Tuesday, April 15, 2008

Fagles Dalam Ingatan


Jangan tidak percaya. Kalau Sarah Kanovski bersin tatkala saya mengambil potret ini, dan kalau ketika itu Nik Abdul Aziz sedang berceramah di Dewan Zulkifli mungkin Tuan Guru itu akan mendengarnya. Dan percaya atau tidak Sarah dan saya sedang berwacana tentang Robert Fagles, dalam restoren 69, Kota Bharu. Kenapa restoren itu namanya menggunakan angkat yang menggerunkan? Eddin Khoo, warga kehormat Kelantan, menjelaskan, tidak ada kaitan dengan rusuhan ditahun yang berangka sama. "69 adalah nomber tuan punya restoren ketika berkhidmat sebagai pasukan pengaman PBB di Konggo."

Eddin memberi tahu Sarah saya sedang memelayukan Illiad. Kenapa Illiad? tanya wartawan Australian Broadcasting Corporation itu. "Bagi orang Yunani, dan dalam hal ini pandangan Yunani adalah segala-galanya, Illiad adalah lebih jitu dari Odyssey, " kata saya. "Namun saya kira orang feminis akan lebih menyukai Odyssey," saya tambah.

"Kerana Penelope?" tanya Sarah yang pergi ke Macang sehingga malam buta untuk menonton wayang kulit. Dan dia bawa sekali bayi yang dikepaknya untuk mendengar episod dari kisah Seri Rama yang dipersembahkan oleh seniman peribumi Macang. "Dan dari terjemahan Fagles saya jatuh cinta pada Penelope, dan tidak kepada Helen."

"Dari segi tipu helah Penelope setara dengan suaminya."

"Memang," kata Sarah. "Bila suaminya pulang setelah 20 tahun, dan Odysseus memperkenalkan diri, Penelope tidak terus memeluk suaminya untuk menamatkan rindu. Dia berpura-pura tidak kenal suaminya, dan mengujinya untuk mempastikan, tanpa sebarang keraguan, orang yang mengaku dirinya Odysseus itu adalah benar-benar Odysseus."

34 comments:

munirah hayati said...

penelope tak tahu ke odysseus buat apa kat pulau yg calypso duduk tu?

Mohd Jimadie Shah Othman said...

69 sebenarnya ada makna lain juga selain rusuhan 1969. Tanyalah pada kawan-kawan kita yang berotak 'kotor'.

C-:

Pewaris Reformasi said...

hahahaha, madie bakar line la!

bila nak mula balik kelas tanwiri dulu? sangat menyengat!

dari warisan yunani ke kota ilmu islam!

najwan halimi said...

69.

Dua kepala di celah dua kangkang. Aku hiburkan kau, kau hiburkan aku!

PUREHADHARIST said...
This post has been removed by a blog administrator.
PUREHADHARIST said...

Salam Saudara Khalid,

Posting saya yang lepas mahu kan wacana ilmiah bukan dinafikan.

Saya cabar saudara menghadapinya.

Khalid Jaafar said...

Kalau PUREHADHARIST betul murni tamadun, itulah maksud nama samaran itu, eloklah merendah diri sedikit. Bagaimana nak diamalikan rendah diri itu? Dengan ke Kinokuniya dan beli terjemahan Fagles. Dan masuklah ke dalam labirin wacana ini dengan bergaya. Gaya itupun satu sifat hadhari, tapi kamu masuk dengan cara sugguh tidak hadhari. Saya tidak suka membaca tulisan yang meloyakan.

PUREHADHARIST said...

Salam,

Salam saya tidak dijawab itu mungkin hasilnya membaca Fagles atau apa sahaja yang menurut saudara sebagai anutan untuk berakhlak.

jangan lari dari persoalan, apakah memuji Anwar sebagai standad berakhlak dan mengkritiknya sebagai standad sebaliknya?

Terserah saudara. Saya ingatkan saya boleh berwacana untuk seorang yang saya anggap sumber utama pemikiran Anwar, namun ....ia mungkin Anwar juga begitu...

Khalid Jaafar said...

Purehadharist, nah terimalah apa yang kamu pinta: שָׁלוֹם עֲלֵיכֶם

PUREHADHARIST said...

Salam,
Kadang kala kita jangan terlalu asyik dengan mainan kata dan istilah yang kelihatan hebat tetapi tidak mendatangkan manfaat untuk kita apatah lagi ummah.

Kita jangan pula terkena penyakit ghurur. Taksub juga membawa padah dan menghilangkan rasional kita.

Saudara terlalu asyik dengan Fagels nampaknya hingga lupa akan khazanah ilmu dan rujukan ilmuan Islam. Kekaguman terhadap barat terlalu tebal dalam diri saudara. Bagaimana agaknya pemikiran sebegini untuk kita harapkan meluruskan ummah melalui tulisan-tulisan kita.

