Saturday, September 29, 2007

Ulat-ulat buku bersatulah!

Sertailah Shelfari! Boleh cari saya di sana dan boleh jadi kawan saya dan kawan-kawan ngan kutu-kutu Telawi. Kalau mahu tompang tui dengan perdebatan sertai gerup "Akal Bergolak" dan "Melayu". Gerup "Melayu" dijayauruskan oleh Jiwa Rasa, orang pandai dari utara. Boleh ikut juga perkembangan bahasa rojak global yang diciptakan oleh Rastom, sorang lagi orang bijak utara.


Shelfari is a social media site where an online community of book readers come together to share interests, opinions and recommendations about books. Shelfari is the first product from Taste Makers, Inc, company created by Josh Hug, Kevin Beukelman, and Mark Williamson, in May 18, 2006. Shelfari was launched on October 11, 2006.[1] Individuals are able to sign up for free and register an unlimited number of books.

In February 2007, Amazon.com reportedly invested $1 million in Shelfari.[2] In May 2007, Shelfari have partnered up with BookExpo America (BEA) to create Lit Insiders, combining the online Shelfari experience with an event at BEA.[3]

On June 7, 2007, Shelfari updated the "Book pages" to increase the social aspect of the site and user experience.[4]


Tuesday, September 25, 2007

Nurin dan Adam Smith


Saya tidak suka membaca berita tragedi atau kisah sedih. Ini berbeda sekali dengan Penelopeku. Dia akan baca huruf demi huruf berita atau kisah seperti ini. "Bang, kena tahu berita macam ini." "Hm," itu sahaja yang boleh saya jawab, tetapi jawapan dalam hati adalah lebih panjang dan philosophical, "saya tidak mahu tahu derita manusia yang saya tidak berdaya untuk menyelesaikannya."

Nah minggu lalu sungai air mata mengalir penuh di Malaysia, dan air mata itu majmuk, air mata Jawa, air mata Banjar, air mata Bangla, air mata Tamil, air mata Malayam, air mata Tamil, air mata Cina, air mata Gragos, Dayak, Iban dan lain-lain. Dan air mata itu adalah kerana kisah Nurin. Kali terakhir saya mengalirkan air mata adalah kerana menonton "Winter Sonata". Saya sudah tidak sanggup lagi. Bagaimana semua bangsa-bangsa di Malaysia mengalirkan air mata. Siapa yang boleh menjelaskannya.

Penjelasan yang paling jitu datangnya dari sumber yang kita tidak sangka-sangka -- Adam Smith. Bacalah ayat pertama dari The Theory of Moral Sentiments:



[H]ow selfish soever man may be supposed, there are evidently some principles in his nature, which interest him in the fortune of others, and render their happiness necessary to him, though he derives nothing from it except the pleasure of seeing it. Of this kind is pity or compassion, the emotion which we feel for the misery of others, when we either see it, or are made to conceive it in a very lively manner. That we often derive sorrow from the sorrow of others, is a matter of fact too obvious to require any instances to prove it; for this sentiment, like all the other original passions of human nature, is by no means confined to the virtuous and humane, though they perhaps may feel it with the most exquisite sensibility. The greatest ruffian, the most hardened violator of the laws of society, is not altogether without it.

Saturday, September 22, 2007

Wacana sahur: "The Trap"


Kawan-kawan ajak saya menyertai 'puting beliong akal' di Jalan Telawi esok malam. Saya ingin memberi repons kepada dokumentari Adam Curtis yang bertajuk "The Trap". Boleh lihat dalam Youtube. Saya runsing dengan konklusi rencana itu. Rencana itu cuba menolak esei Isaiah Berlin (gambar) yang terkenal dan berpengaruh "Two Essays on Liberty". Berlin membahagi kebebasan kepada dua jenis, kebebasan negatif dan kebebasan positif. Saya kena baca kembali esei tersebut.

