) yang bertajuk Kunci. Satu novel erotis, tapi bukan lucah. Kemudian (apakah sebelum itu?) dia menterjemahkan adikarya absurdis Orang Terasing yang ditulis oleh Albert Camus (gambar). Teman tidak membacanya. Teman telah membacanya dalam terjemahan Inggeris dengan tajuk The Outsider. Kala itu ramai penulis-penulis muda terkena sampuk faham absurdisme dan existentialisme. Antaranya, teman kira, adalah Dinsman, yang kini telah menjadi penyajak reformasi. Teman yang ketika itu dipenghujung sekolah menengah juga dibawa oleh arus tersebut. Bila arus itu berhenti teman telah sempat menghabiskan The Plague dan The Myth of Sisyphus. Kini minat teman dengan Camus bukan lagi pafa filsafatnya, mungkin di Paris pun tiada pengikutnya lagi. Tetapi pertelingkahannya dengan Jean Paul Sartre dan golongan intelektual kiri Perancis yang tidak mahu menerima fakta jenayah hak asasi manusia yang dilakukan oleh Stalin, pencerobohan yang juga tidak diperkatakan oleh golongan kiri Malaysia.
Sayangnya Ainon membuat terjemahan dari terjemahan. Orang Terasing diterjemahkan dari The Outsider, bukannya dari L'etranger. Seharusnya beliau memelayukan Lord Jim atau Heart of Darkness. Novel-novel Joseph Conrad hanya mendapat perhatian kembali dikalangan pengkritik setelah Edward Said menjadikannya sumber inspirasi kepada projek politik intelektualnya.

Sunday, April 16, 2006

Euthyphro 9


"Tetapi Sokrates," kata Euthyphro yang masih belum mahu mengalah, "tentu tidak ada dewa yang mempertikaikan ini: sesaorang yang membunuh secara zalim perlu bertanggungjawab."
"Sungguh Euthyphro?" telah Sokrates. "Pernahkah kamu mendengar dibahaskan sesama manusia sesiapa yang membunuh dengan zalim atau melakukan kezaliman tidak perlu bertanggungjawab ke atas tindakannya?"
"Manusia tidak pernah berhenti berhujah tentang itu, khususnya di mahkamah. Mereka melakukan macam-mcam kesalahan dan kemudian berkata dan melakukan apa saja untuk melepaskan diri," jawab sang nujum.
"Tetapi apakah mereka mengaku kesalahan mereka Euthyphro? Mengaku kesalahan mereka dan kemudian berkata tidak bertanggungjawab ke atasnya," tanya Sokrates.
"Tidak, mereka tidak melakukannya begitu."
"Jadi mereka tidak berdebat tentang perlukah orang yang bersalah bertanggung jawab atau tidak. Yang mereka bahaskan adalah siapa yang melakukan kesalahan," kata Sokrates.
"Betul."

Ada juga yang tak takut Ali Abdul Raziq


Semalam saya di Dewan Al Malek Faisal, Petaling Jaya. Kekanda-kekanda veteranan Abim telah menubuhkan Muafakat, satu ngo untuk mereka sendiri. Wadah ini dilancarkan semalam. Suasananya sedikit sebanyak nostalgia. Saya tidak pernah jadi exco pimpinan Abim. Peranan saya dalam gerakan -- ingat ini kalimat keramat --hanya setakat PKPIM, itu pun sampai naib presiden saja. Saya terdengar risik-risik nama saya telah "disyurakan" untuk jadi presiden. "Disyurakan" -- begitulah budayanya. , demokrasi tak diterima, sekular! Tetapi ketika itu saya telah tawar hati dengan gerakan dan mengambil cuti yang lama.
Jadi nostalgia saya semalam adalah dengan beberapa orang rakan dalam PKPIM dan beberapa anggota usrah saya semasa di ITM. Saya ajak mereka usrah kembali. Mereka ketawa, mereka sangkakan saya ajak-ajak ayam. Saya tambah "tetapi usrah sekarang tak pakai buku Sayyid Qutb atau Fathi Yaki atau Maududi." Mereka ketawa lagi. Saya makin serius: "Teks usrah kita sekarang adalah Munqis min al- Dalal, Discourse on Method , esei-esei Hayek dan dialog-dialog Plato." Mereka lagi ketawa.
Semasa keluar dewan untuk pulang terserempak pula dengan Awang Sariyan. Saya anjurkan dia membawa esei Hishamudin Rais dalam Seruan Keadilan yang menyebut Bahasa Melayu sebagai bahasa stretegik. "Ainon Muhammad juga ada menyebutnya, tetapi saya belum membacanya," jawab Awang. "Saya dan Hishamudin tidak sehaluan, dia orang kiri, saya orang kanan. Tetapi apa yang dia tulis tentang Bahasa Melayu saya setuju seratus peratus," saya menambah.
Semasa kami berbual ada seorang anak muda yang tinggi di sebelah Awang. "Saya suka membaca Islam dan Dasar Pemerintahan" dia menyampuk. "Tinggal dua bab lagi belum habis." Suka senang mendengarnya. Ada juga yang tak takutkan Ali Abdul Raziq meskipun ada kempen memburuk-burukkan buku tersebut. Dan saya percaya sebahagian besar yang memburuk-burukkannya belum membacanya lagi.
Seorang kawan menakalkan dirinya memberikan beberapa naskah buku tersebut kepada pemuda-pemuda Pas di kawasannya. "Saja mahu test pendirian mereka," katanya sambil senyum. "Goyang jugak mereka."

Friday, April 14, 2006

Blog dari planet lain

Beta rasa beta sudah cuku tua. Bila beta merayau-raya dari blog ke blog beta tersesat ke satu planet lain. Setelah membacanya beta berasakan berada di zaman Tun Mai Ulat Bulu. Inilah kodinet planet tersebut -- http://shah2ello.blogspot.com/
Di sini orang-orangnya bercakap dalam bahasa lain. Mungkin bahasa 2020. Beta angkat sedikit dan tampalkan ke dalam kiriman ini. Inilah dia!:

1. Robohkan je la MRR2 tu
2. ~pening~suh martabatkan bahasa melayu tp interview dlm bahasa inggeris.
3. bahasa inggeris bahasa pejabat. bahasa melayu bahasa kat market ikan
4. kita rosakkan terus lah dua2 bahasa tu...