Akhirnya saya terpaksa akur dan sedar, bahawa kalau Khalid Jaafar sendiri enggan membuka jendela Anwarisme untuk saya menjengah masuk dan mengatakan ' " Ya sheikh ayuh kita gali khazanah ilmu Islam dari berkhayal dengan ungkapan-ungkapan indah serta memukau namun kosong dari roh Islam, apa lagi Anwaris yang lain....

najwan halimi said...

Pak Khalid,

Usah layan.

najwan halimi said...

Oh ya, buat Purehadharist.

שָׁלוֹם עֲלֵיכֶם itu bererti, Shalom Aleichem!

In case, kalau-kalau kamu mahu belajar beradab.

Pewaris Reformasi said...

Salam.

Jika DS Anwar salah sekalipun bukanlah bermakna sdr betul. Saya berulang kali menyatakan bahawa cukup malang mereka yang hanya kenal sosok Anwar sebagai seorang ahli politik; tidak sisi lain.

Dan lebih malang, mereka ini hanya mencuit-cuit dari jauh, terus menghasut tetapi selamanya tidak akan memimpin. Dengan apa mereka meluruskan ummat? Dengan adu domba?

sanizam.com said...

pak khalid, minta dia baca kata pengantar buku nathan yang bijak

PUREHADHARIST said...

Salam Khalid, pewaris reformasi dan Najwan.

Saya meminta maaf kalau tulisan saya mengajak kita memikirkan kenyataan-kenyataan Anwar yang mempunyai indikasi yang negatif terhadap Islam.

Di dalam akhlak Islam serta dunia keintelektualan sejagat, hujah hendaklah dijawab dengan hujah dan tentulah bil hikmah, persoalan yang diajukan hendaklah ditumpukan bukan melarikan persoalan kepada hal-hal lain apa lagi membuat judgement menuduh orang tidak beradab atau mengadu domba.

Mungkin tulisan saya itu seperti meragut keasyikan saudara/i semua dalam "dunia" para Anwarist yang memang hebat di dalam pentas "kata" dan "istilah" yang bombastik dan kelihatan ilmiah.

Saya kesal kerana menjangkakan saya akan menerima suatu bentuk maklumbalas atas tulisan saya tersebut dan membetulkan jika saya salah! Itu adab namanya.

Saudara, cukup sempurna jika saya hanya dapat membuktikan kesilapan Anwar dari segi politik semata-mata.Tidak perlu Anwar pada sisi yang lain kerana dari politiklah kesan secara langsung ummat akan terkena akibatnya. Pewaris reformasi,Saya adalah apa yang saya tulis. kalau mengaku Anwar silap dengan merujuk tulisan saya, bagaimana pula saya tidak betul?

So, tidak mengapa, kalau mahu mencari kebenaran, ayuh kita cari!

Sesekali kita harus cermin diri, apakah selama ini kita sudah cukup yakin akan adanya kita pada status quo ini,kita sudah berada dalam kebenaran selamanya.

Salam sekali lagi.

Pewaris Reformasi said...

Saya fikir sdr terperangkap dlm melihat orang lain sbg Anwaris. Sebab itu saya kata malang bagi mereka yang kenal Anwar dari sisi politik. Saya pernah menulis bagaimana pergelutan Pak Khalid sendiri dengan Anwar dan bagaimana realiti check itu berperanan. Saya pernah menjawab di blog saya bagaimana Saidina Ali k.w. r.a. sendiri memiliki kesukaran melaksanakan hukum terhadap pembunuh Saidina Uthman r.a..

Jika sdr mahukan kemenangan, silakan dan gunakan 'kemenangan hujah' yg sdr dakwa itu dalam praktis masyarakat. Keadilan adalah meletakkan sesuatu pd tempatnya, itu mesej jelas dalam Quran untuk saya. Saya melihat profound writer yang sdr war-warkan tidak lebih dalam konteks besar Salman Rushdie sebagai penulis, bukan dlm konteks spesifik menghina Rasulullah s.a.w.! Sdr sendiri membela Khomenei secara umum, tetapi gagal melihat kegawatan yang muncul terhadap Islam dari tindakannya selepas menjatuhkan Shah Iran! Sama seperti FT, saya telah tulis..kenapa perlu pendakwaan memilih2? Hanya kerana nafsu kepercayaan yang dipegang? Saya kekal dengan pandangan dlm komen2 yang saya jawab di blog saya.

Saat baginda s.a.w. memuji Mukhatriq sebagai Yahudi paling baik, apakah baginda s.a.w. menolak firman Yahudi selamanya tidak redha kepada Islam?

Pewaris Reformasi said...

alamak Pak Khalid, minta maaf ya. Fagles, jika hidup mesti tertanya-tanya, buku apa yang dia boleh terjemahkan dari saya..aduh!

insyaAllah saya tidak akan menulis tentang buku bertajuk..

Purehadharist:asal Anwar tak jadi PM.

PUREHADHARIST said...