Thursday, September 20, 2007

"Abad Diri"


Percayakah anda Marilyn Monroe adalah pembunuh psikoanalisis? Ikuti siri rencana tiga bahagian bertajuk "Century of the Self". Bahagian pertama "Happiness Machine," bahagian kedua "Engineering of Consent", dan bahagian ketiga "There is a Policeman inside our Head". Saya amat meminati psikoanalisis tapi belum sempat memberikan masa untuk membacanya. Satu-satu karya Freud yang saya adalah "Moses and Monotheism" dan saya sungguh kagum dengannya. Dalam dokumentari ini didedahkan bagaimana psikoanalis digunakan bukan sahaja untuk tujuan konsumerisme tetapi juga untuk kawalan politik dalam demokrasi massa. Namun kemudian berlaku pemberontakan terhadap teori Freud dan ikuti bagaimana peranan Marilyn Monroe menjatuhkan teori Freud itu dari singgahsananya. Dokumentari ini boleh dilihat dalam YouTube dalam koleksi Milah65 yang amat meransang minda.

Skandal CJgate


Mari kita panggil ianya sebagai "Skandal CJgate". Puluhan ribu sudah menonton video skandal tersebut melalui Malaysiakini. Besok Majlis Peguam akan bermesyuarat membincangkan skandal yang menggegarkan negara. Saya dihubungi oleh KLpos yang meminta ulasan. Saya ulas di sana antara yang saya sebut adalah Tun Ahmad Fairuz perlu dihadapkan ke tribunal seperti yang pernah dilakukan kepada Tun Salleh Abas. Kita harus berterima kasih kepada "Deep Throat" yang memberikan video ini kepada Anwar Ibrahim. Dalam video itu kelihatan peguam V K Lingam seperti siap untuk berpesta kerana ada botol wain di atas meja setinya. Dia kelihatan ingin menunjukan kehebatannya di hadapan sesaorang. Mungkinkah ada perempuan cantik di depannya yang di mahu 'impress'kan?

Saturday, September 15, 2007

Komrad Terakhir

Saya melawat Tembok Besar Cina, bukan Tembok Besar yang dibina oleh maharaja Cina yang pertama, Shih Huangdi, tetapi bahagian tempok yang menjadi tumpuan pelancung yang dibina dizaman Dinansti Ming. Ia terletak di Badaling, kira-kira sejam dari Beijing dengan kereta. Saya mendaki, dan siapa yang saya temui? Jangan panik. Saya bertemu orang yang mengaku dirinya sebagai Komrad Terakhir. Setelah saling bertukaran "ni hao" saya menghujani sang komrad, dan dia tidak bertopeng, dengan soalan. Saya menyoalnya tentang Revolusi Kebudayaan, tragedi Cina dan tragedi kemanusiaan yang menelan jutaan korban. Dia menarik nafas sambil berkata "ceritanya panjang." "Saya berumur sepuluh tahun tatkala revolusi itu bermula. Ayah adalah salah seorang dari korban. Dia ketika itu professor kesusasteraan Perancis di Universiti Peking dengan pengkhususan pada Marcel Proust. Dia hafal dari kulit ke kulit À la recherche du temps perdu. Suatu pagi dia ke universiti untuk mengajar seperti biasa dan tidak pulang-pulang. Pihak universiti memberitahu ibu ayah dihantar ke sebuah kampong di Hunan untuk dididik semua dan dibersihkan dari pemikiran burjuis." "Secara ringkas boleh difahami dalam satu rencana BBC Philip Short, penulis biografi Mao Zedong, dalam Youtube."

Friday, September 14, 2007

Friendship Hotel


Saya diberitahu hotel ini dibina oleh Russia tahun 1950an sebagai tanda persahabatan antara dua kuasa komunis dunia. Kerana hotel komunis maka amat sederhana tetapi setelah diubah suai beberapa tahun lalu hotel ini kelihatan amat burjuis. Seminar yang saya hadiri berlaku di Universiti Peking, hanya sepuluh minit dengan kereta dari hotel ini.

Thursday, September 13, 2007

Hebat Yahudi ni!


