Thursday, July 27, 2006
Hatiku pada Lubnan 2
Survival sebuah negara adalah dengan pertahanannya. Apabila Israel menyerang yang menyerang balas adalah tentara Hizbullah, bukan tentera Lubnan. Negara jenis apakah yang tidak mempunyai tentera pertahanannya sendiri untuk mempertahankan wilayahnya dari dicerebohi Israel.
Sunday, July 23, 2006
Hatiku pada Lubnan 1

Bolehkah kita memahaminya? Israel menyerang selatan Lubnan dan mengebom lapangan terbang Rafik Hariri, Beirut, tetapi perangnya bukan antara Luban dengan Israel. Perangnya adalah antara Hizbullah dengan Israel. Ini tidak berlaku di mana-mana negara di dunia.
Lubnan yang sering dipanggil Switzerland Timur Tengah terbakar dan jadi arang akibat perang saudara selama lima belas tahun, 1975-1990. Militia Kristian bertempur dengan PLO dan pelarian Palestin. Pertempuran menarik penglibatan Syria dan Israel. Pakatan dan pengkhiatan silih berganti. Apabila perang itu tamat dengan Perjanjian Taif, tiada pihak yang tidak pernah bersekutu dan mengkhianati pihak lain. Korbannya? 100,000 nyawa dan 100,000 cacat anggota. Dan Beirut yang sebelum itu diberikan jolokan Paris Timur Tengah, kerana jalan-jalan dan bangunan yang mengikut gaya Perancis, menjadi abu.
Nasib malang al-Jumhuriyyah al-Lubnaniyyah adalah kerana petanya. Di selatannya Israel dan di kanannya Syria. Dan penduduknya majmuk: Kristian yang berpecah kepada beberapa mazhab Ortodoks dan Katolik, Islam mazhab Sunni dan Syiah dan kaum Druz. Dan persoalan Palestin. Dalam tahun 1975 republik tersebut menjadi tuan rumah kepada PLO dan 300,000 pelarian Palestin.
Ketegangan berlaku di selatan Lubnan dan kemudian bertambah buruk dengan tembak menembak pada awal tahun 1970an antara militia Palestin, juga digelar sebagai militia anti-Lubnan, dengan penduduk tempatan yang berhaluan kiri dan militia Kristian (dikenali sebagai Phalangist) yang dipimpin oleh Basyir Gemayel. Pihak Palestin bersekutu dengan golongan Islam Sunni dan Druz dan pakatan ini hampir menghancurkan militia Kristian. Syria masuk campur untuk menyelamatkan pihak Kristian dengan menghantar 40,000 tenteranya memasukki Lubnan. Sebelum tentera Syria memasukki Lubnan PLO merupakan kuasa ketenteraan terkuat di negeri itu. Syria kekal sebagai kuasa terkuat di Lubnan sehingga mengundurkan semua tenteranya tahun 2005.
Tuesday, July 18, 2006
Bukan untuk SK Chua
Siapa kata Mahathir pandai? 3

Saya menjadi wartawan dipenghujung zaman Tun Hussein Onn sebagai perdana menteri. Sempat menyaksikan dan melaporkan pertandingkan sengit antara Musa Hitam dan Tengku Razaleigh untuk jawatan nombor dua dalam Umno dan kerajaan. Saya juga seorang wartawan yang mengambil cacatan ketika Tun Dr. Mahathir pertama kalinya mengumumkan salah satu dasar terpentingnya - dasar pandang ke Timur.
Cara TDM mengumumkan dasar tersebut amat sederhana sekali. Setiap kali majlis tertinggi Umno bermesyuarat akan diikuti dengan sidang akhbar. Dan sidang akhbar dihari tersebut adalah sidang akhbar pertama Dr. Mahathir sebagai presiden partinya setelah mempengerusikan MT. Ketika itu ibu pejabat Umno masih lagi di Janlan Tunku Abdul Rahman dan ruang pejabat itu adalah lebih kecil dari ibu-ibu pejabar Umno negeri hari ini.