Salam,

Anwarist muncul dari suatu fenomena kekaguman terhadap Anwar Ibrahim yang memang tidak dinafikan mempunyai karisma sebagai pemimpin. Justeru itu ia menjadi pemimpin yang diikuti bukan sahaja dari segi idealismenya, malah kaca mata, gaya bicara, sengau nadanya malah senyumnya juga menjadi ikutan pengkagumnya.

Tidak mengapa kalau saya "terperangkap" dengan menggelar Khalid dan seumpamanya sebagai Anwarist kerana itulah yang dikatakan sebagai mangsa suatu fenomena yang cukup hebat berlaku.Hendak dinafikan apa lagi, Khalid adalah teman,SETIAUSAHA dll lagi yang cukup akrab dengan Anwar. Kalau sekadar menegur Anwar itu wajar dilakukan oleh Khalid dan dengan istilah bergelut juga tidak dapat memadamkan keterkaitan Khalid dan Anwar. Saya pembaca Tumit Archilles tulisan Khalid !

Namun itu bukan persoalannya.

Syabas dan tahniah akhirnya menyentuh juga persoalan pokok yang saya tulis dalam blog ini tetapi dipadamkan oleh Khalid.(boleh rujuk blog saya untuk lebih memahami persoalan). Profound writer adalah spesifik untuk dikatakan kepada seorang PENULIS YANG DALAM PENGETAHUANNYA. Satu persoalan, apakah genre, bentuk, perlakuan yang digunakan oleh Salman untuk menghina Rasulullah? Tidakkah dia menulis? Bagaimana dapat dipisahkan Salman si profound writer dengan Salman yang MENULIS untuk menghina Rasulullah?

Maaf, saya tidak mencari KEMENANGAN. Cuba cari satu sahaja perkataan KEMENANGAN, YANG ADA MENCARI KEBENARAN. KEBENARAN TIDAK SENTIASA MEMBAWA ERTI KEMENANGAN !

Amat rugi saudara hanya mengenal Fagles tetapi gagal mengenal Imam Khomeini. Ya mungkin kerana tembok taksub kepada mazhab membutakan mata dan telinga saudara. Atau saudara juga kagum akan Amerika yang sememangnya menjadi panutan sesetengah muslimin yang terperangkap dengan isu sunnah-syiah yang jelas bermotifkan memecah-belahkan ummah. Saya ingin memetik kata As Sheikh Yusuf Al Qardawi bahawa kita wajib membela Iran atas dasar solidariti Islam! Atau sudah lupa dengan Sheikh kerana terlalu asyik dengan Fagles ? Oh! lupa, Amerika jaguh pembebasan (freedom) menurut Anwar oleh itu Iran harus dibebaskan dari "kegawatan" yang saudara dakwa itu?

Sudah-sudahlah dengan Fagles itu, buka balik tafsir, baca balik sejarah, Yahudi sebagai bangsa dengan Yahudi sebagai gerakan zionisme tidak sama. Ayat yang umum bukan untuk kes yang khusus ! Baca juga Asbabul Nuzul.

Apakah sama pujian Rasulullah kepada seorang Yahudi dengan puian Anwar kepada sebuah negara yang kita maklum bersama dikuasai lobbyist zionis!

Wasalam...

PUREHADHARIST said...

Lagi ucapan Anwar di Washington d.c.

""The muslims organized themselves into various political parties some with a clear RADICAL agenda INCLUDING the establishment of AN ISLAMIC STATE ".

Kalau Anwar jadi PM.....Tahlil untuk PAS....kesian PAS.No wonder dia tidak masuk PAS dulu sebab menegakkan Negara Islam Radikal! Kalau saya menegakkan Negara Islam wajib apabila sudah cukup persyaratan, bukan radikal.

Pewaris Reformasi said...

InsyaAllah saya boleh menerima sesiapa saja pada kadar dan perspektif tertentu. Teruskan penghormatan berlebihan sdr kpd Khomenei..sejak bila Khomenei adalah Iran dan sebaliknya. Saya memahami pembelaan terhadap Iran ialah kerana mereka ditindas..

Aduh, tak perlulah kita menggelebehkan bicara di mana2 apatah lagi di medium orang lain.

Memang Salman Rushdie menulis Satanic Versus, dan saya tidak pasti dari hukum mana kita ambil untuk menetapkan kematian kpdnya? Bukankah Islam sangat memelihara nyawa? Boleh saya tahu kaedah hukum mana kita ambil utk hukuman mati terhadap beliau?

Ya, Satanic versus memang menghina Rasulullah s.a.w., dan saya percaya sdr sendiri tidak pernah baca buku tersebut..tapi jangan nafikan bahawa karya2nya yang lain diiktiraf hebat. Janganlah kebencian kamu kpd sesuatu kaum menjadikan kamu tidak berlaku adil.

