Saya tidak mempelopori Pencerahan. Pencerahan itu terlalu besar untuk saya pelopori. Pencerahan dipelopori oleh pemikir-pemikir seperti Immanuel Kant, Voltaire, John Locke, David Hume dan lain-lain. Saya dan IKD sekadar memperkenalkannya kepada masyarakat Malaysia. Saya melakukan ini kerana saya berkeyakinan Pencerahan itu perlu diketahui masyarakat Malaysia yang berpendidikan. Rata-rata graduan universiti Malaysia tidak pernah mendengar istilah Pencerahan. Ini bukti kegagalan sistem pendidikan kerana mahasiswa yang tidak tahu Pencerahan tidak tahu asal usul zaman ini. Tanpa Pencerahan tidak akan ada apa yang disebut sebagai modeniti dan kita tidak akan mengerti dunia moden. Saya telah membuat penjelasan tentang Pencerahan dalam pengantar kepada risalah I Kant yang bertajuk Apa itu Pencerahan.
Apakah dengan mempopulerkan Pencerahan saya kebaratan? Antara penulis-penulis Melayu saya yang paling banyak menulis tentang Mahabharata, satu epik India, sehingga saya dituduh kehinduaan. Saya juga menulis tentang San Guo Yang Yik (Kisah Tiga Negara (epik Cina). Saya terlibat mempopularkan buku Ibn Rushd yang bertajuk Fasl al-Maqal sehingga membawa penterjemahannya ke Melayu. Saya dan rakan-rakan juga membedah otobiografi intelektual al-Ghazali yang bertajuk al-Munqiz min al-Dalal dan saya menggesa rakan-rakan meneroka pemikiran Ibn Arabi.
Kant adalah pemikir barat. Betul. Lawan atau kawan kita perlu memahami barat. Bagi saya carat untuk memahami barat bukan melalui kritikan S Qutb atau Hasan Nadwi tetapi melalui karya-karya pemikir-pemikir besarnya. Dan Kant adalah salah seorang pemikir barat yang terbesar dan pemikir terbesar Pencerahan.
Thursday, June 28, 2007
Wednesday, June 27, 2007
Jawapan 1: A A Gym
Saya memang tidak berminat dengan A A Gym. Kalau ada orang lain yang meminatinya, silakan. Kenapa saya tidak meminati kiyai itu: Pertama gerakannya merupakan gerakan populis yang tidak berteraskan ilmu. Mirip seperti al-Arqam dalam aspek "kultus peribadi". Dalam setiap produk yang dijual oleh gerakannya ada tertempel gambar kiyai itu. Beliau menjadikan dirinya sebagai selling point. Kedua: gerakan itu bersifat sentimental. Ambil saja konsep "manjemen qolbu" a.k.a MQ. Maka pendewa-pedewa beliau mengaktakan ini mengikut tasauf. Wacana-wacananya pada saya tampak dangkal. Tasauf yang saya pelajar dan diajarkan adalah jauh lebih mendalam. Kalbu bukan perasaan. Kalbu juga tempat akal atau intelek. Penghuraian lebih lanjut boleh dibaca dalam tulisan-tulisan al-Ghazali dan pengikut-pengikut al-Ghazali dirantau ini seperti Abdul Samad al-Falimbani.
Saya menegaskan sifat ilmu kerana ilmu begitu ditegas dalam al-Qur'an. Kerana penegasan terhadap ilmu itulah Islam mencipta tamadun. Ceramah yang membuatkan pendengar-pendengarnya mengalir dan mengesat air mata - seperti yang selalu berlaku dalam A A Gym - tidak akan membina tamadun. Bukannya menangis kerana kesedaran dan taubat itu salah. Taubat itu bagus. Yang saya kritik adalah ketiadaan landasan ilmu. Tanpa kebangkitan ilmu tidak akan ada kebangkitan Islam yang sejati.
