Thursday, August 28, 2008

Lagu Tan Ah Liat 1

Mujurlah majoriti yang diperolehi oleh datuk seri lelaki selalsa lalu melebihi yang diperolehi oleh datuk seri perempuan. Bukan kepalang susah datuk seri lelaki, di saat-saat intim, untuk menjawab sindiran datuk seri perempuan: "Abang, I lebih popular dari you tau!"

Anwar Ibrahim adalah orang yang penuh keyakinan. Dan kadang-kadang keyakinanya itu tidak rasional. Sebelum Kak Wan meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Permatang Pauh suaminya memberitahu beberapa orang, kebetulan saya juga ada di situ, semua tokoh-tokoh kerohanian memberitahu beliau akan menang besar, menang dengan 'hands down',maksudnya menang dengan mudah.

Benar mudahkah kemenangan itu? Nampak mudah, setelah keputusan diistiharkan. Tetapi ketika mata hari tegak di Penanti keyakinan datuk seri lelaki mula bergoncang. Ini hanya saya tahu kemudian. Tetapi saya sendiri, mengetuai ketembukan sukarelawan Melaka di daerah mengundi Tanah Liat Mukim 9 dan Sungai Semambu, sesak nafas jam dua petang. Saya tidak tahu Azmin panik atau tidak. Tetapi bibir Dr. Mansor, strategos pilihanraya, toreh tak berdarah.

14 comments:

hanitha said...

salam pak khalid, mmg sepatutnya menang mudah tetapi apabila berhadapan ngan pihak yg suka n betah bermain kotor, tkde maruah mmg bisa mengoncang keyakinan diri. namun, ALLAH SWT di pihak yang benar. syukur, kite berjaya...
skrg perlu konsentrate agenda rakyat yg seterusnya..DSAI pon dh angkat sumpah n dh jdk ketua pembangkang...

kittykat46 said...

Sehingga hari pengundian, saya memang tidak ada ragu-ragu lagi tentang sokongan kuat pengundi Permatang Pauh terhadap DSAI. Tetapi pada hari pengundian memang ada masaalah tentang kehadiran pengundi. Sehingga tengah hari, jumlah pembuangan undi masih rendah. Hujan diseluruh kawasan PP, dan sekatan jalan Polis dirata-rata tempat memang menimbulkan masaalah bagi pengundi.
Mujurlah akhirnya jumlah pengundi yang keluar masih tinggi.

joe said...

Salam Bro...

Kempen dan approach BN sudah ketinggalan zaman....sudah tidak relevan pada masa ini...kerana generasi baru adalah pengundi masa hadapan....kempen BN seumpana menyuruh rakyat mengikut kata dan kehendak pemimpin tertentu...tanpa mendengar rintihan dan permasalahan rakyat.....Pemimpin BN seperti berkempen untuk diri dan kepentingan sendiri dan bukannya rakyat.....percayalah pemikiran rakyat sekarang adalah jauh berbeza dari dahulu...yang baru akan menpengaruhi yang lama....

Taniah kepada Datuk Anwar tetapi saya hendak ucapkan setingi-tinggi taniah kepada Datin Wan Azizah kerana pengorbanan dan keberanian beliau.....

Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.

carcoon

donmny said...

TUAN

1. hamba tidak gemar dengan tindakan pembangkang yang mengambil tindakan keluar dewan jika tidak bersetuju dengan cadangan pemerentah.

2. sepatutnya LAWAN TETAP LAWAN biarpun berterabur gigi dan gusi.

azman said...

Tuan,
sudahkah tuan melihat posting terbaru 'jebatmustdie' "Kill with a borrowed knife" di http://jebatmustdie.wordpress.com/ ? Apa pandangan tuan?

Pewaris Reformasi said...

Salam Pak Khalid,

Ya, kami di Lembah Klang ini juga banyak mendapat khabar yang membimbangkan. Syukur semuanya selesai dengan baik.

amir-myview said...

countdown bermula...betulkan anwar akan jadi PM 16 sept atau menjadi mat jenin sahaja kelak

saleema said...

salam ...
pak khalid...

sebenarnye saya selalu mengunjungi blog ni..tapi hari ini baru ade kesempatan untuk menulis, kebetulan kerana menerima beberapa pesanan ringkas(SMS)dari teman teman di mk 9 tanah liat mengatakan bahawa undi pada 26 ogos naik dari 800+ kepada 1195.. jadi amat bermakna untuk orang-orang melaka kerana dalam tempoh berkampung di tanah liat dapat mengeratkan sirahtulrahim di antara masyarakat mk9 dan dapat melonjakkan undi untuk P44. selamat menjalani ibadah puasa untuk pak khalid sekeluarga..

the_willow said...

Tuan,
Sudah lama tuan tidak menulis. Diharapkan dapat menulis sepatah dua kata.Buat pengubat demam 'informasi' kami diluar negeri ini.

Faizal Riduan said...

Tuan,

sekadar bertanya pengarah strategik Dr. Mansor siapa ya? Adakah beliau seorang profesor di universiti?

rastom said...

Kita memang sangat perlukan seorang Tan Malaka di zaman ini!

Pewaris Reformasi said...

Tapi Tan Mela seorang yang dikenali sosialis, apakah orang kanan seperti Khalid Jaafar sedia? hehe

Raju said...

Thanks Pak Khalid,

My sincere congratulations for the whole team who worked very hard.

I know how the team feelings and watching everyday the Najis statement in our biased undemocratic media.

Yet out flip flop Bodowi & Najis have the guard to say about morality.

Taking over government through crossover undemocratic and immoral. Do you trust and believe them?
Our MP`s duty is to provide the best services and avoid all form of wastage through rampant corruption.

The whole nation fully behind our beloved DSAI.
Fifty (50)years enough. Rakyat cannot tolerate another 2 years of BN under our Bodowi.

TQ

Kerajaan Rakyat said...

BERJAYAKAH ANWAR BENTUK
KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PADA 16hb SEPT INI?

BERIKAN UNDIAN ANDA DI SINI
http://kerajaanrakyat-news.blogspot.com/