Cahaya di Jalan Telawi


Beta tidak tahu mengapa Anam dan Amar berani memilih Rene Descartes (gambar) sebagai tokoh untuk mereka kupas di Halakah Pencerahan. Bila beta katakan: "Beta tidak mahu cerita tentang sejarah pemikiran Descartes yang dikutip dari kitab-kitab sejarah falsafah Barat. Misalnya dari buku Bertrand Russell History of Western Philosophy." Buku dijadikan teks oleh Sim Kwan Yang, politikus yang bersara untuk menjadi filasuf, dalam kelas falsafahnya di Dewan Perhimpunan Cina Selangor sedikit masa dulu. Rupanya ramai juga sepet-sepet muda yang cintakan hikmah.
"Yang beta mahu adalah kamu memberikan syarah kepada salah satu teks Descartes." Maka dua pemuda dari negeri paling kecil di Tanah Melayu ini memilih Discours de la methode pour bien conduire sa raison et chercher la verite dans les sciences. Begitulah tajuk asalnya yang mungkin beta terjemahkan sebegini: Wacana tentang Kaedah bagaimana menggunakan akal dengan baik dan mencari kebenaran dalam ilmu-ilmu.
Hati kecil beta tersentak. Wah! Berani pria-pria ini membedah satu karya besar falsafah. Kalau ramai anak muda yang seberani ini untuk mendepani karya agung ini maka masa depan Malaysia cerah.
Alangkah jauh bedanya keberanian ini dengan ketakutan dan propaganda menakut-nakutkan pembaca terhadap Ali Abdul Razik dengan bukunya yang bertajuk Islam dan Dasar Pemerintah.

Euthyphro 8

"Kalau begitu Euthyphro," kata filasuf pada sang nujum, "menurut cerita kamu sendiri tuhan-tuhan yang berlainan mesti mempunyai pandangan yang berlainan tentang keadilan -- dan kecantikan dan kehuduhan, baik dan keji. Pasti mereka tidak akan berkelahi kalau mereka tidak berbalah tentang ini. Betu?"
"Kamu betul," jawab Euthyphro yang sudah tersepit dengan definasinya sendiri.
"Sekarang," kata Sokrates menekan lagi, "mereka juga mencinta apa yang masing-masing percaya sebagai cantik dan baik dan membenci yang sebaliknya."
"Pasti."
"Betul, tetapi benda yang sama, kamu kata, yang dikira adil oleh dewata tertentu dilihat sebagai tidak adil oleh dewata yang lain. Perbedaan inilah yang menyebabkan mereka - para dewata - berkelahi dan beperang antara satu sama lain. Betul?" tanya Sokrates.
"Ia."
"Makanya perkara sama yang kelihatan sekaligus dibenci dan dicintai oleh dewata."
"Nampaknya begitu," kata Euthyphro."
"Kalau begitu Euthyphro, benda yang suci juga ketika yang sama tidak suci."
"Aku kira begitu," kata Euthyphro.
"Makanya, kawanku, kamu belum menjawab soalan aku. Aku tidak bertanyakan kamu benda yang sekaligus suci dan tidak suci; apa yang disukai oleh dewata yang juga tidak disukai oleh dewata. Dan tidak memeranjatkan apa yang kamu lakukan sekarang, mendakwa bapa kamu sendiri, disukai oleh Zeus, tetapi dibenci oleh Kronos dan Uranus, dan dicintai oleh Hephaestus, tetapi dibenci oleh Hera (gambar)," rumus Sokrates menghancurkan definasi Euthyphro tentang kesucian.

Tuesday, April 11, 2006

72 masuk neraka atau 72 masuk syurga?

Kami menggunakan teks Munqis min al-Dhalal yang ditahqiqkan oleh almarhum Syeikh Abdul Halim Mahmud, rektor al-Azhar. Nota-nota kakinya terhadap teks otobiografi intelektual al-Ghazali ini sungguh bermakna. Buku ini telah diterjemahkan ke bahasa Indonesia dan juga Melayu. Tetapi kedua-duanya tidak memuaskan hati kami. Terjemahan Indonesia lebih merupakan tafsiran, bahkan terlalu longar. Sementara terjemahan Melayu Abdul Fatah Haron mengandungi prasangka terhadap al-Ghazali. Nota Syeikh Abdul Halim tentang satu hadis terkenal "umatku akan berpecah sebanyak 73 pecahan, 72 masuk neraka, dan satu masuk syurga" akan saya terjemahkan kemudian.

Monday, April 10, 2006

Gocoh intelektual


Dua hari saya tak dapat update blog ini. Router di rumah meragam. Jadi hujung minggu dihabiskan dengan mencabut rumput dan lalang di sekeliling rumah. Masa mencabut rumput dan lalang saya teringatkan halakah pencerahan di IKD Jumaat lalu. Amir mengedarkan bahan-bahan latar belakang tentang Hayek (F A, bukan Salma). Eekmal mengedarkan nota-nota yang dia rumus hasil dari kunyahannya pada esei Individualism, true and false. Antara penemuan Eekmal dari esei itu adalah peri pentingnya pengalamanan. Akal penting pada Hayek, tetapi bukan penentu. Akal tidak dapat menangkap semua persoalan. Ini berbeda dengan sikap Rene Descartes yang mengasas rasionalisme benua. Maka berlaku pertembungan antara rasional benua dengan empirisme England. Jumaat akan datang perdebatan antara dua mazhab ini dilangsungkan lagi. Anam dan Amar akan mengemukakan tesis Descates. Tetapi Anam tidak bersetuju dengan pandangan Descartes tentang akal demokratik. Anam percaya akal itu tidak egalitarian, sebaliknya bersifat hierakikal.