Jangan risau, sdr boleh kekal dgn pandangan sdr, krn sy tidak akan memaksa sdr utk berubah.

PUREHADHARIST said...

Aduh ! terasa hiba serta terhiris hati dan perasaan ada umat Muhammad yang tidak merasa apa-apa bila baginda dihina oleh penulis yang dalam pengetahuannya.

Biarkan dia mahu hina, itu lain, dia hebat dalam penulisannya dan merujuk kepada sabda Fagles, nyawa hendaklah dijaga.Anwar benar dalam menobatkannya sebagai profound writer, ini adalah kebebasan dalam berkarya. Kita orang liberal, tak perlu sumber-sumber kuno dan tradisional.

Islam tiada hukum bunuh kah? Islam juga tidak sayang nyawa manusia kah? Kutiba alaikumul qital nak taruk di mana? Atau sudah tidak merujuk Al-quran "buku" lama. Atau Fagles lebih hebat untuk dirujuk?

Nanti, saya kesuntukan masa, lain kali biar saya memberikan sedikit tazkirah tentang adanya hukum mati di dalam Islam, kot-kot sudah terlupa...

Satu soalan jujur, dan perlukan jawapan jujur jugak, tidak tersentuh langsung kah hati saudara pewaris reformasi bila Rasulullah dihina?

Bagaimana saudara "ada muka" mahu meminta syafaat baginda ketika Rasulullah bertanya, " Ya Pewaris reformasi, Salman mengatakan aku gila seks, kamu pula memuji-mujinya kerana karyanya yang lain hebat?


kebencian kpd suatu kaum? Bukan, kebencian kepada penghina Manusia Agung Rasulullah s.a.w. Bagaimana harus berlaku adil? Itu kezaliman namanya.

Pewaris Reformasi said...

Sdr terlalu obses mencari salah saya. Sejak bila saya katakan saya tidak rasa apa2 bila Rasulullah s.a.w. dihina? Over emphasize yang datang dari mimpi ngeri sdr tak sepatutnya memangsakan saya dan tuduhan ini berat, semoga sdr insaf!

Saya hanya mempersoalkan di mana rujukan hukum mati dalam konteks menghina Rasulullah s.a.w.? Ya, sudah tentu kita menghina sebuah karya yang memperlihatkan kebodohan sumber. Tapi berlaku adillah bahawa dalam byk tulisannya yang lain dia layak dipuji (tanpa mahu saya berlebihan). Dah sah2 Salman Rushdie tak pernah kenal saya apatah lagi menyumbang satu sen pun terhadap hidup saya!

Sama seperti FT, saya membeli, membaca dan memuji kaedah penyampaiannya malah sebahagian besar mesej yang disampaikan. Tapi itu tidak menghalang saya untuk tidak bersetuju dlm perkara2 tertentu. Bangunlah dari tidur dan janganlah terlalu obses. Berlebihan dalam mengangkat Fagles kununnya sbg sumber rujukan 'anwaris' adalah pandangan comot dan terdesak!

Semoga Allah s.w.t. memberi kefahaman kpd saya, sdr dan kita semua. Saya minta maaf pada Pak Khalid, sepatutnya tak perlu pun saya semakkan ruangan Pak Khalid ni.

PUREHADHARIST said...

HINA NABI SALMAN RUSHDIE MURTAD !.

Di dalam Al-Qur'an surah At Taubah ayat 61."Di antara mereka (org-org munafik) ada yg menyakiti Nabi dan mengatakan: "Nabi mempercayai semua apa yang didengarnya". Katakanlah: " Ia mempercayai semua yang baik bagi kamu, ia beriman kepad Allah, mempercayai orang-orang Mu'min, dan menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu". Dan org-org yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab yang pedih.

Ayat 63 At Taubah pula, "Tidakkah mereka (org-org munafik itu) mengetahui bahawasanya barangsiapa menentang Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya neraka Jahannamlah baginya, dia kekal di dalamnya. Itu adalah kehinaan yang besar.

Ayat 64 At Taubah. "Orang-orang yang munafik itu takut akan diturunkan terhadap mereka sesuatu surat yang menerangkan apa yang tersembunyi dalam hati mereka. Katakanlah kepada mereka: "Teruskanlah ejekan-ejekanmu (terhadap Allah dan RaslNYa). Sesungguhnya Allah akan menyatakan apa yang kamu takuti itu.

Ayat 65 At Taubah, "Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja",. Katakanlah: "Apakah dengan Allah, ayat-ayatNYa dan RasulNya kamu selalu berolok-olok?"

Ayat 66. At Taubah : Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman. Jika Kami maafkan segolongan daripada kamu (lantaran mereka taubat), nescaya kami mengazab golongan (yang lain) disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa.

Ayat 57 Al Ahzab : Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasul NYa, Allah akan melaknatinya di dunia dan di akhirat, dan menyediakan baginya siksa yang menghinakan.

