Sunday, December 30, 2007

Sultan dan Führer 1


Semasa hayatnya dia adalah antara manusia terkaya di dunia, seperti Sultan Brunai hari ini. Dia mewarisi tahta kesultanan Johor dari bapanya Sir Sultan Abu Bakar. Sultan Abu Bakar yang mendapat jolokan Bapa Pembaharuan Johorememulakan sistem raja beperlembagaan dengan memberikan negerinya perlembagaan yang bernama Undang-Undang Tubuh Negeri Johor.

Sultan Abu Bakar juga pengasas kepada Dasar Pandang Ke Timur, jauh mendahului Mahathir Mohamad. Dalam tahun 1906, dua puluh tahun sebelum bekas perdana menteri itu berada dalam rahim ibunya, majalah al-Imam yang diterbitkan di Singapura memuji-muji sang Sultan kerana melawat Jepun kerana baginda terdorong untuk menangkat mertabat rakyat seperti yang dilakukan oleh pemerentahan Meiji. Dan tradisi Pandang Ke Timur ini diteruskan oleh puteranya Sultan Ibrahim yang melawat Jepun tahun 1936. Sultan itu disambut secara besar-besaran dan dipuji oleh Jepun kerana melindungi kepentingan Jepun di Johor. Menjelang Perang Pasifik Jepun telah menjalankan diplomasinya dengan golongan aristokrat Melayu.

Friday, December 28, 2007

chating filsafat

Nah, alangkah nikmatnya kalau dapat bercating filsafat. Di bawah ini saya tampalkan chating saya sebentar tadi dengan kawan saya. Saya kenal dia sebagai penjual insuran. Jangan main-main, ejen insuran juga boleh jadi filasuf.

Liaukokfa
h:
dulu in China about 2000 year ago,
ada seorang falfasa (baca filasuf) Zhaong Chi
ada satu hari ia jumpa kawan, dia pun cakap
tengoh ikan berenang di sungai
mereka begitu gembira.
kawan dia jawap kamu bukan ikan, macam you tau ikan itu gembira?
me: dui!
liaukokfah: Zhaong pula jawap, kau bukan saya, macam you tau i taktau ikan itu gembira?
me: ini sudah postmodern!
liaukokfah: so you are no me, how you know i dont know you tak faham?
me: ha ha! Ni shi ta ren!

Friday, December 21, 2007

Akaun Liberal


Bila hujung tahun tiba akaun perlu ditutup. Pernilaian akan dibuat, untung atau rugi. Gerakan liberal juga perlu menutup akaun tahun 2007. Untungkah, rugikah. Ada satu kejayaan liberal yang sungguh besar dalam tahun 2007. Kita semua tahu bahawa kebebasan itu berakar kepada hak milik peribadi atau private property. Ini disebutkan oleh John Locke. Dan jauh sebelum itu oleh Rasulullah dalam khutbah Haji Perpisahan.

Mengapakah komunisme itu merupakan ideologi yang paling tidak liberal? Kerana ia tidak mengiktiraf harta milik peribadi dan ingin menghapuskan di mana saja ia ditemui bila komunisme berkuasa. Kita semua maklum bahawa Parti Komunis Cina adalah parti komunis yang tersebesar di dunia. Nah di sanalah kejayaan liberal yang terbesar di capai.

Dalam Kogres Tahunan Rakyat di Beijing Mach ini Wen Jiabao membuat pindaan perlembagaan untuk memasukan ungkapan berikut "hak milik rakyat yang sah di sisi undang-undang adalah suci ". Pindaan itu disokong dengan 2,863 undi, 10 menentang dan tujuh berkecuali. Maka murtadlah Parti Komunis Cina dari komunisme.

Bagaimana ini bisa berlaku. Ini tidak lain dari usaha bertahun-tahun golongan liberal yang melakukan infiltrasi ke dalam parti komunis tersebut. Saya mengetahui kisah infiltrasi ini dari orang yang paling penting dari gerombolan infiltrant itu. Saya sempat mengambil potretnya di Tembok Besar Cina. "Kami adalah Lai Teck Cina," katanya. Saya terperanjat dia mengetahui kisah Lai Teck. "Lai Teck tidak mati di Sungai Menam." Dan saya lagi terperanjat. Lagi ajaib! Dia tahu kisah Lai Teck buka kedai basikal di Masjid Tanah! "Lai Teck adalah tokoh besar liberal yang tidak didendangkan." "Belum didendangkan," dia membetuli kata-katanya selepas berfikir sejenak. "Tunggu sedikit hari lagi, dia pasti didendangkan." Komrad itu tersenyum. Tentu dia sedang memintal strategi.

Tuesday, December 18, 2007

Inikah orangnya?


Ramai yang cuba meneka siapakah orang Melayu pertama yang menemui Hitler. Saya juga mendapat panggilan telefon untuk memberitahu orangnya. Najwan Halimi, alumnus Asian Renaissance 2.0, meneka Sir Sultan Abu Bakar, sultan Johor yang mendapat jolokan bapa permodenan negeri tersebut. Tetapi sultan itu mangkat tahun 1895 tatkala Hitler berumur enam tahun. Kalau pertemuan itu berlaku sang sultan tidak menemui Fuhrer, hanya seorang bayi Austria berketurunan Jerman yang bapanya adalah seorang anak haram.

Saturday, December 15, 2007

Lapu-Lapu


"Sagud! Sagud!" teriak Lapu-Lapu pada pengikutnya. Dan pahlawan dan pendekar Melayu meluru menyerang orang Portugis yang mendarat di pantai Pulau Mactan.

Maka meletuslah Perang Mactan antara Capitane Fernao de Megallanes dengan Datuk Lapu-Lapu, orang kuat Pulau Cebu.

Megallanes pun mati dipenggal oleh Lapu-Lapu, maka dia pun tidak dapat menjadi orang yang pertama mengelilingi dunia. Dari 250 orang-orangnya hanya lapan orang yang selamat kembali ke Sepanyol negeri yang membiayai eksedisi mereka.

Megallanes yang tewas diingati dunia, tetapi Lapu-Lapu dilupa. Hanya beberapa tahun lalu beliau ditugukan sebagai pahlawan besar Filifina, dan tugunya berdiri laksana kolosus di Rizal Park.

Friday, December 14, 2007

Siapa pulak dia?

Dalam pesawat pulang dari Manila saya membaca. Dalam pembacaan saya menemui fakta yang anih dan past memeranjatkan mana-mana Melayu yang liberal. Menjelang meletuskan Perang Dunia Kedua ada seorang Melayu yang secara sulit-sulit menemui Hitler. Siapa pulak dia?

Siapa Dia?


Arca ini saya potretkan semalam di Manila. Nah sekarang ujikan pengetahuanmu!