Apa yang disebutkan oleh TDM dalam sidang akhbar tersebut adalah kerajaan akan mula mengurangkan menghantar pelajar-pelajar tajaan kerajaan ke UK dan Amerika sebaliknya akan mula menaja menghantar pelajar ke Jepun. Kata beliau, langkah tersebut adalah untuk mengelakkan generasi muda terpengaruh dengan keruntuhan moral di barat. Keesokkan harinya media mula mencipta istilah kepada anjakan dasar tersebut maka muncullah dasar pandang ke Timur.
Saya ketika itu seorang pemberita di National Echo. Apabila tidak ada assignment saya selalu lepak di pejabat Abim di Jalan Pantai Baru. Ini menyambung tradisi yang saya lakukan sejak seorang pelajar di ITM. Bila tidak ada kelas, atau bila mahu ponteng kelas, saya akan naik bas ke Jalan Pantai Baru. Dan saya akan merasakan berbual dengan Anwar Ibrahim, Kamarudin Mohd Nor dan Fuad Hassan lebih mencerahkan akal.
Ketika berbual-bual dengan Anwar tentang keghairahan media membicarakan dasar pandang ke Timur menyebut dua buah buku yang telah meramalkan kebangkitan ekonomi Jepun, buku Ezra Vogel Japan as No. 1 dan The Emerging Japan Superstate karya Herman Kahn, futuris paling terkenal ketika itu. Anwar menyebut keterbatasan Jepun, ketidakmungkinannya mengalahkan barat, berdasarkan, seingat saya, tulisan Kahn. Saya tidak membaca kedua-dua buku tersebut. Tetapi saya berkongsi dengan sikap kritis terhadap daya tahan ekonomi Jepun dan ini dikuatkan setelah membaca sebuah buku bertajuk The Fragile Bloom, yang saya sudah lupa siapa pengarangnya.
Dua atau tiga tahun yang lalu saya bertemu seorang diplomat Malaysia yang ketika itu menjadi duta di salah sebuah negara Eropah. Dia yang pernah berkhidmat di Jepun merupakan seorang pelaksana penting dasar tersebut. Dia mengatakan dasar pandang ke Timur itu gagal. Jumlah syarikat Jepun di Malaysia tidak mencukupi untuk menyerap graduan Malaysia dari Jepun dan mereka lemah berbahasa Inggeris maka sukar mendapat pekerjaan di syarikat-syarikat yang memerlukan kepakaran berbahasa Inggeris.
Tetapi bagi saya dasar tersebut menghadapi tamparan hebat apabila ekonomi malam dalam tahun-tahun 90an. Dalam kelembaban ekonomi Jepun, ekonomi Amerika pula bangun kembali melalui revolusi industri IT. Orang Amerika dan Eropah tidak bercakap lagi dengan "Japanese Miracle" atau gerun dengan gugatan dari Jepun. Memang Jepun nampaknya kembang sementara.
Dan tamparan kedua yang menyebabkan dasar pandang ke Timur hilang dari ingatan adalah kebangkitan ekonomi Cina dan India. Secara psikologi Mahathir tidak dapat berdepan dengan dua ketakjuban ekonomi ini. Kebangkitan ekonomi Cina dan India sudah jelas ditahun-tahun akhir pemerintahan Tun Mahathir. Mustahil beliau tidak mengetahuinya. Tetapi beliau tidak dapat merumus dasar untuk menghadapinya. Saya kira ada juga dimensi ras yang melumpuhkan akal Dr. Mahathir. Beliau boleh memuji dan mengagong-agongkan Jepun kerana tidak ada orang Jepun di Malaysia. Tetapi memuji Cina dan India akan mempunyai kesan politik yang mendalam kepada sistem politik perkauman dimana beliau dididik, dibesarkan dan tidak mahu keluar dari kepompong tersebut.
Sunday, July 16, 2006
Siapa kata Mahathir pandai? 2.1
Thursday, July 13, 2006
Siapa kata Mahathir pandai? 2
Perempuan cantik

Kawan-kawan di Jalan Telawi akan lebih marah dari Sisters in Islam bila membaca kisanya di Aficionado.
