
Betapa benarnya firman Allah: زين للناس حب ا لشهوت من النساء -"dihiaskan manusia syahwat kepada wanita." (al-Imran:13) Dan syahwat kepad wanita itu didahulukan dari syahwat kepada anak, harta, emas, perak, binatang ternak dan kebun. Maka kalau saya hiasi kiriman lalu dengan gambar F. A. Hayek dan bukan Salma Hayek maka syahwat kepada persoalan yang akan saya bawakan tidak akan timbul. Untuk mengikut persoalan kompleks yang dibawakan oleh Hayek -- F.A. bukan Salma - juga memerlukan syahwat yang tinggi kepada ilmu dan wacana kompleks. Wacana ini perlu diteliti dan disyahwatkan kerana ia lebih kekal dari voluptas jasad Salma.