Salman patut dihukum bunuh kerana menghina Rasul dan murtad dan ini ada di dalam hukum hudud.

Di dalam Qiss juga boleh sampai kepada hukuman mati ( Al-Baqarah 178) dan ayat 179 dinyatakan, " di dalam qisas ada (kelangsungan) kehidupan bagimu wahai Ulil Albab kalau kalian bertakwa...

Hukum Islam bertujuan untuk menjaga kelangsungan kehidupan bukan tidak menghargai akan nyawa manusia. Ia umpama tindakan doktor memotong anggota badan yang jika tidak dipotong akan memudaratkan keseluruhan tubuh. walaupun kerja memotong anggota badan kelihatan suatu perbuatan yang sadis! Begitu juga ketika adanya kerosakan di dalam tubuh masyarakat maka perlu dibuang dari tubuh masyarakat itu kerana jika tidak, akan lebih merosakkan lebih banyak lagi.

Saudara, obses tidak kena pada saya dalam hal ini. Takpe kalau itu yg sdra menilai saya, Alhamdulillah saya bangga untuk dikatakan obses untuk merasa terpukul apabila penghina nabi seperti Salman dipuji saudara. Saya melihat Salman dan novel-novelnya adalah suatu kesatuan pemikiran. Saya tidak pisah-pisahkan antara satu karya dengan karyanya yang lainnya kerana dengan karya yg satu itu sahaja, sudah cukup untuk saya "kahakkan" yang lainnya walaupun dinikmati oleh Khalid Jaafar apatah mempromosikan di dalam blog ini ( satu lagi bentuk penghinaan kepada Rasulullah apabila mengenengahkannya) Sdra tidak perlu minta maaf kpd KJ kerana semakkan blognya ini sebab memang tulisan ini untuk saudara, dia dan peminat-peminatnya.

Salman tidak hanya layak dihina semata-mata kebodohannya dalam mengambil sumber! Sdra akui kehebatannya, Anwar kata dia profound writer, Khalid Jaafar kata kita mesti jadi warga jagat kalau mahu menghargai karya Salman, aduh! Dia telah hina Nabi Kita, Dia telah hina Islam dan penghinaan itu menyebabkan dia murtad!
Sayang sekali ia hanya dilihat sebagai bodoh mengambil sumber. Sayang ramai orang tidak berfikir atau tidak terfikirkan kerana ayat-ayat ini datang dari "buku usang" yang bernama Al-Qur'an. Tetapi mereka merasa telah jauh berfikir dengan mengikuti filosuf yang dianggap menyelamatkan pandangan ramai orang....logika ini sudah lama dan berjalan terus dalam menghadapi Islam...sekarang dikonsumsi oleh Islam Liberal...dengan liberalnya dia merasa telah membebaskan manusia dari keterbelengguan tradisonal...iaitu agama...kerana kiblatnya barat yang tidak beragama....

PELIK ! SASTERAWAN ATAU PEMIKIR YANG SEPATUTNYA HALUS HATINYA, MENJADI BATU DAN BUTA HATINYA OLEH KARYA YANG MINIMAL ADA KEMUNGKINAN MENGHINA KITAB YANG SUCI DAN PENUH KEHALUSAN.

Semakin jelas siapa KJ-Khalid Jaafar. Wajarlah Anwar juga begitu.

Pewaris Reformasi said...

Saya hanya boleh katakan ya untuk Khalid Jaafar bila dia katakan sdr masuk dengan tidak bergaya. Sedangkan Bible pun saya baca jika berpeluang, terutama bila menginap di hotel.

Saya hanya mahu sdr jelaskan pada saya di mana sumber hukum mati kerana ada tulisan menghina Nabi s.a.w., saya tidak mempersoalkan bahawa ada hukum bunuh, even dlm undang2 'Barat' pun ada. Saya hanya mahu tahu apa sumber hukum mati yang diwar-war dan apakah tidak ada prosedur pembuktian di mahkamah yang adil dan kita orang awam hanya pasrah menerima 'fatwa' yang sdr dakwa di blog saya sebagai tidak memerlukan hujah Al-Quran dan As-Sunnah?

Aduh, maaflah, sebagaimana saya tulis di blog saya..saya sudah jemu melayan sdr dalam isu ini dan itu muktamad!

najwan halimi said...

Purehadharist,

Sekiranya Rasulullah masih hidup lagi pada zaman kita ini, apakah baginda akan suruh umat Islam bunuh Rushdie?

Pernah suatu hari Umar r.a. cuba menetak seorang Badwi (bukan Badawi Purehadharist, hehe!)yg kencing dengan selamba dalam Masjid Nabawi, di hadapan Nabi dan para sahabat. Mengejutkan apabila Nabi menghalang Umar dari bertindak.

Pernah juga seorang Yahudi cuba meracun Nabi namun tak dengar pula mana-mana riwayat yg menyebut Nabi suruh bunuh Yahdui itu.

