Friday, June 20, 2008

Memahami Minyak



Mengapakah harga minyak melambung tinggi dan kita semua menderita? Salah satu teori untuk menjelaskan gejala sekarang bernama "Peak Oil". Ketika saya berumur lima bulan, iaitu tahun Mach 1956, seorang geologis syarikat minyak Shell di Texas membentang satu kertas di seminar American Petroleum Institute. "Nuclear Energy and Fossil Fuel" ditulis oleh M King Hubbert meramalkan pengeluaran minyak dalam geraf berbentuk loceng. Pengeluaran minyak akan memuncak di awal tahun 2000 dan kemudian terus turun. Fikirkan. Permintaan minyak terus meningkat, tetapi pengeluarannya terus turun. Maka harganya? Betulkah teori "King Hubbert" ini?

9 comments:

Pewaris Reformasi said...

Ini mazhab Isham Rair, begitu katanya.

Saya ada dengar juga Arab Saudi menyatakan komitmen mereka untuk meningkat pengeluaran mereka.

Secara logiknya, saya fikir minyak tentu akan habis, bila tu kita kena tanya pakar. Dan saya fikir jika benar ia berlaku, beerti dunia akan kacau..tapi akan terus. Sumber tenaga alternatif juga harus diusahakan.

Adakah pembangunan itu ada hadnya?

Abdrahim said...

Sdr. Khalid,

Teori King Hubbert itu satu jangka waktu tertentu sahaja. Tahap teknologi berubah-ubah. Sebelum manusia menemui minyak dan gas sebagai bahan bakar, mereka mengunakan kayu dan arang batu.

Kalau sampai sekarang tidak ditemui teknologi penggunan minyak dan gas, rasanya bumi ini dah jadi gondol tidak berpokok.

Masa akan datang pasti ada bahan lain untuk menggantikan minyak dan gas.

Tuhan memindahkan Adam ke plenet bumi,kerana Dia maha mengetahi, manusia boleh hidup di plenet ini dengan sumber yang disediakan.

Kalau manusia tidak lagi mampu berikhtiar menyambung hidup di plenet bumi ini, bererti Tuhan tidak lagi mahu manusia mendiaminya.

munirah hayati said...

salam, pak khalid

saya baca presiden iran kata pengeluaran minyak belum genting lagi tetapi sebab ekonomi terikat pada amerika dan harga minyak seolah2 seperti melambung tinggi tapi itu kerana nilai dollar us yang merudum. jadi yang kalut2 sekarang ini pun kerana menunggu kejatuhan satu empayar kot.. seperti wajibnya dalam putaran sejarah manusia. maaf entah betul kah tafsiran saya ni?

bahan tenaga alternatif sudah ada dong - itu nuklear yang dek kerana hasutan amerika juga tidak dibenarnya iran dan korea utara majubangunkan dalam negeri masing2. kereta berkuasakan elektrik juga sudah lama ada di universiti tnb tetapi kajian dibantutkan kerana suasana politik malaysia lah yang membantutkan segala2nya ; dari kemajuan minda hingga ke kemajuan teknologi. sudahnya kereta itu hanya dibuat pusing2 sekitar uniten/tnrnd - ya memang belum maju sgt kerana perlu dicaj setiap 80 - 100 km.

hizbul_999 said...

setuju dgn abdul rahim...bab kata khalid jaafar yg mana apabila permintaan tggi (dd meningkat) maka harga akan meningkat...itu teori ekonomi...mmg benar...tp persoalannya kita ada minyak kenapa x bley tampung dgn subsidi...x sepatutnya harga meningkat secara mengejut...maybe khaid jaafar org yg senang x rasa2 apa2 kesusuhan...

Pewaris Reformasi said...

ya, subsidi perlu, tapi perlu berhad. jika matlamat subsidi itu adalah utk agihan yang merata..rasanya dengan subsidi minyak berlebihan siapa akan untung?

orang kaya atau orang susah?

saya tidak anti orang kaya atau menolak subsidi secara mutlak (dalam konteks M'sia), tapi mekanisme lain perlu dibentuk dengan lebih jelas..

mountdweller said...

saya setuju dengan pandangan pewaris refomasi, satu mekanisme perlu difikirkan dan dibentuk!

me,myself n all around da world said...

amin,

minyak hak rakyat,dan 10 org terkaya juga tetap ada share-nya di situ. pada aku agihan secara subsidi adalah adil.

cuma bila subsidi diberi kpd PPI yg ada antaranya milik 10 org terkaya ini,dan mereka pula menjual elektrik kpd tnb dgn harga yg mahal(malah lebih mahal drpd tnb beli dr empangan hidro-nya sendiri).itu tak adilnya.

Pewaris Reformasi said...

me, myself..

terima kasih atas respon. saya cuba melihat isu minyak ini dari aspek yang asal..

sudah tentu persoalan keadilan ini perlu jadi asas berfikir. saya tidak menolak sepenuhnya keperluan subsidi. meskipun seorang yang cenderung liberalis menolak subsidi, ia harus dilihat dlm kerangka besar faham seorang liberalis.

reality check tentang apa yg sdr maklumkan juga perlu dihitung. keadilan juga harus memastikan keperluan minyak dan sumber tenaga alternatif cukup untuk generasi mansang.

Wakmasnoor said...

Salam Pak Khalid.

"Permintaan menentukan pasaran".

Kita semua tahu itu. Dan itulah yang berlaku sekarang. Cuma bezanya, PERMINTAAN tersebut bukanlah kerana mereka (pembeli) amat memerlukan untuk kegunaan sekarang, TETAPI kerana mereka dimainkan dengan fenomena kekurangan pengeluaran minyak dalam jangkamasa terdekat oleh pemegang2 kepentingan di barat; lalu mereka2 ini membeli minyak di pasaran hadapan untuk memastikan bekalan mereka terjamin.

Apabila mereka2 ini SEDAR nanti, mereka2 ini akan mula mencongak KERUGIAN2 yang telah mereka tanggung termasuk inflasi dan kejatuhan ekonomi dan juga kemarahan rakyat mereka.

But then its too late to cry over something that is already DONE and OVER with...