Wednesday, July 12, 2006
Buat Amanitium
Maka, di sebuah galeri seni lukis, di salah satu cabang Jalan Telawi, saya membacakan puisi-puisi cinta Bertolt Brecht. Goenawan Mohamad terbang khusus dari Jakarta memberikan wacana pendek, tetapi padat, tentang Brecht. Goenawan mengatakan Brecht seorang Marxis. Itu saya telah tahu. Dimasa mudanya dia telah mengindonesiakan beberapa puisi cinta Brecht. Itu saya tidak tahu sebelumnya. Tetapi, tambahnya, terjemahan Melayu Pauline Fan lebih bangus. Itu buat saya terperanjat. Ini setulusnya, tambah Goenawan. Bahasa Melayu Malaysia punya kemungkinan-kemungkinan yang lebih untuk permainan kata-kata. Dan Bahasa Melayu Indonesia boleh dikayakan olen bahasa Melayu Malaysia. Saya terpegun. Mas Goen adalah guru saya, guru saya menulis esei. "Tetapi," kata saya kepada Goenawan tatkala majlis telah selesai, "saya sudah berhenti membaca Cacatan Pinggir." "Kenapa?" penulis itu gusar. Ya, penulis mana yang tidak gusar apabila peminatnya tidak membaca tulisannya lagi. "Anxiety of Influence." Jawab saya. Goenawan ketawa, dan nampak lega. "Terima kasih, itu pujian."
Paulin pernah menulis untuk majalah Siasah yang saya pimpin suatu ketika dulu. Saya terkejut dengan kehebatan prosanya. Dia belajar bahasa Jerman hanya beberapa tahun lalu. Sekarang telah menterjemahkan puisi-puisi Brecht. Dia juga telah memelayukan Apa itu Pencerahan, karya I Kant dari bahasa Jerman yang akan saya terbitkan sidikit masa lagi. Dia juga sudah berjanji untuk memelayukan drama Lessing, dari bahasa Jerman, yang bertajuk Nathan yang Bijak.
Eddin Khoo, di majlis yang sama, membacakan versi Melayu puisi-puisi Christopher Merrill. Kris, begitu kami panggil dia, adalah penyair Amerika dan pengarah International Writing Program (IWP) di Iowa. Dia datang sempena pelancaran buku puisinya yang diterjemahkan oleh Eddin, seorang alumnus IWP. Meskipun juga alumnus IWP saya tidak begitu rapat dengan Kris. Begitupun dalam beberapa hari di Kuala Lumpur saya bawa dia ke sebuah restoran Kelantan di Pantai Dalam dan telah mengajar dia makan petai yang dicecah dengan sambal belacan dan tempoyak. Beberapa anak muda Kerinci dan Pantai Dalam meraikan Kris dan mentertawakannya menahan pedas. Dan anak-anak muda ini tidak melepaskan peluang dan berdebat dengan Kris tentang 9/11. Esok harinya saya bawa Kris ke satu kenduri kawin di Kerinci. Dia makan sambal tempoyak dan menepung tawar pengantin.
Mengapa Eddin, Pauline dan Kris jadi kawan baik saya? Mereka adalah tempat saya mencurahkan rasa keluh kesah dan keragu-raguan seorang penulis. Mereka tahu saya politisi, dan politisi perlu sentiasa yakin, bahkan perlu lebih yakin dari keyakinan. Dan keyakinan ini boleh merosakkan penulisan. Keyakinan yang berlebihan menutup ruang untuk meneroka. Dan penulis yang tidak lagi meneroka akan menjadi propagandis.
Saya mencemburui Eddin dan Pauline yang berani menterjemah puisi ke bahasa ibunda saya. Saya takut melakukannya dan setakat ini saya kekal sebagai penulis esei. Tetapi orang takut juga punya angan-angan. Dan angan-angan saya tidak kecil. Bertahun-tahun saya menyimpan angan-angan itu. Ianya rahsia. Dan rahsia itu saya pecahkan pada Kris pagi semalam, ketika saya minup kopi dengan tosei dan dia menghirup air liaci. Di Amerika, tiada laici seenak di KL, kata Kris.
