Thursday, August 07, 2008

Belum Kajauhan


Gambar yang saya ambil tengahari tadi kiranya simbolik. Kegetiran yang beliau lalui sekarang ini adalah untuk cucunya.
Di mahkamah, saya diberitahu, hakim S.M. Komathy Suppiah bertanya: "Datuk Seri dilahirkan pada 10 Ogos bukan?" Tidak ada kek untuknya hari ini-- siapa yang sanggup membawanya?-- hanya pendakwaan yang bersifat fitnah.
"Lepas boss bercakap semalam aku dah tak ada mood untuk teruskan taklimat," kata Azmin. Azmin, meskipun terkenal lantang di Dewan Rakyat, kadang-kadang diserang oleh mood swing. Siapa yang tidak?
Memang, saya terus demam, dan pagi-pagi ke klinik ambil ubat. Saya ingatkan pertemuan malam tadi akan jadi perpisahan untuk beberapa tahun, maka akan dilamun rasa kejauhan.
Sebagai Perdana Menteri, insya Allah, apakah yang akan beliau tinggalkan untuk cucunya?
Sebuah negara madani. Dan negara madani berteraskan hukum, dan salah satu sifat hukum adalah keterdugaannya. Setahu saya satu-satunya hakim Malaysia yang membicarakan keterdugaan hukum --predictability of the law-- adalah almarhum Eusoffee Abdul Cadeer. Sayang dia menembak dirinya kerana terlalu rindukan isterinya. Isterinya meninggal kerana barah, dan sang hakim, dengan hati berdarah, menulis puisi cinta dalam bahasa Latin. Hakim menulis puisi? Puisi cinta? Dalam bahasa Latin? Begitulah kisahnya. Eusoffee membeli ruang iklan dalam NST untuk menyiarkan puisi erosnya. Dia mahu dunia mengetahui cintanya, maka dia menulis puisi dalam bahasa yang tidak siapa boleh membacanya. Diulang tahun kedua kematian isterinya kita sekali lagi membaca puisi cinta dalam bahasa Latin di NST, dan buat kali terakhir.

11 comments:

Abdrahim said...

Sdr. Khalid,

"Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul"

Gambar itu punya pengertian besar...

Pewaris Reformasi said...

Bunyi cinta Eusoffe seakan lebih kuat dari cinta Florentino Ariza terhadap Fermina Daza dalam Love in Time of Cholera!

Dan saya pasti cinta DS Anwar terhadap nonanya DS Azizah juga sukar diungkap..

Cinta - boleh membunuh dan memberi nyawa..

rastom said...

Tahniah! Sudah pakai domain sendiri.Sejak bila? Maka nanti akan terbentuk satu niche yang unik untuk khalidjaafar.org!

Salam dari
rastom.net

Raju said...

Saudara Khalid,

Terima kasih atas mesej SMS semalam yang mengembirakan para penyokong di Melaka.
Masalah yang dihadapi di negara yang kita cintai adalah berpunya dari ahli-ahli UMNO.

Dua bulan lepas,saya dapat berpeluang berjumpa dengan `Tok Guru YB Nik Aziz` di rumahnya. Apabila saya berbincang tentang masalah negara, beliau berpendapat punya masalah yang dihadapi oleh negara kita adalah disebabkan dari sikap ahli UMNO. Beliau berkata, orang UMNO sudah lupa `Tuhan` sebenar. Bagi orang UMNO, wang adalah `Tuhan` dan segala-segalanya.

Bagitulah mesej ringkas `Tok Guru`.

MODERATOR said...

aku tak tahu. aku tahu apa lagi. aku tidak pernah tahu. aku tidak tahu dan aku tidak mahu tahu. lebih baik tak tahu daripada tahu. semakin aku kaji semakin tak tahu aku jadi.
aku tak tahu siapa aku sebenarnya. dulu aku ingat aku tahu. selepas aku mula nak tahu, barulah kini aku mengerti aku tak tahu.
aku mungkin ingat aku tahu. tetapi yang sebenarnya aku semakin mengerti bahawasanya aku tak tahu.
perlukah aku peduli?
jadi aku sememangnya tak tahu.
aku tak tahu apa-apa lagi. hanya satu perkara yang aku tahu. aku tahu bahawa Allah tahu siapa aku.
kerna aku sendiri tidak pernah tahu siapa aku...

Raju said...

Hello Saudara Khalid,

I was very sad on what had happened last Saturday. We are talking about New Malaysia. Malaysia for all. Why we cannot even discuss with open heart the real religious issues faced by our community?
Recalling my memory on the words used and posters used during the demonstration, very hurting.

Worst, our PKR so called leaders and MP`s outburst with emotions.......

Very Sad,

Concern Malaysian

zhfr said...

pak khalid, entah kenapa, ayat atau perkataan, atau apa yang membuatkan kesedihan entri ini begitu terasa sedih untuk saya

atau saya mamai saja?

aduh,...

nadzri said...

Untuk mengelakkan fitnah, elok Anwar Ibrahim bersumpah dan kemudian berserah segala-galanya kepada Tuhan.

munirah hayati said...

oh pewaris reformasi, (maaf pak khalid, tumpang lalu di sini)

cinta eusoffe tu cinta makhluk yang buta akidah; pi bunuh diri pulak, tak redha dgn ketentuan Ilahi. we don't need to romanticize an act of disobedience. i just hope he was mentally unsound when he pulled the trigger, so that he can still reunite with his wife in akhirat.

Pewaris Reformasi said...

sdri Munirah,

feel free to differ..
cinta tetap punya seninya..

Servant Of Allah said...

survey:
jika anda mengundi di permatang pauh,siapakah calon pilihan anda?

sila undi di:

http://zamankini.blogspot.com