Friday, April 07, 2006

Euthyphro 7


"Kamu setuju, aku fikir," kata Sokrates kepada Euthyphro, "ada satu sifat yang dimiliki bersama oleh benda-benda suci. Sifat itu yang menjadikan benda-benda itu suci. Begitu juga yang tidak suci. Ada satu sifat yang sama yang menjadikan benda-benda tidak suci itu tidak suci."
"Betul," jawab sang nujum. "Yang suci itu adalah apa yang disukai dewa."
"Bagus! Sekarang kamu telah menjawab apa yang aku tanya," kata Sokrates. "Tetapi betul atau tidak aku belum tahu lagi. Kamu perlu terus mengajar aku kalau apa yang kamu katakan itu betul."
"Tentu sekali," kata Euthyphro.
"Sekarang mari kita periksa apa yang kamu katakan. Benda dan manusia yang disukai dewa adalah suci. Benda dan manusia yang tidak disukai dewa adalah tidak suci. Ini maksud kamu bukan?"
"Begitulah," jawab Euthyphro.
"Tetapi Euthyphro, bukankah dewa-dewa itu berkelahi dan berbalah sama sendiri? Mereka saling membenci."
"Betul." kata Euthyphro.
Mesti ada punca kenapa dewa-dewa berbalah. Kalau mereka berbeda tentang angka, mana yang lebih besar dan mana yang lebih kecil, pasti itu bukan puncanya. Perbedaan itu boleh diselesaikan melalui perkiraan. Pasti bukan tentang sukatan, yang mana lebih berat dan yang mana lebih ringan. Ini boleh diselesaikan melalui timbangan.
"Apakah agaknya jenis perbedaan yang menyebabkan kita bermusuhan, perbedaan dimana kita tidak dapat mencari penyelesaian?" tanya Sokrates.
"Biar aku cadangkan," tambah Sokrates pada nujum yang mula bingung itu, "mungkinkah tidak perbedaan itu tentang keadilan dan ketidakadilan, kecantikan dan kehuduhan, baik dan buruk? Bukankah perkara-perkara ini, kalau kita berselisih tentangnya, adalah punca kita bermusuhan -- kamu dan aku, dan lain-lain manusia?"
"Betul kata kau Sokrates. Itulah punca perbalahan."
"Bagimana tentang dewa-dewa, Euthyphro? Kalau mereka berbalah, bukankah mereka berbalah atas sebab yang sama?"
"Kamu betul Sokrates."
"Kalau begitu kata kau, kawanku yang mulia, dewa yang berlainan mesti mempunyai kepercayaan yang berlainan tentang keadilan, yang cantik dan yang huduh, baik dan buruk. Mereka tidak akan berkelahi kalau mereka tidak berbeda tentang ini. Betultak?"
"Kamu betul," jawab Euthyphro yang sudah hilang keyakinan dengan jawapannya.

Thursday, April 06, 2006

Dua Kali Menangis di Pesta Buku 4


Semasa Pesta Buku berjalan Ainon Muhammad, seorang penterjemah berwiba, mengirim dalam blognya memberi tahu mengunjung bahawa pesta itu ditempatkan dibangunan yang tidak selamat. Pasti amat sedikit yang membaca kiriman tersebut. Antara yang amat sedikit itu adalah penulis Faisal Tehrani yang bersyukur "mujur tak berlaku apa-apa." Memang, mujur tak ada buku yang jadi debu, seperti yang pernah berlaku pesta buku di Kolkata (gambar), atau ada manusia yang rentong. Ataupun kiriman Ainon tidak memberi kesan apa-apa. Tetapi bertuahlah Malaysia -- Malaysiaku yang Malang -- sekiranya diantara puluh ribuan pengunjung yang datang, mereka tetap datang berpusu-pusu meskipun tahu Pesta Buku itu boleh menjadi neraka loka kerana tidak dapat menahan syahwat bukunya.
Bukan saya tidak takutkan api yang membakar. Tetapi ada bara lain yang saya kesani. Bukan bara yang boleh membakar buku atau bangunan. Tetapi bara yang boleh membakar bangsaku yang kulitnya bewarna-warni. Pesta tersebut dikerumuni oleh orang-orang yang berkulit sawo matang. Di manakah jiran-jiranku yang bermata sepet dan berkulit kuning? Dan juga saudara-saudaraku yang bertutur dengan bahasa Tirrukural? Mengapa pesta itu menjadi pesta satu kaum? Bukan tidak ada pengunjung Cina atau India. Tetapi jumlah yang saya perhatikan tidak mencerminkan sama sekali susuk sosial Malaysia.
Tidak ada minat mereka untuk datang. Pengajur harus tahu ini. Tiga bahasa mendominasi rak-rak buku. Melayu, Inggeris dan Arab. Arab? Sejak bila bahasa itu menjadi bahasa ketiga di Malaysia? Saya bukan anti bahasa Arab dan orang-orang yang membaca karya-karya Arab. Bahkan semua buku-buku yang saya beli semasa mengunjung pesta tersebut adalah kitab-kitab Arab, kecuali dua -- bahagian kedua memoir Said Zahari dan buku Amin Sweeny (orang Irish yang kecek Kelantan) tentang Tok Selampit yang ditulis dalam bahasa Inggeris. Kenapa tidak ada kedai-kedai yang menjual buku-buku dalam bahasa Tamil dan Cina. Kalau penjual-penjual buku dari Mesir dan Lubnan ghairah menyertai pesta tersebut mustahil penerbit-penerbit dari Taiwan, Hong Kong, Shanghai dan Beijing tidak berminat. Begitu juga buku-buku Tamil dari Chenai. Jangan terperanjat di Malaysia juga ada pembaca bahasa Malayalam, bahasa moyang Tun Mahathir.

Halakah pencerahan


Esok, Jumaat 5.30 petang, halakah pencerahan akan menyambung perbincang. Eekmal yang berhalangan minggu lalu akan menyambung gombrol esei F A (bukan Salma) Hayek Individualism, true and false. Beliau akan membedakan antara individualisme yang dihasilkan oleh Pencerahan Benua (Eropah) dengan Pencerahan Scotland. Pencerahan Benua lebih bersifat rasionalistik dan penolakan terhadap tradisi seperti yang dimulakan oleh Anam dalam pengupasan terhadap Discourse on Method yang ditulis oleh Descartes. Pencerahan Scotland -- David Hume, Adam Fugurson, Adam Smith, Paley dll -- juga bersifat rasional. Namun mengambil unsur emperikal yang kuat dan justeru itu melihat tradisi juga rasional. Ini berbeda dengan rasionalisme Descartes yang melihat adat sebagai tidak rasional dan bertentangan dengan akal (reson versus culture). Eekmal akan berpasangan dengan Amir yang membuka pembentangan minggu lalu.
Bagaimana moderniti Eropah Benua berpatah arang dengan moderniti England? Amar dan Anam akan menjelaskannya dengan menyanmbung wacana teks terpenting Descartes. Mereka akan melakukan close reading bab pertama Discourse yang juga merupakan autobiografi intelektual Descartes.
Autobiografi intelektual al-Ghazali al-Munqis min al-Dalal akan dibedah terus oleh Hafiz. Hujjatul Islam itu membentang perkara besar seperti pluralisme. Menurut Anam Osman Bakar menentang penggunaan istilah ini, dan memilih pluraliti. Pada saya itu semantik saja. Tapi pokoknya Munqis amat penting untuk menyuluh persoalan pluralisme yang hangat diperdebatkan -- selalunya lebih banyak emosi dari isi.
Saya akan menyambung Euthyphro dengan membicarakan Socratic revolution dengan "Si Langau" kota Athena itu membuka hijab persoalan definisi atau pentakrifan, apa itu kesalehan, apa itu kesucian?

