Thursday, July 17, 2008

Hektor lawan Patroklus 2


"Apakah dia telah digigit anjing gila hingga air liur pekat keluar dari kedua-dua belah hujung mulutnya?" tanya Aasil, rakan saya hisap sisya di restoran Lubnan Zaman, Virginia. Selepas perdebatan Anwar Ibrahim menerima telefon dari seorang Arab dari Lugano, Switzerland. "Saya tidak tahu satu butirpun yang kamu debatkan. Apa yang kamu katakan hingga mulut lawan kamu penuh dengan air liur putih?"
Shabeery Cheek bukan tidak ada hujah. Tetapi tujuh juta khalayak Malaysia yang menonton perdebatan tersebut tidak dapat memberikan tumpuan kepada apa yang beliau hujahkan kerana diganggu oleh air liur putih yang menggelikan. Menteri Penerangan itu akan menyimpan rekod pengeluaran air liur yang paling produktif di kaca tv.
Shabeery pastinya kalah teruk, bukan mengikut pungutan suara yang dilakukan oleh Malaysia kini, tetapi mengikut institusi-institusi media perdana pro-pemerintah. Sekiranya debat itu seri, pastinya mereka telah menjajakan kepada rakyat bahawa Anwar Ibrahim ditewaskan oleh menteri yang paling junior. Debat itu begitu pahit bagi mereka. Dan begitu memalukan. Mereka mahu melupakan ketewasan tersebut dengan satu peristiwa yang lebih besar -- menangkap Anwar Ibrahim.
Gambar: Akilis menyaksi tubuh Patroklus yang tewas di tangan Hektor.

10 comments:

dakit said...

Yeah... even isteriku yang die-hard UMNO pun akhirnya mengeluarkan statement, "what a waste...., such a great person like Anwar dihina, dipenjara, di... segala2nya. Rightfully dah lama dah dia jadi PM". He he, aku tersenyum bila dia "tersedar" sendiri setelah hampir 10 tahun aku beritahu dia, Anwar adalah mangsa si Diktator Mahathir.

Yup..., Mahathir tak pernah habis berdendam dengan Anwar. Hati perut dia akan mengelodak marah bila reputasi Anwar terus naik. Pantang giler dia kalau benda tu terjadi. Lihat macamana "Nawaitu" dia bila menulis pasal debat tu... Intro cerita pasal debat, then ultimately do the "Character Assassination"

Paling menjijikkan, even kisah Shaiful cabar Anwar junjung Quran pun dia tulis sebagai point (bilamana paper lain pun letak "safety cluase" sebab tak pasti samada statement dalam webpage tu betul2 ditulis oleh Si Saiful..)

Sickening Tun Mahathir.... pity him. Tak habis-habis merapu dan merapek!!!

Abdul Hadi said...

wa setuju ngan Dakit.puisi tentang: MAHATHIR
setelah dikuliahkan rupa dan bentuk
jasmani. jantung limpa bangsa manusia
jenama sakit dan segala kuman
lelaki ini mula berkias dilemma
bagai seorang munsyi baru
pandai mengesan dan menyuntik
menyorong dan menarik

pernah memukau angin dan kebun
kini dialah ribut dan pohon
merasuk dan merimbun

1991.

don said...

ggggsw

Abdrahim said...

Dialah pengganti bekas presiden Gerakan. Satu berbuih, satu menyembur,

munirah hayati said...

tak baik hina pasal air liur lebih itu kan pasal kalenjar liurnya yg dicipta oleh Ilahi. sekurang2nya walau dia tak bergaya macam khairy jamaludin, shabery chik lebih berani.

tapi saya tahu kutuk2 macam ni akan hilang nanti bila berada dalam kerajaan yg sama (mungkin shabery akan pindah ke sebelah Pakatan Rakyat? hehe)

Kerajaan Rakyat said...

Salam,

Bukan saya cakap tapi ini pandangan rakyat terbanyak - Bau busuk dibibir Shabery melambangkan juga busuk perangainya.

DonMny said...

menarik....tapi pasal air liur tu eloklah kiranya hanya bualan santapan sambil menyedut sisya. tak molek rasanya dipotret, dibingkai dan digantung di ruang tamu....apa kata tetamu yang datang, nanti keliru antara rumah sabery dengan rumah 'thinker' pujaan.

Nhaidi said...

Setuju dgn donmny...apapun hujah yang "haprak" dari seorang Menteri. Sungguh memalukan. Dan terlebih "haprak" dan memalukan ialah pengulas2 yang bertitle Dr dan Dato' di Bernama...."pengampuan" yang menghina intelligence budak tahun lima.
Cukup-cukup la memalukan bangsa sendiri....MELAYU.

DIN said...

hancus la, kenapa la pak menteri tak bawak sapu tangan. kenapa la haprak sangat standard menteri kita... ish... ish... bukan jadi tontonan rakyat malaysia aje, boleh nampak satu dunia!

http://ceritarassa.blogspot.com/

nadzri said...

Ashaari, bekas ketua pertubuhan Al-Arqam juga pernah mengalami nasib yang sama dengan Shabery apabila berada di depan TV secara langsung.