Jika ditakdirkan Rushdie berkunjung ke Malaysia, apakah saudara sanggup volunteer diri utk bunuh dia?

PUREHADHARIST said...

Salam Pewaris Reformasi Dan Najwan Halimi.

Sumber Hukum : Al-Qur'an yang mengatakan kafir setelah beriman(murtad) orang yang menghina Nabi (baca posting yg lepas saya bawakan surah At Taubah)

Justifikasi Hukuman Mati : Ini termasuk di dalam hukum Hudud iaitu hukum murtad.(walaupun hukumnya tidak "bergaya" tapi ini untuk tujuan kelangsungan hidup Islam). Saudara perlu tahu hukum Islam terutama dalam bab Hudud. Bukan sahaja Imam Khomeini yang menjatuhkan hukuman mati ke atas penghina nabi, begitu juga Ibn Taimiah. Dan Saidina Abu Bakar juga menghukum mati orang yang tidak menunaikan satu kewajiban sahaja dalam Islam iaitu zakat inikan pula sosok tubuh suci Rasulullah pembawa hukum Islam dihina.

Hak siapa untuk jatuhkan hukum : Kalau zaman Rasulullah, Rasulullah lah. Kalau zaman Khalifah, khalifah lah dan kalau zaman kita, pemimpin Islam yang mencukupi syarat sebagai Hakim Syarii yang adil dan berilmu. Dalam konteks ini, Imam Khomeini berperanan sebagai pemimpin Islam sekali gus Hakim Syarii lah yang menjatuhkan hukum dan bertanggungjawab di hadapan Allah s.w.t kelak atas hukuman yang dijatuhkan itu.

Bukti : Tulisannya itu sebagai bukti jelas kecuali dia menafikan Satanic versus bukan tulisannya.Kalau dia menafikan, barulah ada perbicaraan untuk dia buktikan bukan dia yang menulis.

Kesimpulan: Dengan tidak terlaksananya hukum HUdud murtad ini, maka musuh-musuh Islam berani menghina Islam dengan sewenang-wenangnya atas nama kebebasan berkarya dan masih diiktiraf peribadinya dengan gelaran Sir, "profound writer", "penulis hebat", malah mempromosikan lagi karya-karyanya seperti Khalid Jaafar lakukan terkini.

Saya tidak pernah jemu berwacana kecuali merasa sudah habis ilmu dan tidak mahu menerima kebenaran. Itu saya, tidak tahulah orang lain. Selagi ada ilmu saya utarakan agar boleh ditegur dan diperbetulkan dan selagi mencari kebenaran adalah nawaitu saya, biar lelah, letih, dihina sekalipun,namun jemu, tioada dalam kamus hidup saya lebih-lebih lagi dalam menyatakan sikap terhadap penghina Rasul dan orang yang cenderung kepadanya. Al-Quran ada ayat berbunyi, " Janganlah kamu cenderung dengan org -org yang zalim nescaya kamu akan disambar api neraka" dalam konteks ini Salman Rushdie adalah murtad dan zalim dan saya tidak akan sedikitpun tergamak memberi apa-apa statement memuji beliau kerana pengkarya yang hebat bukan sahaja hebat karyanya namun jelas tujuannya berkarya iaitu untuk kebaikan bukan niat buruk. Apalagi ke atas Nabi Islam dan dia mengaku Islam. Sebab itu hukuman keras ke atas orang-orang yang murtad seperti dia adalah wajar.

Hei Najwan, takkan nak samakan si Jahil badwi yang kencing dalam masjid dengan "profound writer" yang hina nabi? Kita jangan terlalu yakin dengan kebodohan sendiri!

Rasulullah tidak akan melakukan sesuatu kecuali berdasarkan wahyu. Kalau hukumnya begitu,Rasulullah akan ikut hukumlah. Kita jangan ingat kita macam Rasulullah terhegeh-hegeh dalam mengikuti hukum. rasulullah adalah makhluk suci yang paling taat kepada Allah bukan seperti kita. Jadi kalau dia jatuhkan hukuman kepada si Yahudi yang nak meracunnya,ada 2 kemungkinan, 1) menurut hukum, dia belum boleh dijatuhkan hukuman, 2) riwayat itu kena diteliti realitinya bagaimana.

Dalam kes Salman ni, dah jelas dia menghina Islam.

Saudara Najwan, demi menjalankan hukum, saya ingin minta saudara berikan maklumat di mana Salman berada sekarang, saya tidak tunggu dia datang ke Malaysia, tapi saya akan cari dia dimana dia berada. Faham !

Sekali lagi peringatan Allah, " Jangan kamu cenderung dengan org-org yang zalim kelak akan disambar dengan api neraka".

Pewaris Reformasi said...

Saya percaya bahawa proses pengadilan lebih baik dari 'keadilan' yang cuba sdr tegakkan dengan tangan dan kepercayaan sendiri (tanpa sistem!).