Wednesday, April 05, 2006

Jasad Umat & Darah Khulafa 26

Penulis Tarikh Ya’qubi, Ahmad bin Ishaq al-Ya'qubi, yang hidup sezaman dengan Tabari tetapi meninggal 18 lebih awal, membawa riwayat tambahan. Misalnya dalam kisah Fatimah datang menemui khalifah Abu Bakar untuk menuntut haknya ke atas tanah Fadak. Apabila Abu Bakar menolak dengan menyebut kata-kata Nabi: “sesungguhnya kami para nabi tidak mewariskan.” Fatimah menjawab: “Demi Allah, ayah engkau boleh mewariskan, mengapakah ayah aku tidak boleh? Sesungguh Rasululullah berkata: manusia itu hendaklah menjaga anak-anaknya.” Mendengar kata-kata Fatimah Abu Bakar pun menangis dengan kuatnya.

Tarikh Ya’qubi mempunyai kecenderungan kuat kepada Ali. Maka membaca riwayat-riwayatnya harus dipertimbangkan menurut kemunasabahan keadaan. Jawapan Fatimah kepada Abu Bakar kelihat munasabah. Suasana, dan sifat Fatimah, sukar untuk menerima beliau berdiam diri dengan kata-kata Abu Bakar.

Tatkala rumah Fatimah dikepung untuk memaksa Ali berbai’ah Ali keluar dengan pedang terhunus. Berlaku pergelutan dengan Umar sehingga patah pedang tersebut. Tetapi dalam al-Tabari yang orang keluar dengan pedang terhunus adalah Zubayr. Menurut Tarikh Ya’qubi lagi orang-orang Muhajirin menceroboh masuk ke rumah Fatimah. Fatimah keluar (dari biliknya) dan berkata mengancam: “Demi Allah, keluarlah kamu semua. Atau aku akan dedahkan rambutku ini, dan aku akan menangis pada Allah.” Maka merekapun keluar dari rumah Fatimah.

Tuesday, April 04, 2006

Dua Kali Menangis di Pesta Buku 3


Saya mengunjungi Pesta Buku sebanyak dua kali. Hari pertama dan hari terakhir. Khairul Anam berkata dia kecewa dengan pesta itu tahun lalu. Maka dia tidak akan mengunjunginya tahun ini. Sayapun telah tidak mengunjungi hampir sepuluh tahun kerana beberapa kali saya mengunjunginya saya tidak diasyikkan. Bukan bermakna tidak ada buku yang dibeli. Tidak ada tangkapan besar, menemukan buku-buku yang telah diburu beberapa tahun. Hampir dua tahun lalu saya membuat satu tangkapan besar, di tempat jin bertendang Amerika, a.k.a Mid West, di negeri American Gothic (gambar). Ketika itu saya menyertai Program Penulisan Antarabangsa, di Universiti Iowa. Setiap tahun perpustakaan universiti itu akan mengeluarkan sebahagian buku-bukunya dan dijual dengan harga semurah sampah. Kenapakah buku-buku tersebut dikeluarkan dan dijual murah? Mungkin dikira tidak ada pembacanya lagi, mungkin ada beberapa naskah dan perpustakaan hanya mahu menyimpan satu naskah sahaja kerana kesempitan ruang. Di hari lelong buku itu semua ulat buku di Iowa City, bandaraya ini hanya sebesar Bangsar Baru, akan mengerumuni perpustakaan Universiti Iowa. Apakah tangkapan besar yang saya buat? Magnum Opus sejarahwan besar Arnold Toynbee A Study of History , lengkap dua belas jilid. Bertahun-tahun saya memburunya. Di kedai-kedai buku tangan kedua. Bila ditanya penjual hanya menjawab "ada, tetapi edisi ringkasan." Saya layari kedai-kedai buku online, termasuk Amazon. Semuanya gagal.
Kalau tidak mengharapkan tangkapan besar mengapa saya mengunjungi sebanyak dua kali? Hari kunjungan pertama saya terus menuju kedai-kedai menjual kitab-kitab Arab. Tidak ada minat untuk melawat kedai-kedai buku Inggeris. Sejak setahun lalu saya asyik berulang alik ke Amerika dan sudah papa kedana kerana terlalu kerap ke Borders dan Barnes and Noble. Dan saya bergerak dari satu ke satu kedai kitab Arab. Banyak sekali kedai kitab Arab. Apakah bahasa Arab telah mejadi bahasa kedua Malaysia? Mungkinkah ada al-Jahiz di negeri kering kontang akal seperti Malaysia? Di kedai bernama Egypt World, setelah meneliti rak-raknya saya ternampak beberapa jilid buku lusuh, kekuning-kuningan dan ada tanda-tanda dicerobohi air. Buku ini, kata hatiku, sudah menanti pelanggan beberapa dekad. Mungkin sudah berlegar ke seluruh dunia di pesta-pesta buku, mungkin juga terperosok di sudut kelam gudang simpanan di lorong sempit Kaherah. Bila saya mengambilnya buku tua itu tidak lain dari Lisan al-Arab kamus terbesar dalam dunia, dalam mana-mana bahasa sekalipun, yang dihasilkan oleh seorang manusia. Saya teringat Baha Zain berkata bahagian perkamusan di DBP adalah sudut untuk melahir calon-calon orang gila. Belum saya jumpai maklumat mengatakan Ibn Manzur, penyusun kamus besar itu, otaknya mereng. Sebaliknya kamus hasil titik peluh akalnya menjadi rujukan muktamat bagi kesiumanan bahasa al-Qur'an. Otak saya dan pembantu saya hampir mereng untuk memahami kata-kata al-Hubab bin Munzir di Saqifah Bani Saadah tatkala mengusulkan Saad bin Ubadah sebagai khalifah pertama Islam setelah wafatnya Nabi s.a.w.: Ana juzailuha muhakkak wa uzaiquha murajjab. Ketika meluahkan kata-kata itu al-Hubab menghunus pedangnya dan sanggup menumpahkan darah untuk mempertahankan hak Ansar dalam kepimpinan umat. Kerana Lisan al-Arab otak-otak kami kembali centre.
Saya telah memiliki satu set kamus itu dan satu edisi yang lebih baru. Tetapi edisi lama yang saya belek di Pesta Buku lebih superior. Semua perkataan dibariskan untuk menjamin bacaan yang betul. Tuan punya kedai mengatakan harganya RM200. Sungguh munasabah. Saya ingin membelinya tetapi berasa tidak terdesak membelinya ketika itu. Fikiran saya adalah tidak akan ada yang membelinya. Lagipun ada dua set. Saya akan di hari terakhir dimana harga-harga akan diturunkan merudum, mungkin separuh harga, mungkin saya menawarnya sehingga RM50 ringgit.
Di hari terakhir saya datang, dengan keyakinan akan membuat tangkapan besar. Dan dua set Lisan al-Arab yang telah kuning dan comot itu sudah dirambat orang. Hatiku menangis. Saya seharusnya datang setiap hari ke pesta itu dan terus membeli bila set pertama telah diambil orang. Kalau dinaikkan sehingga RM300 pun akan kubeli juga. Atau kalau lebih dari itu kucuri saja.