Saya menegaskan sifat ilmu kerana ilmu begitu ditegas dalam al-Qur'an. Kerana penegasan terhadap ilmu itulah Islam mencipta tamadun. Ceramah yang membuatkan pendengar-pendengarnya mengalir dan mengesat air mata - seperti yang selalu berlaku dalam A A Gym - tidak akan membina tamadun. Bukannya menangis kerana kesedaran dan taubat itu salah. Taubat itu bagus. Yang saya kritik adalah ketiadaan landasan ilmu. Tanpa kebangkitan ilmu tidak akan ada kebangkitan Islam yang sejati.
Saturday, June 23, 2007
parit pencerahan

Tengah hari tadi saya ke Parit Kuda ke majlis perkahwinan adik perempuan Hasmi Hashim. Hasmi adalah politikus muda yang melontarkan gagasan pencerahan ke arena politik kepartaian. Parti Keadilan sedikit di gegarkan oleh Tim Pencerahan yang diketuai oleh Hasmi sendiri. Saya menjangkakan Hasmi mendapat idea pencerahan dari Jalan Telawi. Apakah kemungkinan beliau mengambilnya dari Parit Jawa, hanya beberapa batu di utara Parit Kuda? Sepulang dari majlis, semasa memandu pandangan saya terimbas dengan sebuah sekolah menengah agama. Saya putar balik untuk membuat kepastian dan mengambil gambar dengan handphone untuk bahan bukti. Sebelum kami mengagaskan konsep Islam Tanwiri rupa-rupanya sudah ada sekolah agama yang dari namanya membayangkan komitmen terhadap pencerahan. Mengapa orang-orang KL ingin mempersoalkan konsep Islam Tanwiri sedangkan warga qariah Parit Jawa telah terlebih dahulu mendedikasi sebuah sekolah menengah untuk maksud tersebut!
Wednesday, June 20, 2007
Akan saya jawab!
Seorang pengunjung, Farrel, memberikan ulasan terhadap kiriman al-Attas, Camus dan Sisyphus. Ulasan Farrel hampir tidak berkaitan dengan wacana yang saya buka. Namun beliau mengangkat beberapa persoalan, persoalan-persoalan yang menimbulkan polemik tentang saya dan IKD. Pernah polemik ini, lebih mirip kepada fitnah, terpampang di muka pertama harian Metro. Namun saya tidak berminat untuk membeli pantun-pantut fitnah tersebut. Kerana Farrel meminta meminta penjelasan secara jujur tetang tanggapan beliau terhadap pemikiran dan tulisan-tulisan saya maka saya kira saya perlu memenuhi permintaan tersebut. Sebelum saya menjawab elok saya bentang ulsan penuh Farrel: Salam,Sejujurnya saya amat tertarik dgn idea pencerahan yang dipelopori oleh Pak Khalid, Saudara Hasmi dan teman2, saya juga tertarik dgn idea manajeman qolbu (MQ) yg dipelopori oleh KH Abdullah Gymnastiar atau dikenali sbgai Aagym (xperlu sy kupas lebih lanjut dan Pak Khalid lebih maklum).Merujuk kpd penulisan Pak Khalid dlm "Seruan Keadilan" suatu ketika dulu yg menyatakan wujud persamaan antara al-Arqam dgn MQ dan dengan terbuka Pak Khalid mengkritik idea MQ melalui penulisan ketika menjadi Ketua Penerangan KEADILAN (tak silap saya-maaf kalau tersalah), dimana menurut Pak Khalid MQ menceduk konsep Al-Arqam dan menyimpang dari ajaran Islam. (seolah2 menyatakan MQ - mirip sesat). Agak keliru bila memikirkan kenyataan tersebut. Kekeliruan sekali lagi berlaku dlm benak hati saya dgn kemunculan idea pencerahan yg dipelopori oleh Pak Khalid, kelihatan idea ini berkiblatkan tokoh2 falsafah barat sehingga menimbulkan pelbagai persoalan yg menyatakan IKD mengetuai Gagasan Islam Liberal atau dlm ertikata lain “mengKristianisasikan Islam”. (atau memBARATkan Islam bukan bermaksud memurtadkan Islam).Sebagai penyokong hujah, IKD dgn jelas bekerjasama dan ditaja oleh Konrad Adenauer Foundation.merujuk kepada wikipedia.org :"The Konrad Adenauer Foundation (Konrad-Adenauer-Stiftung) (KAS) is a German research