Dan dalam dunia Islam hari ini terlalu ramai org yang seperti sdr yg memutuskan hukum kepercayaan peribadi dan bertindak sendiri.

Dan saya juga tidak mengerti di mana Islamnya dgn ungkapan di bawah ini..

"Even if Salman Rushdie repents and becomes the most pious man of all time, it is incumbent on every Muslim to employ everything he has got, his life and wealth, to send him to Hell." - Imam Khomeini.
______________________________

Saya tidak begitu hairan dgn serangan menjadi2 terhadap DS Anwar dan mainan isu yang mahu dibesarkan ialah pertalian dgn 'kuasa asing'. Ia cukup mirip dgn strategi Khomenei mengangkat dirinya.

PUREHADHARIST said...

Sila buktikan dimana saya tampilkan
hujah berdasarkan kepercayaan saya sendiri atau tangan saya sendiri? Al-Qur'an bukankah hujah yang paling benar dan Islamlah punya tanzim yang paling sempurna.

Saya tampilkan hujah berdasarkan hukum hudud Islam bukan yang lainnya. Kalau yang saya tampilkan itu salah, yang mana betulnya? Silalah tampilkan hujah saudara.

Kalau begini cara saudara berhujah, semua orang boleh berhujah. Di tanya sumber hukum, saya tampil sumbernya, saudara kata kepercayaan saya,kita tampilkan ucapan Anwar memuji Si Murtad Salman dan Amerika, saudara kata "memperbesarkan" isu sedangkan isunya memang besarpun iaitu memuji dan mempunyai kecenderungan terhadap musuh Islam yang datang dari Salman dan Amerika. Tetapi tiada penerangan akan maksud sebenar ucapan itu, yang ada adalah mengalihkan wacana dengan membuat dakwaan-dakwaan yang tidak berasas.

Saudara buktikan dulu Salman sudah bertaubat..baru boleh saya katakan dimana Islamnya kenyataan Imam Khomeini tersebut. Hingga sekarang tiada taubatnya, buku masih dipasaran, inilah dia 'wisdom" yang ditunjukkan oleh Imam Khomeini ketika membuat kenyataan tersebut. Dan terbukti, tumbuh pula gejala-gejala penghinaan ke atas Islam hingga terkini dalam filem fitna.Kerana apa, kerana terbawa dengan pemikiran barat bahwa hukuman mati itu tidak bertamadun dan sebagainya, perlu pengadilan, dia profound writer, untk apresiasi karyanya kita perlu jadi warga jagat, aduh..

Satu lagi, taubat tiada erti selepas judgement dalam hukum hudud.

Saya tidak mahu berlebih-lebih lah memuji Imam Khomeini namun adalah terlalu simple untuk mengatakan beliau memainkan isu Syaitan Besar Amerika sebagai cara menaikkan namanya di pentas dunia kerana ketika zamannya itu, mengutuk Amerika syarikat adalah dosa besar bagi dunia barat dan sekutunya negara-negara Islam, beliau konsisiten dalam penentangan ke atas mustakbirin, kalau sekarang dilaungkan kebejatan Amerika wajarlah kalau nak dikatakan ingin mengangkat nama.

Jangan cuba lari dari persoalan pokok! berkali-kali sudah saya ingatkan.

Pewaris Reformasi said...

saudara faham tak sumber hukum dan proses pengadilan? hukum macam mana pun harus masuk proses pengadilan..kalau tak buang saja mahkamah, lupakan saja soal gubal akta!

sdr terlalu obses sampai tak nampak apa yang saya bantah dan saya terima. sebab itu layak pak khalid kata sdr masuk dgn tak bergaya. malah saya mahu sebut - gaya bankrap!

Pewaris Reformasi said...

salman nak taubat atau tidak bukan urusan saya kerana keyakinan dia adalah milik dia. sama seperti FT yg punya keyakinan terhadap khomeini dan sdr terhadap islam hadhari, punya pasal koranglah! dosa masing2 tidak ditanggung oleh orang lain - itu hujah muktamad dari al-quran dan saya percaya proses keyakinan melibatkan hujah dan bukan teori konspirasi yang tidak cukup matang. bila sdr nak kaitkan anwar dgn yahudi, boleh saja menggunakan petunjuk2 samar, bila saya nak kaitkan sdr dgn khomeini dan segala kejelikannya, tak boleh pula! dan cara sdr bertanya ttg salman menampakkan sdr tidak mengambil inisiatif sendiri memahami! taubat tak ada erti lepas hudud? saya percaya taubat wajar sebelum nyawa sampai ke tenggorok!
bila sdr pertahankan khomeini dlm komen di blog sdr, sudah cukup utk saya katakan sdr buta fakta! saya tidaklah mahu mengaitkan khomeini dgn sdr, tapi cukup kita meneliti cara berfikir dan mencerap maklumat dari sana. khomeini pun saya rasa akan sangat malu bila sdr pertahankan islam hadhari!