Monday, July 10, 2006
Siapa kata Mahathir pandai? 1
Saya hanya ingin menyukat kebijakan TDM dengan beberapa pertanyaan, pertanyaan-pertanyaan yang bukan berhubung dengan persoalan peribadi tetapi tentang kesan "kebijakan" dengan dasar-dasar awam dan kesejahteraan rakyat Malaysia.
Kalau TDM benar-benar bijak mengapakan Malaysia hari ini, dari segi pendapatan per kapita, lima kali lebih miskin dari Singapura, dan tiga kali lebih miskin dari Taiwan dan Korea Selatan? Di zaman Tunku Abdul Rahman memerintah Malaysia adalah lebih kaya dari Taiwan dan Korea Selatan dan pendapatan per kapita Singapura adalah lebih kurang sama dengan Singapura. Jurang ini bermula dalam tahun 1970 dan terus melebar. TDM adalah perdana menteri yang lebih lama, dikatakan paling cerdik. Kalau beliau benar-benar pandai Malaysia sudah tentu dapat memotong kembali ketiga-tiga negara tersebut. Tetapi kadar lebarnya jurang pendapatan per kapita Malaysia dengan ketiga-tiga negara tersebut berlaku dengan lebih pantas dizaman beliau.
Ayam jadi kambing, maka tidak berkokok!

C'un: segala sudah berakhir ... Zizou membina mimpi kami dan juga membunuhnya, aku mengumumkan persaraan bersama kelukaan Zidane dan bersama tangisan Thuram.....
Zaman: Bek-bek
Firdaus: Semblih aje...ayam kita buat kenduri raikan kekalahan Perancis!
Dan Bani Pico della Mirandola menjulang piala, dalam hujan konfeti, mengelilingi stadium dengan iringan muzik paling tepat: "Perarakan Kejayaan (Triumphal March)" ciptaan komposer agong Itali Giussep Verdi (1813-1901). Muzik ini, sebahagian dari opera Aida, juga mengiringi Anwar Ibrahim tatkala menerima anugerah kedoktoran kehormat dari Universiti Ateneo de Manila, universiti Katolik terbesar di Asia, dalam tahun 1996 kerana sumbangan beliau dalam membentuk persefahaman antara agama.
Spegeti dan ayam
*****: Ayam tak berkokok esok pagi kerana telah disembelih oleh Itali.
Gadafi: Memang pun lawan dengan ayam tua yang nak pencen...
C'un: Jersi sudah dipakai, no 10 Zinedine Zidane. Malam ini adalah pesta bagi kami pengokong France.
Saba: Pizza xde delivery esok coz Itali makan ayam je esok.
Farhan: Ayam sembelihan itu digulai dan diratah bersama tempoyak JERMAN. HAHAH.
Zaman: La ni tengah kat padang training nak sembelih Itali. France memang world.
Hafiz: Les blues akan makan spegeti pagi ni.
Firdaus: Ayam Perancis tetap berkokok diawal pagi menandakan kemenangan.
Sunday, July 09, 2006
Jadilah nombor tiga!
Friday, July 07, 2006
Siapa bakal Khalifah bola?
Fathi Aris Omar, amir Islam Liberal cawangan Malaysia, tentunya akan menyokong pasukan dekonstruksi dan pacamodernisme. Kalau citaq-cita Fathi terkabul maka akan berlaku kolusi dengan hasrat Hizb Tahrir ingin melantik Zidane sebagai Khalifah bola global. Mahu tak mahu perlantikan ini akan berlaku secara kompetitif. Nampak Olympiastadion, Berlin akan menjadi seperti Saqifah Bani Saadah.
Thursday, July 06, 2006
Coupe du Monde: La France en finale! - macam tempoyak basi
Un penalty de Zinedine Zidane a offert à la France une victoire 1-0 contre le Portugal en demi-finale de la Coupe du monde de football et une place en finale contre l'Italie, selon un scénario identique à celui de l'Euro2000.
