
Hugo Chavez, Mahathir Amerika Latin, telah bertemu buku dengan ruas. Disember tahun lalu Yon Goicoechea menggerakan mahasiswa Venezuela untuk menumpas Chavez dalam referendum perlembagaan. Chavez yang seperti tidak tahu bahawa semua sosialisme sudah gagal berangan-angan untuk mencipta "Sosialisme Abad ke-21". Maka dia memanggil referendum untuk melakukan "reformasi perlembagaan" yang kalau menang akan memberikan Chavez kuasa yang lebih banyak untuk mengimplementasikan sosialismenya.
Yon, mahasiswa undang-undang berumur 23 dari Universidad Católica Andrés Bello, menggerakan mahasiswa untuk menumpaskan cadangan Chavez dalam referendum. Dia berdebat dengan mahasiswa-mahasiswa penyokong Chavez. Dalam salah satu kempen anti-Chaveznya hidung Yon patah diserang oleh golongan pro-Chavez. Akhirnya Chavez tumpas dalam referendum tersebut, kekalahan politiknya yang pertama.
Saya langsung tidak tahu tentang Yon sehinggalah Cato Institute mengumumkan beliau pemenang Hadiah Milton Friedman untuk Pengluasan Kebebasan bagi tahun 2008.


6 comments:
Ada yang nak 'rejoin' Umno... amacam?
Hasmi, jangan masukkan maklumat remeh temeh ke blog saya. Kalau berterusan saya padamkan seperti yang pernah saya lakukan sebelum ini.
Aqil, tentang Alvaro Uribe, presiden Kolombia, saya perlukan sedikit masa untuk menyelidik.
Sdr. Khalid,
Nampak saudara kurang senang bila Hasmi Hashim sebut "ada yang nak 'rejoin' UMNO.
Siapa ya? Brother Anwar ke, Ezam ke atau sdr. Khalid sendiri.
Mungkin masa di Surabaya sudah ada "ngobrol-ngobrol" perkara ini barangkali....
Zaman biotech ini, orang boleh buat pisang berbuah dua kali.
Sdr. Khalid,
Kalau Chaves berangan-angan untuk mencipta "Sosialisme Abad ke 21" melalui referendum "reformasi perlembagaan", Mahathir sekarang ini sedang "berkelana" mengugut Abdullah Badawi turun dari tahktanya, bagi menghidupkan semula "Mahathirisme" yang sedang dilupakan.
Berjayakah rancangannya itu atau Anwar akan memadamkan terus cita-citanya?
Check the latest pictorial essay "Life In Taleban County pt 1 and 2"
www.malaysiawaves.com/2008/05/life-in-taleban-country-pt-2.html
[img]http://bp2.blogger.com/_KWgJc2F9RnU/SDXP0aOaMtI/AAAAAAAAAMs/Zj5Hlx4s6SM/s320/Sokongan%2BKaum%2BIndia%2BPada%2BPAS.jpg[/img]
Post a Comment