Wednesday, July 16, 2008

Hektor lawan Patroklus 1


Kawan lama saya Shabery Cheek masih boleh menang dalam debat bersejarah malam semalam kalau tidak kerana kehadiran Nordin Kardi. Belum pernah saya mendengar seorang naib chanselor memberikan ucapan yang sebegitu dungu. Kalau tan sri dungu ini boleh menjadi seorang naib chanselor maka kita boleh mengerti mengapa tidak ada sebuah universiti pun di Malaysia yang berada dalam kumpulan 200 teratas di kalangan universiti-universiti dunia. Dan Nordin juga seorang tokoh terpenting dalam program-program propaganda Biro Tata Negara. Banyangkan sahaja kualiti idea yang hendak disemaikan kepada mahasiswa.
Nordin cuba menyelar Anwar Ibrahim kononnya keluar dari tajuk apabila menyebut janakuasa persendirian -- Indipendent Power Producers -- kerana debat adalah tentang minyak. Tentunya IPP amat terlibat dengan rancangan Anwar untuk memperolehi tiga bilion dari lima bilion yang diperlukan untuk mengurangkan harga minyak tempatan sebanyak 50 sen. Naib chanselor itu bengong, juga Shabeery, dan lain-lain penyokong kenaikan minyak kerana mereka mati-mati menyangka Anwar akan memunggahkah keuntungan Petronas untuk membiayai subsidi. Apabila yang dikemukakan lain dari yang mereka sangkakan maka mereka hilang akal lalu membuat serangan peribadi.
Saya melihat debat malam semalam seperti pertarungan antara Hektor dengan Patroklus dalam puisi agong Illiad karya Homer. Hektor adalah putera mahkota, pahlawan tersohor dan panglima perang Troy. Sementara Patroklus hanyalah seorang anak muda, sepupu kesayangan dan rakan berlatih Akilis. Apabila Akilis merajuk kerana berkelahi dengan Aggamemnon, panglima perang Greek yang ingin menakluk Troy, pahlawan tersebut undur dari medan. Akibatnya tentera Greek teruk diasak oleh Hektor dan begitu ramai pahlawan veteran Greek yang cendera dan terpaksa diusung keluar dari medan tempur. Petroklus amat kesihan dengan nasib tentera-tentera Greek yang hilang semangat kerana pahlawan terkemuka seperti Odysseus, Nestor dan Agamemmnon sendiri cendera, dan Akilis, pahlawan yang paling digeruni, masih merajuk dan enggan berperang. Patroklus merayu kepada Akilis agar membenarkannya bertempur dan meminjamkan perisai, baju dan topi besinya. Patroklus terus mendesak dan merayu, akhirnya Akilis bersetuju tetapi berkata: "Kau jangan sekali-kali bertarung dengan Hektor. Hanya aku yang boleh mengalahkan dia."
Apabila Patroklus memasuki medan tentera-tentera Troy bertempiaran lari kerana mereka menyangkakan Akilis telah kembali bertempur. Mereka kenal pakaian tersebut adalah milik Akilis, dan pergerakan dan gaya tempur Patroklus memang saling tidak tumpah dengan Akilis. Ramai pendekar dan pahlawan Troy yang dibunuh dan dicederakan oleh Petroklus. Petroklus naik berani dan apabila bertembung dengan Hektor yang datang untuk membantu anak-anak buahnya dia telah melupakan pesan Akilis. Hektor bertarung dengan orang yang disangkakannya Akilis kerana putera Priam itu tahu hanya dia yang boleh menghalang kemaraan pahlawan Greek yang paling perkasa. Hektor menyangkakan akan berlaku pertempuran sengit yang dia nanti-nantikan. Dia terperanjat apabila lawannya dapat ditumpaskan dengan mudah, dan berasa malu apabila mengenali orang yang dibunuhnya hanyalah Patroklus.
Gambar: Bukan main gembira lagi Wan Azizah menceritakan kemenganan Hektornya. Di tengah kami adalah Raja Salim, besan mereka.

10 comments:

marija said...

guten morgen,

jika ada Petroklus, tentu ada Akilis.

maka Hektor akhirnya tewas pada Akilis.

nah, akhirnya siapa menikmati kuasa?

Paris.

dan Paris bukan Anwar?

Abdrahim said...

Sdr. Khalid,

Nordin Kardi tu bukan apa, gelojoh sangat nak "bantai" Anwar.

Sebab itu dalam ilmu silat, kalau kita gelojoh, bererti kita buka ruang untuk orang pukul kita.

Nampaknya Nordin kena pergi "bertapa" lagi untuk membuang perangai gelojohnya itu. Barulah boleh jadi pendekar....

me,myself n all around da world said...

bagus juga Dr. Nordin Kardi itu.

mungkin malam td sblm tido beliau tersengeh(trademark beliau*)mengenangkan soalan bodoh beliau.hehe...

Muhtar Suhaili As-Sarawaki said...

Tuan Khalid;

Terkenang semasa menjadi ahli panel program Bicara Siswa yang disiarkan secara langsung di RTM1 dengan tajuk "Siapa Pemimpin Negara: Ulama' atau Sekular" semasa menjadi Presiden MPP UIAM 2003/2004 yang mana Datuk (kini Tan Sri) Dr. Nordin Kardi menjadi perantara.. :-)

Sehari selepas itu, Tuan menghubungi saya dan kalau tak silap mempelawa untuk bersama IKD. Saya masih mentah ketika itu, dan kini melihat ruang 'berguru' dengan Tuan... :-)

Wallahu a'lam.

said mirro said...

pak khalid, sekadar teringat marah banget si nordin kardi semasa kursus btn sekitar awal 80an bila sebilangan kami tergelak menonton seorang pak cik dilondeh dlm filem bukit kepong. masih nordin yg berperangai sama rupanya!

penangite said...