Sufi music, softer Islam

Saya terjumpa laporan ini dari portal Music Industry Online (MIO). Pelapornya adalah seorang pemuda bernama Josh:
I've spent the last two weeks recovering from a complete brain overload during my trip to India. The world is an amazing and very different place at times...

India is just unreal. It's quite hard to explain really, but I've managed to break it down into the two big things that hit me. The main one is just the number of people - a billion is a lot! People are just everywhere - no such thing as a quiet country road. Even their desert area has on average 60 people per square km. Crazy. The second is the relationship between an economy growing really fast, unbelieveably poverty, and the world's largest population who are essential peaceful and of strong hindu beliefs. Here in SA, out-of-sight-is-out-of-mind when it comes to our westernised cities and the impoverished townships or rural areas. In India, you step out of a 5 star hotel and 3 feet away the squalor begins. Its just incredible.

I had one really cool music experience there, and it was actually a film. I caught the premier of a documentary to be aired on BBC at the British Council Offices of all places - they seem to do this stuff quite a bit. Anyway, the aim of the documentary was to show how not all Islam is evil, and in fact, for the Sufi's, who fly in the face of more militant/conservative Islam, music is a massive part of the religion. This in contrast to the growing Islamic beliefs where music is considered a distraction from the faith, and therefore not allowed.

Anyway, this guy moved throughout the Islamic world finding pockets of Sufi's and there trancy/vocal/percussion music. There is actually a french electronica act that have embraced Sufism, and are doing quite well with their beats along with the sufi tradiotional stuff. Pretty cool.

You can find out a bit more about the doccie and the music here.

I also picked up an awesome CD of Indian lounge music called Bombay Lounge 2. (it was actually a gift from one of the people we stayed with) Really cool and worth a listen if you can find it. Wait - I can help (click)

Monday, April 03, 2006

Euthyphro 6


"Tidak hairanlah aku boleh didakwa, Euthyphro. Kalau begitu kepercayaan orang ramai tentang dewa-dewa aku sukar menerimanya. Oleh itu mereka mengatakan aku menyalahi mereka. Demi Zeus, dewa persahabatan, beritahu aku: adakah mereka benar-benar percaya perkara ini berlaku?" tanya filasuf pada si nujum.
"Benar," jawab Euthyphro, "dan perkara-perkara yang lebih ajaib dari itu, Sokrates. Perkara-perkara yang orang ramai tidak tahu."
"Kamu betul-betul mempercayai ada perang sesama dewa, perkelahian dahsyat, dan persengketaan, dan lain-lain yang seperti yang diceritakan oleh penyair?" Tanya Sokrates.
Masyarakat Yunani purba hidup di bawah bayangan penyair buta Homer yang memintal kisah-kisah Perang Troy dalam Illiad dan Odyssey. Dalam perang itu dewa-dewa di kayangan berbelah bagi, ada yang menyokong kota Troy atau Illium dan ada yang disebelah perwira-perwira persekutuan Greek yang datang untuk mengambil semula Helen yang dilarikan oleh Paris, pengeran dari Troy.
Euthyphro percaya semua kisah dewa-dewa bersengketa. "Bahkan aku boleh menjelaskan perkara-perkara lain tentang agama, kalau kau mahu Sokrates. Apa yang kau akan dengar akan lagi menakjubkan kau," tambah Euthyphro.
Tetapi Sokrates tidak berminat. "Lain kali sahaja, bila kau lapang," jawab Sokrates. "Tetapi sekarang kau perlu jawab soalanku dengan jelas. Kau belum menerangkan dengan secukupnya apa dia kesucian itu; iaitu apa yang kamu kata kamu melakukannya sekarang ini, iaitu mendakwa bapa kamu kerana membunuh."

Sufi Chico beats Kabbalist Madonna


By Talal Malik

LONDON (Reuters) - A former goat herder and male stripper has sold twice as many records as Madonna in recent weeks to become the first Arab to top the British pop singles chart since records began 44
years ago.

"Mashallah (Thank God) - it's beyond dreams. To know that I'm the first Arab to do that, it's a very proud moment," Chico told Reuters in an interview.

His debut single, "It's Chico Time", is enjoying its second week in
the top spot.

Born in Wales of Moroccan parentage, 34-year-old Chico came to
prominence on prime-time British television talent show, "X-Factor",
where his personality, dance routines and cheeky grin compensated for
his singing.

"I've been trying for fifteen years, been knocking on doors, and
nothing's ever happened. Then suddenly this!" said Chico, whose real
name is Yousseph Slimani.

Of all the artists he would most like to sing with, it is Madonna he
chooses, referring to her as a "living legend".