La finale du Mondial aura lieu dimanche à Berlin.
La France avait aussi éliminé l'Espagne en quarts en 2000 avant d'être sacrée championne d'Europe. Elle l'a cette fois battue en huitièmes.
Le Portugal affrontera l'Allemagne lors du match pour la troisième place samedi à Stuttgart.
Mengapa saya benci Perancis
Wednesday, July 05, 2006
Zidane lawan Figo

Mereka ada Zidane. Portugal ada Figo. Mereka ada Ribery. Portugal ada Ronaldo. Mereka ada Viera. Portugal ada Deco. Mereka ada Henry. Portugal ada Maniche.Portugal ada Scolari sebagai Zhu Ge Liang tetapi mereka tak ada cendekiawan ini. Scolari pakar strategi bola sepak!Itali sampai hari tak pernah concede a single gol sepanjang wc. Jika adapun ialah 1 own gol sahaja! Barisan Pertahanan begitu kukuh. Inilah ulasan She Yee Aun.
Kita selalu membanding jurulatih sebagai strategis dalam San Guo misalnya Zhuge Liang dan Sima Yi (gambar). Kalau kita bandingkan kapten pasukan sebagai jendral-jendral adakah Zidane itu Guan Yu dan Figo itu Zhao Zilong?
ab imo pectore: Ballack cam hampeh!
Menanti Ballack beraksi

Saya sebenarnya telah mengenakan moratorium pada diri saya sendiri, tidak akan ngobrol politik sebelum Ballack menjulang piala dunia bagi pasukan Jerman. Tetapi peristiwa demi peristiwa menggatalkan saya untuk melanggar moratorium tersebut. Semalam saya terserempak A Kadir Jasin di Kinokuniya. Dia sedang minum kopi bersama Jayasekaran di kafe kedai buku itu. Dia pelawa saya minum sekali. Saya minum bersama dan sebelum berpisah Kadir menjawab handphonenya yang berbunyi. Kadir memberitahu Jayasekaran, seorang wartawan Straits Times Singapura, bahawa Tun Mahathir akan ke Kelantan pada 27 Julai. Sebelum itu Kadir memberitahu bahawa usaha Khalil Yaakob menjadi orang tengah antara Perdana Menteri dengan mantan Perdana Menteri tidak berhasil. Saya tidak kisah perkara ini. Lagi lama PM bergaduh dengan Tun M adalah lebih bagus. Segala institusi-institusi opresif pemerintah akan lemah sedikit, hasilnya rakyat akan lebih bebas. Pak Lah bukan seorang liberal, atau orang yang percayakan kebebasan. Dia tidak percaya kepada kebebasan sebagaimana Mahathir tidak percaya kepada kebebasan dan hak asasi manusia. Pak Lah lemah, maka dengan sendirinya dia tidak dapat menjadi opressif seperti Tun M.
Saya juga tidak kisah siapa yang akan jadi tuan rumah, atau pelantar baru Tun M melancarkan peluru berpandunya kepada PM. Ibrahim Ali ada, Dolah Kok Lanas ada. Mereka bersedia melakukan apa saja untuk mantan PM itu mengambil kesempatan dari kelemahan Pak Lah. Mungkinkah Tengku Razaliegh akan turut serta? Bukan sahaja ianya tidak mustahil, malahan sudah hampir barang pasti. Husam Musa kelihatannya mengaturkan langkah penyertaan Tengku Razaliegh untuk menyambut secara besar-besaran kedatangan Tun M ke Kelantan. Husam mengadakan pertemuan sulit dengan Tengku Razaliegh dan Dolah Kok Lanas di Hotel MiCasa jam satu tengahari tadi. Pertemuan Husam-Ku Li-DKL itu semestinya sulit, sulit khususnya bagi pihak Husam, jika tidak mengapa dia cabut lari apabila ternampak beberapa pemimpin Keadilan yang kebetulan datang untuk makan tengahari di coffee house hotel tersebut.
