
Benarkah orang gila itu bahagia? Gila atau sakit mental itu tentunya bukanlah penyakit yang boleh dibanggakan. Jika saya masuk hospital kerana kemalangan jalan raya atau kerana darah tinggi, atau kerana diabetes mellitus, atau kerana pyelonephritis, lepas keluar saya boleh menceritakan masalah kesihatan tersebut sampailah kawan-kawan Telari lari kerana jemu mendengarnya. Kalau saya dimasukan ke Hospital Bahagia aib itu akan terpalit kepada mereka dan mereka akan membicarakan gejala kebahagiaan itu secara senyap-senyap dibawah kepulan asap sisya seperti orang-orang Hassan al-Sabbah merancang pembunuhan politik di Alamut.
Kerana aibnya sakit mental itu maka establisment perubatan Malaysian menciptakan ufemisme untuk tempat pemulihannya. Nama yang enak boleh dicipta dan direka namun Hispital Bahagia tetapi satu institusi penyingkiran. Kita harap Afif, pelajar perubatan yang melawat hospital tersebut semalam, akan menggali ideologi institusi tersebut hingga ke akar umbinya. Beliau telah memulakan prosedur Foucault di sini: http://www.qanunfiatdunia.blogspot.com/. Lebih produktif dan meransang akal dari agenda 'pengislaman perubatan.'
Gambar: Narrentum, di Vienna, menara pertama dibina untuk orang gila di Eropah. Dibina pada 1784, kini sebuah dijadikan muzeum dan sebagian dari Universiti Vienna.


0 comments:
Post a Comment