"I wouldn't mind dueting with Madonna, so I can say, 'Sorry for
knocking you off the top spot'," said Chico, after dethroning the
Queen of Pop. Madonna's "Sorry" was her 12th number one, but major
music retailer HMV said Chico outsold her by a margin of two to one
to peak the charts.

Chico was raised in Morocco by his grandparents until the age of 13.
During his childhood he worked as a goat herder before leaving for
Britain.

"I lived with my grandparents in Aroubia, in the mountains, and was a
goat herder. What a life -- I was brought up on a thousand-year
tradition."

In Britain he worked as a "exotic male dancer" to pay the medical
bills for his grandmother after she suffered a stroke and wished to
travel for healing to the Islamic holy city of Mecca.

"God works in mysterious ways - I ended up saving enough money and
sending my grandparents to Mecca," said Chico.

MYSTIC DISCIPLE

As well as pop music success, Chico and Madonna share an interest in
mysticism -- Chico became a Sufi disciple 16 months ago and Madonna's
devotion to the Jewish school of mysticism, Kabbalah, is well-known.

The pop star says his new-found fame was the result of mentoring from
Shaykh Nazim al-Qubrusi, an 83-year old Sufi mystic living in
northern Cyprus.

"Until I met Mawlana Shaykh Nazim, my whole life was in the
wilderness, I was like a moth wondering aimlessly, waiting to be
reunited with the Divine Ocean," he said.

To avoid being cast as a "one-hit wonder" like many of his talent-
show peers, Chico -- the first Arab at the top spot on the Official
UK charts for at least four decades -- said he will release an album
with a Middle Eastern flavour.

"What I really want to do is introduce Arabic music to the world, but
on a big scale," he said.

Prior to becoming a singer, Chico and his brother also produced a
short film which gained a British Film and Television Academy Award
(BAFTA) nomination, and still harbours ambitions to make films.

"Ultimately, I would like to make spiritual films, such as about the
Prophet Mohammed, his companions and people like Jalaluddin Rumi (a
Sufi poet). Whatever I'm going to be doing, it's going to be
spiritually involved."

It is an ambitious leap from "It's Chico Time", which features the
chorus: "Well, you can get delirious, if you take life too serious."

(Additional reporting by Omar Younis)

Bukan Salma Hayek 3

Keynes melihat masalah terbesar ekonomi adalah penganguran. Ini boleh kita fahami kalau melihat penderitaan jutaan manusia ketika Kemelesetan Agung. Justeru kerana "tangan tersembunyi", iaitu pasaran bebas, tidak dapat mengelakkan dari berlakunya kemelesetan ekonomi dan manusia kehilangan sumber hidup maka mahu tak mahu "tangan yang nyata", iaitu pemerintah, perlu campur tangan untuk menjamin supaya sesiapa sahaja yang mahu bekerja akan dapat pekerjaan. Maka teori Keynes membawa kepada peranan yang besar pemerintah dalam dalam menjaga kestabilan ekonomi. Kejayaan presiden Amerika semasa Kemelesetan Agung, Franklin Deleanor Roosevelt, melawan kemelesetan melalui pembinaan prasarana -- jalan, jembatan, pembangunan ketenteraan -- menjadikan pemerintah aktif dalam ekonomi dilihat sebagai pembuktian kepada kebenaran teori Keynes.
Pengaruh Keynes memuncak selepas Perang Dunia Kedua melalui perjanjian Bretton Woods yang membawa kepada penubuhan IMF. Keynes memberikan keyakinan kepada ahli-ahli politik bahawa hanya pemerintah boleh menyelamatkan ekonomi. Dan keyakinan ini melahirkan konsep Welfare State, Negara Kebajikan.
Saya pernah terbaca seorang pemimpim berkata (mungkin dalam dokumen negara Islam) bahawa negara Islam adalah negara kebajikan. Kalau ini betul, maka ekonomi negara Islam adalah ekonomi Keynesian. Maka tiada apalah yang uniknya dengan sistem ekonomi Islam yang mereka war-warkan itu. Dalam tulisan-tulisan pemuka-pemuka gerakan Islam ternampak amat naif sekali pandangan mereka dalam hal ekonomi.
Mulakan saja dengan Syed Qutb, khusus al-Adalah ijtimaiyyah fi al-Islam (keadilan sosial dalam Islam). Almarhum ini menulis Islam itu satu sistem yang lengkap maka tidak perlu meminjam dari apa-apa dari luar, sistem ekonomi, politik dan lain-lain. Kalau sesaoang itu kaya dengan khazanahnya apakah dia perlu meminjam dari orang lain? Mungkin Syed Qutb tidak terfikir bahawa tidak ada orang yang membina idustri, jalan raya, jembatan dan lain-lain tanpa membuat pinjaman. Bahkan kepesatan ekonomi semasa, kepesatan yang memberikan peluang pekerjaan kepada berbilion manusia adalah kerana wujudnya sistem pinjaman, iaitu sistem perbankan, yang cekap.