foundation associated with that country's Christian Democratic Union. It was founded in 1956 as the "Society for Christian Democratic Education Work" and renamed after the former Chancellor Konrad Adenauer in 1964. The foundation has its seat in Wesseling near Bonn.It is the largest of the politically affiliated research foundations in Germany, with an annual budget of around €100 million, most of which it receives from government. It funds policy research, in the mould of a think tank, but the larger part of its sponsorship is research in the social sciences not directly connected to framing policy."Persoalannya. Bolehkah teori MQ disamatarafkan dgn teori2 pencerahan? (maksud saya kedua-dua ini "menyimpang" dari Islam) Mungkin bezanya MQ didasari oleh Al-Quran & Al-Hadith manakala idea atau gagasan pencerahan didasari oleh teori2 ahli falsafah barat. Sesungguhnya secara jujurnya kedua-dua teori ini amat menarik minat saya kerana kedua-duanya berpaksikan nilai-nilai rasional mengatasi emosional. Pada hemat saya kedua-dua idea ini amat ideal dan praktikal untuk menjadi dasar kepada sesebuah parti atau organisasi berbanding teori-teori atau idea-idea lain.Dengan rendah hati dan penuh pengharapan. Saya mohon penjelasan, bukan utk menguji, tapi benar2 memerlukan jawapan. Mohon pak khalid jelaskan!Wallahualam,Farrel – mencari keadilan dalam hati Harap Pak Khalid dpt merujuk diskusi Pencerahan menerusi ruangan komen dibawah:https://www.blogger.com/comment.g?blogID=5331086158980401464&postID=7722495330425861399&isPopup=true
8:27 PM
8:27 PM
Friday, June 15, 2007
Penelope dalam al-Qur'an?

Munirah, pengunjung baru ke blog saya, bermurah hati untuk memberi komentar. Dan dia menyebut sesuatu yang saya tidak ketahui sebelum ini. Saya ingin menceritan kisah Sisyphus yang dihukum menolak batu kepuncak gunung. Munirah mengatakan ada cerita dalam al-Qur'an tentang perempuan yang menenun kain dan merungkaikannya semula. Saya menjawab kisah itu adalah tentang Penelope, isteri Oddyseus yang setia, menunggu suaminya selama 20 tahun, yang terdapat dalam puisi Homer. Bila saya menyemak rujukan yang diberikan oleh Munirah dalam al-Qur'an saya dapati beliau benar. Ayatnya dalam surah al-Nahl (Lebah):19 adalah: "Dan janganlah kamu menjadi seperti perempuan yang telah merombak satu persatu benda yang dipintalnya sesudah ia selesai memintalnya dengan teguh." Konteks ayat tersebut adalah celaan kepada mereka yang membuat janji dan mungkir pada janji. Membuat janji adalah seperti menenun kain, dan memungkirinya seperti membuka semua tenunan tersebut. Inilah yang dilakukan oleh Penelope. Dia menenun kain, kain kapan untuk bapa mertuanya, bapa Oddyseus. Penelope menenun kain sebagai satu helah. Anak-anak muda dan putera-putera negerinya gila untuk mengahwini Penelope yang cantik dan masih setia menunggu suaminya yang tidak pulang-pulang dari Perang Troy yang telah selesai 10 tahun lalu. Kerana tidak tahan desakan mereka Penelope membuat helah: "Saya akan mengahwini salah seorang dari kamu apabila aku selesai menenun kain kapan mertuaku. Aku tidak mahu dicela bila mertuaku mati tidak mempunyai kain kapan." Penelope menenun dihari siang dan merungkaikannya kala malam. Penelope dikhianati oleh salah seorang pelayannya. Dia ditangkap pada suatu malam oleh pemuda-pemuda tersebut tatkala sedang merungkaikan tenunannya.
Adalah al-Qur'an merujuk kepada kisah Penelope?
Gambar: Dewi Athena datang dalam mimpi Penelope membawa berita kepulangan Oddyseus.
Subscribe to:
Posts (Atom)