Saya ada dua poin yang hendak disampaikan sahaja, yakni:

1. Semalam debat antara Anwar dan Shabery amat jelas one-sided. Anwar berpidato seolah beliau de facto Perdana Menteri, sementara Pak Lah hanya PM pada nama sahaja. Sepatutnya Anwar berdebat dengan Khairy Jamaluddin (selaku PM de facto bagi bapa mertuanya). Dengan itu, lebih seronoklah rakyat menonton, sekurang-kurangnya KJ mempunyai ijazah Politics, Philosophy dan Economics dari Oxfart. Beliau sudah tentunya tahu-menahu tentang ekonomi lebih daripada Menteri Penerangan yang selalu duk attack Anwar secara peribadi. Siapa kisah apa yang berlaku tahun 73-74. We care about now and the future. Oh btw, Shabery berkata sesuatu yang amat melucukan. Beliau berhujah bahawa Tun Dr Mahathir yang mengembangkan Petronas lalu Anwar menentangnya. Adakah Shabery sedar bahawa hari ini, Tun Dr M telah attack Pak Lah lebih teruk daripada Anwar attack Pak Lah. Malah, Tun M telah mengutuk seluruh kabinet pak lah yang tentunya terdiri daripada ahmad shabery sendiri sebagai 'hatchetmen' dan 'yes men'. Penguasaan bahasa Shabery begitu memalukan di Dewan Bahasa dan Pustaka. Shabery oh shabery, semua negara, BUKAN semua negara-negara, dah jamak..nak jamak apa lagi...hang ni betul betul dungu la..orang melayu tapi tak tahu tatabahasa Melayu. baik hang pergi belajar BM kat peringkat UPSR, PMR dan SPM semula, aku ni chinese student pun boleh menang hadiah terbaik BM dua tahun berturut-turut form 4 dan 5. Menteri Penerangan yang dungu dan bangang... dah tak boleh diselamatkan dah...God bless u...

2. Hari ini, anwar ditahan di hadapan rumahnya di bukit segambut. Tapi hari ini di NST dan TheStar kata polis memberikan anwar masa sehingga pukul dua untuk pergi ke IPK KL untuk diambil kenyataan. Akan tetapi, anwar yang baru pulang dari HQ BPR telah ditahan polis pada jam 12.55...belum pun pukul 1 dan sudah tentunya ada 1 jam 5 min lagi untuk beliau ke balai polis. Apalah nak jadinya Polis diRasuah Malaysia (PDRM) ini..begitu bangang dan dungu macam Misinformation and Disinformation Minister Shabery, Nordin Kardi yang tak tahu IPP ada kaitan dengan minyak dan gas (God bless UUM and BTN). Begitu bahalul dan dangkal serta cetek yang tidak terhingga propaganda dan machinery BN. U all betul betul begitu stoopid sehingga Dr M pun keluar UMNO and he does not want to be associated with such a lousy party. nak spin cerita pun spin betul betul...ini dah nampak kebodohan yang amat ketara sehingga aku ni pun dah nak ikut perangai pak lah...selalu zzzzzzzz.....

CEMERLANG GEMILANG TEMBERANG

Dizziedee said...

sebut tentang tsri nordin kardi, apa lagi yang kami di sintok ini dapat katakan. Kehadirannya sebagai VC di sini memang tidak digemari terutama dikalangan para akademik. Tak sangka dia mempunyai ruang masa yang banyak untuk menjadi moderator bagi pihak DASC sedangkan isu-isu dan masalah2 di UUM terutama dari segi pengurusan belum selesai lagi. Dari isu penstrukturan semula fakulti ke sistem kolej (khabarnya nak mengikut jejak Harvard dan universiti ternama lain di UK) sehinggalah isu penilaian prestasi, makin membangkitkan rasa tidak senang hati dikalangan kami. Rayuan, cadangan dan perbincangan yang kami usahakan tidak diberi perhatian. Tidak hairanlah kenapa ramai para akademik di sini membawa diri ke ipta lain. Siapa yang sebenarnya ingin menjadi popular?

ainon mohd said...

Hehe... Mengapakah tuan berpeluk tubuh saat Ketua PKR sedang gelak besar?

Pewaris Reformasi said...

Puan Ainon,

Pak Khalid orang 'kanan', orang 'kanan' selalunya menolak subsidi dengan premis bahawa kerajaan perlu dihadkan.

Tapi baru-baru ini ketika saya ikut membantu perlaksanaan Seminar Gagasan dan Kebijakan, saya menemukan artikel tentang Ekonomi Pasaran Sosial, maka saya gembira kerana ia lebih dekat dengan kecenderungan saya. Hanya saja intervensi kerajaan itu harus berpada-pada (yang menjadikan saya lekas simpati atau mahu mengasosiasi diri dengan pandangan orang 'kanan')

nadzri said...

Pak Khalid selalu menyamakan suasana semasa dengan sejarah bangsa Eropah.

Apa tidak ada persamaan yang boleh digali daripada sejarah bangsa Melayu?

Mohon penjelasan.