Sunday, April 02, 2006

Dua Kali Menangis di Pesta Buku 2


Pesta Buku yang saya kunjungi semalam sarat dengan manusia. Tetapi masih tiada tanda Malaysia menuju pencerahan. Tiada ulat buku di situ. Maksud saya pembaca serius. Membaca bukan lagi kerana minat, bukan lagi untuk mengembangkan minda, atau untuk mencari maklumat. Membaca sudah tidak dapat di elakkan lagi. Menjadi obsessi. Satu penyakit atau madat.
Ulat buku akan mengenal ulat buku. Mungkin telah satu dekad satu terbaca esei, kalau ingatan saya betul ianya ditulis oleh Walter Benjamin, orang itu belum menjadi pembaca serius selagi belum tergoda untuk mencuri buku. Mungkinkah mencuri buku satu-satunya jenayah yang tidak dihudud dengan potong tangan? Nah, beberapa bulan lalu saya terserempak dengan Seyyed Hossein Nasr di Lubnan Zaman, satu restoran di Tyson Corner, di Virginia Utara dan setengah jam dari washington dengan mobil, tempat Arab, Pakistan, India dan Mat Saleh yang mengucap lepak dengan hisap sisya. Rupanya Lubnan Zaman tempat biasanya ketika lapang sekitar tiga petang. Dia akan minum kopi, hisap sisya dan bekerja -- mengedit manuskrip, membaca puisi Saadi -- dan dia tidak pernah berhenti bekerja sehingga buku terbaharunya The Heart of Islam diselesaikan ketika di hospital. Prof. Nasr bukan sahaja seorang filasuf, muslim yang pertama diberikan penghormatan oleh Library of Living Philosophers , sarjana yang produktif tetapi juga terkenal dengan sebagai guru yang menyayangi dan prihatin dengan murid-muridnya. Saya ketika itu bersama Mehmood Kazemi, seorang eksekutif muda di American Online dan kami baru kembali dari majlis pengkebumian. Mehmood saya perkenalkan kepada filasuf itu yang bukunya saya baca sejak tiga puluh tahun lalu. "Ketika itu buku professor amat sukar di dapati di Kuala Lumpur," kata saya. "Ada satu naskah The Encounter between Man and Nature dalam perpustakaan Mesjid Negara. Perpustakaan itu tidak ada perkhidmatan pinjaman. Saya curi bawa keluar buku itu. Tetapi saya pulangkan kembali bila selesai di baca."
Prof. Nasr juga seorang pencerita dan saya telah beberapa kali mendengar kisah-kisah lucu dari mulutnya. "Ketika saya baru dilantik menjadi chanselor Universiti Tehran," katanya membalas cerita. "Saya mendapati professor fulan," namanya disebut tetapi saya lupa "seorang profesor kanan dan sarjana yang dihormati telah meminjam ratusan buku-buku nadir dari perpustakaan dan tidak dipulangkan." Maka sang naib chanselor kerana menghormati profesor kanan itu telah pergi ke rumahnya dan merayu agar buku-buku tersebut dipulangkan kembali agar orang lain juga dapat menggunakannya.

"Dr. Nasr," jawab profesor fulan kepada naib chanselor, "orang yang mencuri buku harus dipotong sebelah tangannya. Tetapi orang yang mencuri buku dan memulangkannya semula harus dipotong kedua belah tangannya." Sambung profesor Nasr: "Bila profesor itu meninggal dunia saya meminta universiti membeli semua buku-buku miliknya, dia seorang pemburu buku, termasuk buku-buku milik perpustakaan universiti."

Euthyphro 5


Apa itu kejujuran? "Kejujuran adalah apa yang aku lakukan sekarang ini," jawab Euthyphro dengan yakin. "Mendakwa pembunuh, orang yang mencuri di kuil, dan semua perlakuan yang seperti itu. Tak kira siapa, bapa, ibu, dan siapa saja yang bersalah. Dan tidak mendakwanya adalah tidak jujur."
Sang nujum itu kemudian mengajak Sokrates meneliti bukti yang hendak dikemukannya kerana "apa yang aku lakukan adalah tuntutan hukum tuhan." Tidak boleh melepaskan orang yang bersalah, tidak kira siapa, itu tidak jujur.
Warga kota Athena menyembah Zeus "sebagai dewa yang paling mulia." Dan mereka sepakat mempercayai dan akur dengan tindakan Zeus memasung bapanya Kronos kerana bersalah memakan anak-anaknya. Dan Kronos pula telah mengerat kemaluan bapanya atas sebab yang sama. "Maka mengapa mereka memarahi saya kerana mendakwa bapa saya yang melakukan kesalahan?"
Zeus, menurut yang empunya cerita, memerintah dunia di Zaman Emas. Dia memperisterikan adiknya Rhea dan dari perkahwinan itu lahirlah dewa-dewa kayangan yang menghuni Olympia -- Hestia, Demeter, Hera, Hades, Poseidon dan Zeus. Kronos takut anaknya akan menewaskannya sebagaimana dia menumpaskan bapanya sebelum itu.
Maka Kronos membaham setiap anaknya tatkala lahir. Bila Zeus, anak yang termuda, lahir Rhea menyembunyikannya dan menggantikan anak tersebut dengan batu yang dibedungi dengan kain. Kronos menelan batu yang disangkanya bayi Zeus. Kemudian dengan helah Gia (bumi) Kronos memuntahkan kembali semua anak-anaknya. Maka berlaku pergelutan sengit bapa dewa dan anak-anaknya. Kronos akhirnya tewas dan dipasong oleh Zeus di Tartarus.

Saturday, April 01, 2006

Bukan Salma Hayek 2


Dalam tahun 1936 John Maynard Keynes (lakaran) menerbitkan General Theory of Employment, Interest and Money yang mencetuskan revolusi dalam pemikiran ekonomi. Maka muncul ungkapan "Keynesian revolution" dan mazhab ekonomi yang digelar Keynesian. J. M. Keynes kini dianggap salah seorang ahli ekonomi terpenting dalam abad ke-20, bahkan hingga kini. Tetapi ahli-ahli ekonomi yang menggelarkan diri mereka sebagai Keynesian tidak silu-silu menobatkan beliau sebagai ahli ekonomi terpenting sejak terbitnya buku tersebut.
Teori ekonomi klasik yang dibina oleh Adam Smith, David Ricardo dan lain-lain mengandaikan sistem pasaran bebas sentiasa dalam perimbangan -- equilibrium -- yang menghasilkan penggunaan sumber yang optimum. Harga ditentukan oleh interaksi antara permintaan dan penawaran. Harga disini termasuklah upah buruh yang ditentukan oleh permintaan kepada perkerjaan dan permintaan kepada buruh; dan kadar faedah yang ditentukan oleh permintaan kepada pinjaman dan jumlah wang yang wujud dalam sistem perbankan. Apabila berlaku Kemelesetan Agung 1929 teori ekonomi klasik, begitu kata orang-orang Keynesian, tidak dapat memberikan penjelasan mengapa ianya boleh berlaku. Maka Keynes mengemukakan Teori Umumnya untuk menjelaskan Kemelesetan Agung. Dan dengan teori tersebut sekaligus merumuskan kebijakan-kebijakan ekonomi untuk mengelakkan berlakunya kemelesetan ekonomi. Dengan mengandaikan pasaran tidak sempurna maka teori Keynes merumuskan keperluan campurtangan pemerintah dalam pasaran untuk menstabilkan ekonomi.