Tetapi apa yang saya peduli kalau orang yang masih dipanggil oleh sebahagian besar ahli-ahli Pas sebagah Mahafiraun dijadikan tetamu kehormat oleh kerajaan Pas Kelantan. Itu adalah hak mutlak Pas. Pas berhak melakukan constructive engagement dengan mana-mana pihak sekalipun, termasuk individu yang tidak lama dahulu disalak oleh pemimpin-pemimpin Pas kerana menghina Nabi justeru mengatakan Nabi menyimpan janggut kerana dizamannya tidak ada pisau Gillette. Dan salakan tersebut dengan laungan takbir.
Sebagai seorang aktivis Keadilan yang tak berjawatan saya mengharap pemimpin-pemimpin tertinggi parti saya tidak terlalu gubra dengan isu pertemuan pemimpin-pemimpin Pas dengan Tun M. Bagi saya, saya hanya melihatnya sebagai satu masterpiece lelucon politik dengan gelagat mereka sebegitu khusuk dan tawadhu' mendengar justifikasi mantan PM itu yang cuba menegakkan benang basahnya. Saya paling gembira sekali melihat gambar Tun M dengan tangannya mencengkam, secara lucu, secara amat intim, lengan kiri Timbalan Presisen Pas Nasharuddin M Isa. Belum pernah saya melihat gambar Tun M yang menampilkan sifat yang sebegitu maknusiawi. Dan gambar itu authentic sekali, seperti authenticnya beliau menangis di perhimpunan agong Umno.
Sebenarnya apa yang mendorong saya melanggar moratorium ini adalah kenyataan Presiden Pas Hadi Awang yang menjelaskan alasan partinya menghantar pemimpin-pemimpinnya untuk mendengar pidato Tun M 24 Jun lalu. Antara lain beliau berhujah: 1. "Pihaknya bimbang krisis Mahathir-Abdullah boleh mengancam ketenteraman awam." 2. "Pas juga bimbang pertelagahan tersebut akan menjejaskan imej negara diperingkat antarabangsa."
Saya cuba menyegar ingatan. Bukankah Haji Hadi baru-baru menyokong tindakan demonstrasi, dan demonstrasi yang kadang-kadangan melibatkan pegaduhan dengan polis. Tidakkah ini lebih menjejaskan ketenteraman awam dan menjejaskan imej negara dari sekadar pertikaman lidah antara dua manusia. Bukankah pertikaman lidah seperti ini amat baik bagi pertumbuhan demokrasi?
Cukuplah. Saya mahu simpantenaga, tenaga yang perlu untuk ditumpukan kepada aksi "little Kaiser," maestro midfield Michael Ballack.
Tuesday, July 04, 2006
Aufklarung lawan Risorgimento

Antara Jerman dengan Itali saya sungguh sunguh berbelah bagi. Bagaikan termakan buah kepayang. Apabila menyebut Jerman kita jangan ingatkan Hitler dan Holocaust. Jerman meningatkan saya kepada Immanuel Kant, filasuf nomber wahid Pencerahan (Enlightenment) atau Aufklarung dalam bahasanya sendiri. Bahkan Kant yang memberikan difinasi kepada Percerahan sebagai kemunculan manusia dari ketidakmatangan yang dipaksanakan kepada diri sendiri. Maka Ballack adalah kapten kepada tim bola Aufklarung. Bukan sekadar Aufklarung, bangsa itu juga melahirkan Bach, Mozart dan Beethovan. Dan dunia ini sepi tanpa makna tanpa sifoni nomber 9.
Dan Itali mengingatkan saya kepada Giacomo Puccini (gambar) yang membaca opera kepuncaknya dengan dengan Tosca, Turandot, Madama Butterfly dan La Boheme. Dan khususnya Tosca adalah berlatar belakangkan perjuangan politik nasionalisme liberal, perjuangan melawan pendudukan asing dan penyatuan Itali yang dikenali sebagai Risorgimento (Kebangkitan). Risorgimento itu sendiri adalah dilahirkan oleh idea-idea Pencerahan dan menjurus kepada perjuangan politik liberal yang menekankan kebebasan dan perlembagaan.


