Saturday, September 27, 2008

Hayek dalam lipatan sejarah? 1


Jangan keliru. Hayek yang saya maksudkan bukan pelakun Arab-Latino yang tengah glamour. Yang saya maksudkan adalah Friedrich Agustus von Hayek, pemenang Hadiah Nobel ekonomi, pengkritik sosialisme dan keynesianisme. Beliau memberi nafas baru kepada pemikiran liberalisme klasik yang selama tiga suku abad malap kerana serangan dari sosialisme, ahli ekonomi seperti Keynes dan filasuf seperti John Dewey. Maka sumbangannya dalam mendedahkan sumber idea totalitarianisme, pro-pemerintahan besar dan seterusnya menyegarkan semula wacana kebebasan adalah amat besar.
Semalam di Hong Kong, pemimpin yang kita sanjungi dan dukungi, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengatakan Hayek sudah tidak relevan lagi. Teks penuh ucapan beliau dikirimkan dalam blog beliau. Pemimpin Pakatan Rakyat itu membuka satu wacana yang penting, wacana yang belum pernah dibuka oleh mana-mana tokoh politik di Malaysia. Maka sebagai penghormatan saya kepada beliau wacana tersebut saya sambut. Maka saya poskan ulasan berikut dalam blog beliau:
Secara keseluruhannya saya bersetuju dengan ucapan Datuk Seri - berimbang dan bernuansa. Cuma keseimbangan itu digugat oleh satu ayat. “Hayek, if I may say so, is history.” Krisis kewangan yang melanda di Amerika sekarang ini sebenarnya memberikan satu bukti emperis kepada satu aspek pemikiran Hayek - meskipun kita hidup dizaman ledakan maklumat sebenarnya kita tetap jahil dan tidak tahu. Ketika menerima Hadiah Nobel dalam tahun 1974 Hayek memberikan pidato bertajuk “The Pretense of Knowledge.” Beliau mengkritik tajam terhadap ahli-ahli ekonomi yang berbangga dengan kemajuan disiplin ekonomi dan begitu yakin boleh melaksanakan economic engineering. Bagi Hayek dunia terlalu kompleks dan ilmu manusia terhadapnya hanya bersifat kwalitatif dan bersifat anggaran.Sistem Rizab Federal (Fed) ditubuhkan di Amerika untuk mengelakan panik seperti sekarang. Namun panik dan krisis seperti ini berlaku jua meskipun maklumat dan statis bertambah. Tidak ada institusi di Amerika yang memilik maklumat ekonomi seperti Fed. Berdasarkan maklumat tersebut Fed manjalankan dasar monetarinya — menaik dan menurunkan kadar faedah — dengan yakin.Alan Greenspan dalam memoirnya “The Age of Turbulence” menceritakan bagaimana Fed digesa menaikan kadar faedah kerana pertumbuhan ekonomi telah melebihi 4 peratus untuk mengelakan ancaman inflasi. Greenspan melihat semua data ada dan berpendapat bahawa pertumbuhan yang yang tinggi tersebut adalah hasil dari pertumbuhan sebenar yang dijana oleh revolusi maklumat dan teknologi.Fed tidak dapat mengesan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan kemakmuran merata diera Clinton membawa masalah baru. Pendapatan yang meningkat menyebabkan nafsu memiliki rumah meningkat. Siapa yang tidak mahu memiliki rumah? Pinjaman untuk perumahan meningkat termasuk yang membuat pinjaman adalah mereka yang tidak mempunyai cagaran dan tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk membayar ansuran. Kenapa Fed tidak mengesan gejala ini? Di masa akan datang akan ada gejala baru yang tidak dapat dikesan oleh Fed yang menjadi bibit krisis. Justeru itu kewujudan Fed itu sendiri tidak boleh menjadikan kita tidak boleh melepaskan tanggungjawab peribadi untuk berhemat. Fed memberikan ilusi bahawa ia tahu segala-galanya.Krisis sebesar ini tentu memerlukan tindakan luar biasa. Ianya tidak bermakna talkin kepada kapitalisme terbuka. Ia laksana perang. Dalam Perang Saudara di Amerika Lincoln menggantungkan Habean Corpus. Apakah Habeas Corpus tidak relevan lagi? Tidak, selepas perang tamat Habeas Corpus dilaksanakan semula.Keynes pernah menulis satu rencana yang berpengaruh bertajuk “The End of Laissez Faire.” Tetapi jelas kemudian nyawa kapitalisme adalah lebih panjang dari hayat Keynes.

11 comments:

dakit said...

Alahai... apa saja le Pak Khalid ni. Article ni sememangnya ilmu pengetahuan yang elok difahami bersama... dan gambar Salma Hayek tentunya "merangsang" pembacaan.. he he :)

jusoh-smile said...

benar...seperti juga jualan kereta yang sering di hiasi jurual yang barangkali "tidak begitu mahir tentang teknikal" barang yang di jual....

the_willow said...

Aduh...pak khalid,...bisa habis pahala puasa saya menilik foto si Salma Hayek!...bagaimana mahu membaca tulisannya jika sebelah mata ditutup.. saya pertanggungjawabkan pak khalid atas pengurangan pahala saya...:)

tajudin said...

cara posting yang memerangkap niat pembaca...nak baca ke @ nak tengok...

Suhaimi Said said...

SELAMAT HARI RAYA, EID MUBARAK, MAAF ZAHIR BATIN, DARI HAJI SUHAIMI SAID DAN KELUARGA. KAMI BALIK KAMPONG KE MERLIMAU DUA HARI RAYA.

zhfr said...

selamat hari raya pak khalid

rastom said...

Entri ini saya baca hanya dengan sebelah mata - sebelah lagi multitasking tengok gambar.....nasib baik dah habis Ramadan.

Pewaris Reformasi said...

Pak Khalid,

Saya fikir DS Anwar berada di posisi yang silap jika merujuk isu di Amerika hari ini sebagai 'kematian' atau 'mandul'nya idea Hayek.

Jelas sekali, isu yang berlaku adalah sosialisme yang tebal dan sekilas sudah memberi makna kapitalisme mendahului 1-0.

Kapitalis belaan Sosialisme akan kepanasan untuk menerima hakikat ini.

hanitha said...

selamat hari raya pak khalid...

ChengHo said...

bro,

i like Salma Hayek anytime more..

insanduniafana said...

ruang ini hanya dikunjungi oleh dua jenis makhluk: yang sudah membaca "Tumit Achilles" dan yang bakal membacanya....???bukan untuk orang yang membaca, memahami dan bakal menuruti Quran dan hadis..Intelektual sungguh hang khalid no...kira orang zon dan kelas eksklusiflah layak untuk blog hang no...kami yang marhaen dan dangkal ilmu mungkin tak boleh menyelami penulisan hang kot...ni adik beradik Teressa Kok yang samakan makanan di Jel macam makanan anjingla...depa ni dibawah lindungan zon eksklusif yang kononnya berjuang untuk rakyat marhaen...pshh maaf tuan dah termasuk blog ekskusif hang..maafkan hamba naif kerana tak membaca buku tersebut ya mister cendiakawan...