Dua Kali Menangis di Pesta Buku 1


Bila ke kedai buku, apa lagi pestanya, perangaiku yang buruk-buruk akan keluar. Saya akan menjadi orang mementingkan diri sendiri dan tidak suka berkawan. Saya tidak akan membawa anak-anak untuk memperkenalkan mereka dengan buku seperti yang dilakukan oleh ibu-bapa yang bertanggungjawab. Berbahagialah anak-anak yang bapanya bukan ulat buku. Bila buku berpesta ulat-ulat tidak ada masa untuk menjadi bapa yang baik dan melaksanakan tanggungjawab dan melayan kerenah anak-anak yang mahu mendekati dunia buku dan meluaskan ufuk akalnya dengan informasi.
Malang juga isteri dan kekasihku yang kesetiannya menandingi Penelope. Kami yang suka berjalan berdua, dan berkepit macam belangkas, akan kutinggalkan juga, kalaupun dia secantik dewi Circe yang menawan Odysseus selama sepuluh tahun di dalam guanya. Apa syahwat yang dibangunkan buku-buku ini? Siapa yang akan memahaminya, kerana buku-buku itu selalu berusia lanjut, lebih panjang dari umur nenek kebayan.
Dan memang saya tidak boleh menjadi orang politik. Di pesta buku saya tidak mahu dikenali. Saya tidak akan menyapa dan tidak mahu disapa. Kalau ternampak kawan atau orang yang ku kenali saya akan menyorok agar tidak bertembung. Bila bertembung terpaksa sapa menyapa, menanya dan menjawab soalan-soalan banal. "Di mana kau, lama tak nampak?" "Apa yang kau buat sekarang?" "Di mana pejabat kau" "Beri aku nombor handphone" "Apa alamat emel kau?"

Bukan Salma Hayek 1

Beberapa tahun lagi kulit dan tetek Salma Hayek akan kendur, dan begitu juga berahi jutaan peria kepadanya. Tetapi mereka yang berahikan pemikiran, idea dan kebebasan akan terus memeluk dan mengepit tulisan-tulisan mendiang Friedrich A. Hayek.
Semalam, di Usrah Tanwiri, Eekmal seharusnya membuka perbahasan tentang esei Hayek yang bertajuk Individualism, True and False. Tetapi Eekmal berhalangan maka pembentangan dilakukan oleh pasangan intelektualnya Amir Shari. Esei tersebut memang kompleks, maka mengambil masa yang agak lama, dan dengan pembacaan-pembacaan, untuk dikunyah dan dihazam.
Saya mula membaca Hayek tatkala menjadi wartawan kepada akhbar (almarhum) Business Times di awal 1980an. Hayek melancarkan dua pemberontakan intelektual, satu berjaya total dan kedua separuh berjaya. Pemberontakan pertama adalah terhadap sosialisma yang beliau mulai sejak 1930an dengan mengkritik apa yang beliau panggil sebagai "socialist calculation." Sasaran beliau adalah ahli ekonomi yang dihormati ketika itu, Oskar Lange. Ilmu ekonomi klasik yang dibangunkan oleh Adam Smith, David Ricardo dan lain-lain tidak memungkinkan secara teori perlaksanaan sistem sosialisma. Ekonomi sosialis adalah tidak optimum, pasti melahirkan ketidakcekapan. Maka Oskar Lange memberikan jawapan teoretikal dengan menegaskan bahawa sistem ekonomi sosialis itu boleh dilaksanakan. Orang-orang sosialis gembira sekali kerana mereka telah mempunyai teori ekonomi sosialis. Sejak itu teori ekonomi sosialis berkembang, berpengaruh dan bahkan mendominasi cabang ilmu ekonomi yang bernama ekonomi pembangunan sehinggalah tahun-tahun 1980an. Hal yang sama berlaku di Malaysia ketika saya mula membaca buku-buku ekonomi. Hampir semua ahli-ahli ekonomi Malaysia beraliran kiri, bahkan hingga sekarang.

Euthyphro 4


"Dengan nama Zeus," kata Sokrates, "beritahu aku apa yang kamu tahu dengan begitu yakin sekali."
" Berhubung pembunuhan, dan lain-lain, apa yang luhur dan apa yang tidak luhur?" tanya sang filasuf.
"Tidakkah yang luhur itu sama sahaja dalam semua tindakan? Dan lawannya, yang tidak luhur, juga serupa, iaitu menjadi tidak luhur kerana mempunyai sifat yang satu?" tanya Sokrates.
"Pasti begitu," kata Euthyphro.
"Beritahu aku apa itu keluhuran dan ketidakluhuran," Sokrates meminta definasi.

Bermula dengan Plato

Selepas maghrib tadi, di Usrah Pencerahan, saya memberitahu kawan-kawan bahawa Alfred North Whitehead (gambar), filasuf dan pakar matematik Britain, pernah merumuskan inti falsafah Barat di sepanjang sejarahnya. Semuanya, satu demi satu, hanyalah sekadar nota kaki kepada Plato. Rumusan tersebut mungkin melampau. Namun, siapakan yang boleh mempertikaikan pengaruh Plato? Yang tidak bersetuju dengannya juga tidak boleh menyangkalnya. Jilid pertama buku Karl Popper The Open Society and its Enemies adalah ditumpukan untuk menyerang Plato. Anak murid Sokrates itu menurut Popper mencetuskan pelbagai idea yang menjadi asas kepada kediktatoran dan masyarakat tertutup.

Maka saya katakan pengkajian falsafah secara serius elok dimulakan dari Plato. dan beliau mempersembahan tulisan-tulisan falsafahnya dalam bentuk dialog. Dan dalam dialog-dialog tersebut Sokrates, guru Plato, menjadi tokoh yang mengajak kita menyoal dan meneroka. Sokrates, meskipun mencetuskan revolusi dalam falsafah, tidak meninggalkan sebarang tulisan . Kita hanya tahu idea-idea beliau melalui dialog-dialog Plato. Peneliti dialog-dialog Plato menyesan bahawa dalam dialog-dialog awal idea yang dikemukakan oleh watak Sokrates memang membawa idea sebenar Sokrates. Tetapi dalam dialog-dialog pertengahan dan akhir watak Sokrates hanya wahana untuk menyampai idea-idea Plato.

Euthyphro diletakkan di permulaan dialog-dialog Plato kerana di situ Sokrates bertemu Euthyphro di mahkamah. Sokrates ke mahkamah untuk menjawab dakwaan yang membawa hukuman mati sementara Euthyphro ke mahkamah untuk mendakwa bapanya kerana menyebabkan kematian seorang buruh.