Ramadhan karim! Saya perkenalkan professor Norman Finkelstein, pengkritik apa yang beliau sebut sebagai 'Industri Holokos'. Belau gagal mendapat tenure atau jawatan professor tetap di Universiti De Paul. Kenapa beliau gagal? Hasil dari kempen seorang Yahudi yang lain, Allen Dershowitz, professor hukum dari Universiti Harvard. Inilah kenyataan beliau. Latar belakang tengang peristiwa tersebut boleh diikut dalam laman rasmi sarjana tersebut: Norman G. Finkelstein.

Sunday, September 09, 2007

Terbang ke Utara

Lupakan "Pandang ke Timur," ayuh kita terbang ke Utara. Saya akan ke sana sebentar lagi. Insya Allah saya akan berada di Peking University, universiti terbaik di Asia dan no 14 di dunia. Dan jangan lupa Universiti Malaya adalah pada nombor 200! Satu kajian Wharton mengatakan dalam dua dekad ekonomi Cina akan jadi ekonomi terbesar di dunia. Dan Chinese Academy of Sciences adalah institusi sains bukan universiti yang kedua terbaik di dunia. Yang pertama? Max Planck Society di Jerman. Dan dalam pesawat saya bercadang membaca adi karya Mo Yan "Big Breast and Wide Hips." Apa kata pengulas tentang novel ini? Di bawah adalah ulasan dari Publishers Weekly:

Ripe with spectacular detail and unflinching in its portrayal of the Shangguan family, this latest saga by Mo Yan (Red Sorghum) is a lavish feast for the senses sprawling across several decades and political regimes in 20th-century China's quasi-fictional North Gaomi region. Mo Yan's writing is bold and sometimes flinty as it draws humor from the direst of sources, and the story—the elaborate, fleet and episodic plot—is arresting and satisfying. The book opens as two creatures struggle to give birth: Shangguan Lu, the beleaguered mother of seven daughters, and the family donkey, who ends up getting the wealth of aid and sympathy from Lu's mother-in-law. It's a revealing scene that effectively lays out the themes of Mo Yan's brutal, inspired work and suggests the significance of its title: in a harsh environment like rural China where survival is not guaranteed but a privilege fought for every day, humans, and especially women, have only their bodies and their animal instincts to depend on, with fate often stepping in to play a cruel hand. However, this doesn't stop the daughters of grimly resolute Lu from developing into a clan of steely-eyed women who throughout the book make choices and meet destinies that are at turns heartening, vicious and breathtaking. Most of the book is narrated by Jintong, the weak and spoiled son who breast-feeds well into childhood, provoking derision and disgust from his sisters. His lack of stature makes him a compelling narrator, a frontline observer who is invested in the outcomes but always something of an outsider. The constant violence, rendered in Mo Yan's powerhouse prose, may make this too graphic a read for some, but those who are able to see the violence for what it is—an undeniable aspect of rural Chinese life—will find this a deeply rewarding book.

Thursday, September 06, 2007

Romanza


Siapakah yang menggantikan suara Pavarotti yang telah diangkat ke langit. Saya memberikan undi kepada Adrea Bocelli, tenor Itali yang cacat penglihatan. Untuk mendengar Nossum Dorma saya tidak akan memilih Bocelli. 'Tanda tangan' suara Bocelli bukan pada Nossum Dorma. Beliau akan diingati dengan Con Te Partiro.
Tatkala saya serumah dengan Pendekar Jawa, dan juga 'Radin Ronggo' di Kemang Selatan, Jakarta, zaman reformasi, lagu ini sering kedengaran melalui saluran tv. Maka saya membeli album 'Romanza' di sebuah kedai muzik di Blok M. Ia membuatkan saya makin rindu. Kemudian keluar versi duet bersama Sarah Brightman 'Time to Say Goodbye". Tetapi saya perlu mengatakan kepada siapa?