PUREHADHARIST said...

Saudara, mempertahankan kesucian Islam dan Rasulullah s.a.w. adalah dikenali sebagai Difa' iaitu mempertahankan diri,keluarga,masyarakat,negara,agaman dan sebagainya.Apabila kita diserang dalam segala bentuk maka jatuh taklif kita untuk difa'. Lebih-lebih lagi yang diserang peribadinya itu ialah Rasulullah s.a.w.

Tidak semua hukum yang jatuh itu perlu melalui proses pengadilan. Sebab itu saya berani katakan saudara tidak memahami hukum Islam khususnya hukum hudud! Mahu sumbernya saya dah berikan, mahu proses pengadilannya, kalau ia tidak memerlukan proses itu memngikut hukum, mengapa perlu menanyakan lagi. Ini suatu pola pemikiran "barat" yang telah merasuk saudara. Di Palestin, tatkala muslimin dilanyak, tiada istilah terroris namun jika muslimin mempertahankan diri, maka terrorist lah jadinya. Kalau menghancurkan Palestin tidak perlu rundingan atau gencatan senjata, tetapi jika melancarkan serangan dan membunuh kanak-kanak, wanita dan orang awam tidak mengapa!

Di sini, orang yang membela Rasulullah s.a.w. (Imam Khomeini), dia kata untuk angkat nama sendiri, bila Salman Rushdie menghina nabi, diangkat karyanya yang lain sebab "malu" mungkin hendak mengangkat Satanic Verses sebagai karya yang baik juga.

Saya perhatikan saudara tidak memahami atau sengaja tidak mahu ambil tahu. Saya sudah contohkan Saidina Abu Bakar dan satu lagi contoh mungkin ketika masjid tidak didirikan atas dasar takwa (masjid dhirar), Rasululullah perintahkan untuk dibakar. Tiada pulak saya dengar ia menjalani proses pengadilan. Ini menunjukkan sesuatu yang vital dan fundamental seperti masjid dan peribadi Rasulullah sendiri apabila ada unsur penyelewengan dan boleh menyelewengkan umat Islam, hukum terus berjalan tanpa apa yang saudara katakan proses pengadilan.

Taubat memang hingga ke penghujung nyawa tetapi tidak semua taubat itu menghilangkan hukuman pembuat dosa itu dikenakan ! Misalnya, apabila sudah berzina, hukuman tetap dikenakan walaupun dia bertaubat, sebabnya adalah damage has been done. Kita umat Islam akhirnya akan berada di syurga tetapi ada yang terus masuk ada yang melalui proses penyusian dahulu menandakan hukuman tetap berjalan.

Jadi isunya ada 2:-

1) apakah salman murtad ? Kalau ia, hukumannya adalah mati kalau tidak, kenapa tidak ? apakah kerana dia profound writer dan kita menghormatinya kerana kita perlu berlaku adil? Hal dia menghina Rasul itu, itu dosa dia, kita jangan masuk campur.Begitu?

2)Apakah dia bertaubat? Itu bukan hal kita? Hey! brother, nabi saya telah dihina tau! Dan hukum hina nabi saya ialah bunuh itu ikut agama Nabi saya. Sampai sekarang dia tak taubat dan kalau taubat pun hukuman kena dijalankan jugak. Ini Islam bukan main-main..

Mahu debat berkaitan Islam Hadhari silalah...jangan hanya sebut itu dan ini seperti tin kosong! Mana yang tidak benar tentang Islam Hadhari sila nyatakan baik dari segi Istilahnya, konsepnya atau apa sahaja.

Penyokong-penyokong Anwar obses dengan istilah konspirasi. Sikit-sikit konspirasi,apa ni? Saya baca teks ucapan Anwar yang memuji US dan itu namanya kesamaran? Lagi-lagi hanya dakwaan samarlah,konspirasilah, sekali lagi jawab satu persatu mengapa Anwar berkata begitu dalam ucapannya? Tak jawab-jawab pun? Yang ada adalah mengalihkan pokok perbincangan ke tempat lain.

Harap tidak jemu. Sesekali cuba bayangkan Anwar sebagai bukan mangsa konspirasi tetapi aktor konspirasi...tidak salahkan hanya membayangkan...

Islam Hadhari Adalah Islam.

Pewaris Reformasi said...
This post has been removed by the author.
Pewaris Reformasi said...

Bicara saja di blog saya, tak perlu kita sepahkan lagi blog Pak Khalid. Apatah lagi sdr tidak kenal Pak Khalid in person.

PUREHADHARIST said...

Pewaris Reformasi dan Khalid,

Hah! lagi-lagi lari dari persoalan, sejak bila dunia cyber dan wacana keilmuan perlu kenal seseorang in-person. Lagi pun inijuga memang untuk tatapan Khalid juga sebab ada kaitan lebih-lebih lagi bila dia promote buku Salman Rushdie itu.,..