September 16 datang. Tetapi Abdullah Badawi dan pemimpin-pemimpin tertinggi Umno masih dalam 'state of denial' - cuba menafikan hakikat bahawa kerajaan sekarang sudah hilang keabsahannya. Semalam tiga orang ahli parlimen -Johari Abdul (Keadilan), Anthony Loke (DAP) dan Hatta Ramli -membawa perutusan dari Pakatan Rakyat kepada Perdana Menteri untuk berbincang tentang proses peralihan kuasa. Dalam sistem demokrasi yang matang ini adalah suatu proses yang lumrah. Pakatan Rakyat hanya perlu membuktikan kepada PM bahawa pakatan itu sudah memiliki majoriti suara. Inilah yang akan ditunjukan oleh Anwar Ibrahim kepada Abdullah Badawi dalam pertemuan mereka. Sampai bilakah Abdullah ingin menutup mata terhadap kenyataan? Dalam pada itu kita terus mengingati Raja Petra dan Teresa Kok. Teresa, salah seorang ahli parlimen yang akan membentuk kerajaan baru, adalah seorang Katolik yang warak dan solihah. Saya tujukan lagu ciptaan Mozart ini kepada YB yang kita tidak tahu dimana beliau dikurung. Liriknya adalah dari nasyid gereja Katolik. Saya pernah terbaca tulisan filasuf dan theolog Hans Kung bahawa muzik-muzik Mozart bersifat maklaikati. Saya tidak tahu muzik-muziknya yang lain tetapi Laudate Dominum saya dengar seperti datang dari alam malakut.
Tuesday, September 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


10 comments:
Ahha! Ini yg saya nanti-nantikan - Katherine Jenkins!
hang ni khalid aku rasa satu tongkang jugak dengan RPK, Hishamudin Rais dan Kickdefella...(orang malayu Islam yang cintanya mendalam terhadap ideologi dan sastera barat)cuma hang ni Jiwang sikit...pendapat dan suara rasa hangpa ni akan bersandar dengan apa yang hangpa suka, sanjung dan percaya(elok bersandar pada Al-Quran dan Hadis)
excuse me insanduniafana i know that kickdefella guy; used to be my boss; it's not your call to say he looks up to idea barat only and not love the quran and hadith, you don't know people and can't judge ppl from their blog only - go get a frickin' life and get off your moral high horse!
saya setuju dengan munirah..
inilah masalah orang islam yg Allah bagi nikmat iman tapi tidak dapat membuang perasaan ujub di dalam hati - sering memandang orang lain yg kelihatan 'kurang warak' sebagai calon keneraka!
sedangkan nikmat iman tersebut Allah boleh tarik bila-bila masa sahaja, sebagaimana kisah 2 orang malaikat itu - (malaikat yg 24/7 buat ibadat dan tak pernah ingkar pun Tuhan boleh tarik..... apatah lagi kita)
Pak Khalid,
Ada seorang kawan saya telah fana dengan KJ. YM sebelum sahur pun tak habis ulang nama tu. Saya bimbang kekasihnya lari..
KJ ini bukan Khalid Jaafar, Khairy Jamaluddin, Dato' Kamaruddin Jaafar apatah lagi Khalid Jafri..
tapi Katherine Jenkins!
Ini muzik baroque, memang ada ruh ghaib. Cuba cubalah dengar Bach pula.
salam Saudara,
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.
Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup
sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.
carcoon
Apa kejer la pulak orang kafir nyanyi macam lagu dari alam malakut heh heh....kalo dari alam malakut dah masuk islam la dier nyer.Kan elok cakap dari alam syaitoniyyah...sedap dan mempersona tapi tidak membawa kepada tuhan.
yelah munirah..mat die-lagu barat orang kafir menyanyi ada unsur malaikat..hangpa ni memang pak dan mak lawak handalan yang dapat memikat orang yang sealiran...memang sapa kita untuk nilai orang..tapi kalau dah cerita pun macam cerita kartun-lu pikiaq sendirila...mungkin bagi japag orang yang hanya layak menilai dan mencop orang lain adalah pemimpin yang beliau sanjungi lagi serba boleh-Anwar ibrahim..assalamualaikum tuan anuar pun manusia jugak tau ...nanti hang buat statement kata dia cakap macam malaikat pulak kot..hai macam-macam..akukah sesat dan ujub atau diakah? atau kitakah?
Post a Comment