Dan suarapun dipanggil ke langit


Dunia kehilangan suaranya, dan akupun berkabung bersama-sama mereka yang bersyukur kepada Ilahi kerana memberikan Luciano Pavarotti kepada dunia. Dan dengarlah Nossum Dorma, buat kali pertama atau untuk kesekian kalinya. Saya mengirim sms untuk memberitahu berita pemergian Pavarotti pada salah seorang peminatnya di Malaysia, iaitu Anwar Ibrahim. Dia membalas: "tenggelamnya kemerduan suara." Sepuluh tahun berkhidmad dengan Anwar Ibrahim membuka pintu-pintu peluang. Pertamanya dapat masuk gedung-gedung buku terbesar di dunia. Dan ini amat penting sebelum Kinokuniya tiba di KL. Dan salah satu peluang yang tidak boleh dilupakan adalah menonton konsert Three Tenors -- Pavarotti, Domingo dan Carreras -- di Stadium Wimbledon. Dan kami menonton di tengah-tengah hujang. Mujur kami di tempat beratap. Di kerusi-kerusi yang lebih mahal hanya beratapkan langit. Dan membuka payung di larang sama sekali!

Monday, September 03, 2007

Hantu!

Hantu betul Philip Roth. Saya ingat pada usia sekarang dia seharusnya berhenti menulis, bertaubat dan mula beribadat. Saya ingatkan setelah membaca "Everyman" saya telah membaca novel Roth yang terakhir. Lagipun "Everyman" itu kisah orang tua, kisah uzur yang berakhir dengan kematian. Saya ingatkan Roth telah menulis talkin untuk dirinya sebagai penulis. Memang hantu betul, beberapa minggu lagi novel terbaru Philip Roth akan ke pasaran. Sebagai pembaca setia novel-novel penulis Yahudi ini maka saya terpaksa kena pergi ke Kinokuniya untuk membuat pesanan. Dan saya ingin mengekalkan rekod orang Malaysia yang pertama membaca novel terbaharu Roth. Adakah ini novel terakhir beliau? Kalau dia masih boleh bagun dan mengetip komputer saya yakin si Yahudi itu sekarang ini sedang menulis novel baru. Novel terbaharu ini nampaknya menutup kisah seorang alter egonya -- Nathan Zuckerman. Tetapi dalam novel-novelnya Roth mempunya seorang lagi alter ego iaitu Dr. Keppesh, seorang professor yang gila seks. Dalam "Dying Animal" professor tua itu masih galak lagi melakukan skandal seks dengan siswi-siswi yang separuh lebih muda darinya. Nah, sebelum dia mati dia juga kena tutup kisah Dr. Keppesh. Kalau tidak watak Dr. Keppesh akan mengutuk sang pencita wataknya. Di bawah ini saya kepilkan catatan lebih lanjut tentang novel itu. Terlalu capek untuk diterjemahkan. Saya potong dan tampalkan dari Amazon.com.

Philip Roth's 28th book is, it seems, the final novel in the Zuckerman series, which began in 1979 with The Ghostwriter. A 71-year-old Nathan Zuckerman returns to New York after more than a decade in rural New England, ostensibly to see a doctor about a prostate condition that has left him incontinent and probably impotent. But Zuckerman being Zuckerman and Roth being Roth, the plot is much more complicated than it at first appears. Within a few days of arriving in New York, Zuckerman accidentally encounters Amy Bellette, the woman who was once the muse/wife of his beloved idol, writer S.I. Lonoff; he also meets a young novelist and promptly begins fantasizing about the writer's young and beautiful wife. There's also a subplot about a would-be Lonoff biographer, who enrages Zuckerman with his brashness and ambition, two qualities a faithful Roth reader can't help ascribing to the young, sycophantic Zuckerman himself. As usual, Roth's voice is wise and full of rueful wit, but the plot is contrived (the accidental meeting with Amy, for example, is particularly unbelievable) and the tone hovers dangerously close to pathetic. In the Rothian pantheon, this one lives closer to The Dying Animal than Everyman. (Oct.)
Copyright © Reed Business Information, a division of Reed Elsevier Inc. All rights reserved.